Mungkin tanpa kita semua sedar, sebenarnya wujud beberapa jenis makanan penyebab darah rendah yang berbahaya buat penderita penyakit ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Mungkin tanpa kita semua sedar, sebenarnya wujud beberapa jenis makanan penyebab darah rendah yang berbahaya buat penderita penyakit ini.
Untuk pengetahuan anda, fenomena ini dinamakan sebagai Postprandial Hypotension di mana tekanan darah menurun selepas makan atau minum.
Persoalannya, apakah ia dan adakah ia berbahaya? Selain itu, wujudkah jenis makanan penyebab darah rendah? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu!
Apabila tekanan darah menurun secara mendadak setiap kali lepas makan atau minum, kondisi ini dikenali dengan nama saintifik sebagai Postprandial Hypotension.
Kebiasaannya, ia selalu berlaku kepada golongan lanjut usia dan boleh menyebabkan pening kepala atau lebih teruk lagi pitam dan membawa kepada komplikasi serius.
Sekiranya ia berlaku, anda mungkin akan mengalami simptom yang dinamakan Syncope – hilang sedar akibat tekanan darah menurun secara mendadak.
Sebenarnya, ia bukan sahaja boleh terjadi akibat makanan atau minuman malah wujud juga beberapa kondisi lain yang menyumbang kepada masalah ini termasuklah:
Namun sesuai dengan tajuk artikel ini, kami akan kupaskan lebih lanjut lagi mengenai makanan penyebab darah rendah dan bagaimana untuk mengelakkannya.
Selain daripada beberapa punca yang telah kami senaraikan di atas, ketahuilah bahawa terdapat satu punca lain lebih membimbangkan iaitu makanan penyebab darah rendah.
Selepas waktu makan, usus anda akan memerlukan masa dan darah yang secukupnya bagi membolehkan organ ini mencernakan apa yang sudah masuk ke dalam perut.
Berikut adalah antara golongan yang lebih cenderung mengalami kondisi ini:
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, perbuatan makan dan minum mungkin boleh menyebabkan kondisi tekanan darah menjadi rendah.
Ini seterusnya pasti akan menimbulkan tanda tanya sama ada wujudkah beberapa jenis makanan yang berpotensi menjadi makanan penyebab darah rendah.
Hakikatnya, tidak wujud sebarang senarai makanan penyebab darah rendah kerana semua jenis makanan dan minuman berisiko menyebabkan kondisi ini berlaku.
Pun begitu, ramai pakar perubatan dan pemakanan percaya bahawa simptom boleh jadi lebih teruk jika kalian mengambil karbohidrat dan alkohol.
Bagi mengelakkan ia berlaku dan berulang, maka anda mungkin boleh cuba kurangkan pengambilan karbohidrat dan alkohol serta dapatkan pandangan doktor.
Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu bahawa mungkin tidak wujud sebarang jenis makanan penyebab darah rendah ekoran ia adalah masalah sistem saraf.
Namun, kalian harus tahu bahawa dengan amalan pemakanan yang betul juga kita sebenarnya mungkin boleh mencegah tekanan darah rendah ini daripada terus menghantui.
Antara contoh makanan pencegah darah rendah yang anda boleh ambil adalah:
Selain daripada pengambilan makanan dan minuman yang betul, apa lagi kalian boleh buat untuk elak kondisi Postprandial Hypotension ini?
Sehingga kini, masih belum wujud sebarang rawatan atau ubatan tertentu untuk merawat masalah tekanan darah rendah selepas waktu makan ini.
Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian melakukan tip-tip berikut bagi mengelakkan ia daripada terus berlaku dan berulang kepada anda:
Konklusinya, mungkin tidak wujud sebarang senarai makanan penyebab darah rendah melainkan karbohidrat dan alkohol yang boleh buat simptom lebih teruk.
Oleh itu, sentiasa berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor tentang diet pemakanan anda sekiranya menghidap kondisi tekanan darah rendah.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen