Amalan pemakanan tidak sihat. Makan banyak lemak jahat. Sejenis lemak tepu, terdapat dalam beberapa jenis daging, produk tenusu, coklat, barang bakar, dan makanan yang digoreng dan diproses. Sejenis lagi adalah lemak trans, iaitu terdapat dalam beberapa makanan yang digoreng dan diproses. Makan lemak ini boleh meningkatkan kolesterol LDL (buruk) anda. Kurang aktiviti fizikal. Dengan senaman, ia membantu mengurangkan kolesterol HDL anda. Merokok. Ia menurunkan kolesterol HDL, terutama pada wanita. Ia juga meningkatkan kolesterol LDL anda. Kesan Kolesterol Tinggi: Apa yang Anda Perlu Lakukan?
Mari lihat apa perkara utama anda boleh lakukan untuk menurunkan kadar kolesterol.
1. Berhenti merokok
Asap rokok yang masuk ke dalam badan mampu merosakkan saluran darah, menjadikan ia sempit dan meningkatkan kecenderungan berlaku darah beku. Ia juga membuatkan kadar kolesterol jahat LDL bertambah serta menurunkan bacaan kolesterol baik HDL. Bukan itu sahaja, risiko penyakit seperti kanser paru-paru juga meningkat.
Berhenti merokok bukanlah mudah lebih-lebih lagi jika dilakukan sendirian. Oleh itu, dapatkan bantuan daripada ahli profesional di pusat-pusat kesihatan.
2. Ambil pemakanan yang sihat
Faktor kolesterol tinggi disebabkan genetik dan keluarga mungkin berada di luar kawalan anda. Namun, apa yang masuk ke dalam perut anda sudah tentu boleh dikawal.
Anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan makanan yang tinggi lemak haiwan dan kolesterol seperti:
- Daging merah – lembu dan kambing.
- Susu lemak penuh.
- Organ dalaman – hati, limpa, paru-paru.
- Kuning telur serta produk berasaskannya – kek, biskut.
- Mentega, keju dan minyak kelapa sawit.
Selain mengurangkan makanan di atas, anda perlu lebihkan makanan seperti:
- Buah-buahan dan sayur-sayuran (anda mungkin ingin berubah menjadi vegetarian).
- Bijirin oat.
- Tauhu.
- Kekacang tanpa garam – pistachio, badam, walnut, gajus.
3. Senaman dan aktiviti fizikal
Secara mudah, senaman dan aktiviti fizikal membantu meningkatkan kadar kolesterol baik HDL serta mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL. HDL berperanan membersihkan tubuh anda daripada kolesterol bahaya serta menyelenggara kerosakan yang ada pada saluran darah.
Tambahan pula, ia datang dengan banyak manfaat lain seperti mengurangkan stres serta merendahkan risiko diabetes dan penyakit jantung.
4. Kurangkan berat badan bagi elak kesan kolesterol tinggi
Kolesterol tinggi tidak semestinya berlaku bersama berat badan berlebihan. Ada juga mereka yang mempunyai berat badan normal tetapi mengandungi kadar kolesterol yang tinggi.
Jika berat badan anda berlebihan, menurunkannya adalah langkah yang bijak dan penting. Lemak di dalam badan adalah satu komponen yang aktif secara metabolik, iaitu ia boleh mengganggu proses metabolisme seperti mengurangkan kesan insulin ke atas sel dan merembeskan faktor-faktor yang meningkatkan risiko kepada penyakit kardiovaskular.
Langkah terakhir jika anda tidak mampu mengawal atau menurunkan kadar kolesterol adalah sebaiknya berjumpa dengan doktor.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen