backup og meta

Anak Macam Cermin Diri Kita? Ini Bukti Bapa Borek Anak Rintik Memang Benar!

Anak Macam Cermin Diri Kita? Ini Bukti Bapa Borek Anak Rintik Memang Benar!
Anak Macam Cermin Diri Kita? Ini Bukti Bapa Borek Anak Rintik Memang Benar!

Peribahasa Melayu “bapa borek anak rintik” sering kita dengar apabila melihat anak-anak yang meniru atau mewarisi tingkah laku ibu bapa mereka. 

Sama ada dari segi percakapan, cara berfikir, mahupun tingkah laku harian, anak-anak sememangnya cenderung meniru apa yang mereka lihat. 

Ini selari dengan pepatah lain, bagaimana acuan begitulah kuihnya, yang membawa maksud bahawa anak-anak merupakan cerminan kepada ibu bapa mereka. 

Dalam artikel ini, kita akan melihat sejauh mana benar pepatah ini dan bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Bapa borek anak rintik: anak belajar melalui pemerhatian, bukan arahan

Luangkan banyak masa bersama anak di rumah.
Luangkan banyak masa bersama anak di rumah.

Salah satu hakikat dalam dunia keibubapaan ialah anak-anak lebih mudah belajar melalui apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar. 

Mereka memerhati setiap perlakuan ibu bapa, sama ada dari segi cara bercakap, menangani konflik, mahupun cara menunjukkan kasih sayang

Jika ibu bapa sering menjerit, anak juga akan menganggap itu adalah cara biasa untuk berkomunikasi.

Jadi apabila dikatakan bapa borek anak rintik, ia merujuk kepada bagaimana tingkah laku ibu bapa akan membentuk tingkah laku anak-anak secara tidak langsung. 

Malah, rintik maksud dalam peribahasa bapa borek anak rintik ini membawa konotasi bahawa walaupun anak tidak 100% sama, tetapi sifat-sifat utama ibu bapa tetap terpalit pada diri mereka.

Nilai dan adab bermula dari rumah

Adab dan nilai murni seperti jujur, bertanggungjawab, menghormati orang lain dan berdisiplin tidak boleh diajar semata-mata melalui kata-kata. Ia perlu diperlihatkan dalam bentuk tindakan. 

Anak-anak yang membesar dalam rumah tangga yang penuh hormat-menghormati dan kasih sayang lebih cenderung untuk menjadi insan yang penyayang dan bertimbang rasa.

Sebaliknya, jika mereka sering melihat ibu bapa bergaduh, menipu atau melanggar peraturan, mereka mungkin menganggap perkara itu normal.

 Maka tidak hairanlah, dalam banyak situasi sosial, tingkah laku anak boleh mencerminkan suasana dan nilai yang diterapkan dalam rumah mereka. 

Maka benarlah pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Ibu bapa sebagai role model dalam mengurus emosi dan tekanan

Tunjukkan contoh yang baik kepada anak.
Tunjukkan contoh yang baik kepada anak.

Dalam kehidupan moden yang mencabar ini, tekanan tidak dapat dielakkan. 

Namun cara ibu bapa mengurus tekanan juga akan memberi kesan langsung kepada anak. 

Seorang bapa yang mudah naik marah, atau seorang ibu yang cepat berputus asa, akan memberi mesej tertentu kepada anak bahawa begitulah cara untuk mengendalikan emosi.

Anak yang sering melihat ibu bapa meluahkan kemarahan secara agresif akan membentuk sikap yang sama. 

Sebaliknya, jika ibu bapa menunjukkan kawalan emosi yang baik dan bersikap tenang dalam menghadapi cabaran, anak akan mencontohi sikap tersebut. 

Inilah yang dimaksudkan dengan bapa borek anak rintik atau bagaimana acuan begitulah kuihnya dalam konteks pengurusan emosi.

Didikan konsisten bentuk disiplin dan sikap positif anak

Satu lagi aspek penting dalam pembentukan peribadi anak ialah konsistensi dalam didikan. 

Ibu bapa yang tegas tetapi adil, serta konsisten dalam peraturan di rumah, akan melahirkan anak yang lebih berdikari dan tahu menghormati sempadan.

Sebaliknya, jika peraturan berubah-ubah mengikut mood atau tidak dipatuhi oleh ibu bapa sendiri, anak akan keliru dan sukar membentuk disiplin. 

Kesan sering memukul anak.
Kesan sering memukul anak.

Malah, mereka mungkin memanipulasi keadaan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. 

Oleh itu, penting untuk ibu bapa menjadi contoh dalam mematuhi peraturan yang mereka tetapkan sendiri.

Kesimpulan berkenaan bapa borek anak rintik

Peranan ibu bapa dalam membentuk tingkah laku anak tidak boleh dipandang ringan. Anak-anak adalah ‘pantulan’ kepada apa yang mereka lihat dan alami di rumah

Peribahasa bapa borek anak rintik atau bagaimana acuan begitulah kuihnya bukan sekadar kiasan, tetapi satu realiti psikologi dan sosial yang terbukti dalam kehidupan seharian. 

Maka, jika kita mahu anak-anak yang berakhlak mulia, sabar, dan berdisiplin, ibu bapa juga perlu menjadi individu yang mempunyai ciri-ciri tersebut. 

Ingatlah, mendidik anak bermula dengan mendidik diri sendiri.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Seven ways to teach moral values to children. https://www.bchfamily.org/post/2016-2-24-seven-ways-to-teach-moral-values-to-children. Diakses pada Mac 24, 2025. 

Building Strong Character: 6 Strategies for Teaching Children Lifetime Values. https://simplyonpurpose.org/building-strong-character-6-strategies-for-teaching-children-lifetime-values/. Diakses pada Mac 24, 2025.

Teaching Morals And Manners To Our Children. https://www.drjamesdobson.org/newsletters/teaching-morals-and-manners-to-our-children. Diakses pada Mac 24, 2025.

How Our Children Develop Moral Values. https://www.forestbluffschool.org/develop-moral-values. Diakses pada Mac 24, 2025.

Raising Moral Children: Parental Strategies That Last A Lifetime. https://www.mghclaycenter.org/parenting-concerns/families/raising-moral-children-parental-strategies-that-last-a-lifetime/. Diakses pada Mac 24, 2025.

Versi Terbaru

24/03/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ibu Bapa Asia VS Eropah, Siapa Yang Lebih Hebat Dalam Hal Mendidik Anak?

6 Laptop Terbaik & Termurah Untuk Pelajar Yang Ibu Bapa Boleh Pertimbangkan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada Semalam

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan