Nak jaga kesihatan jantung? Senang sahaja caranya, melalui pemakanan! Hello Doktor kongsikan 17 jenis makanan kesihatan untuk jantung. Nanti cubalah, tak rugi pun.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Ada makanan kesihatan untuk jantung?
Jantung boleh dianggap seperti sebuah mesin dan bagi memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik, anda perlu menjaganya.
Bagaimana? Caranya mudah iaitu dengan menjaga pemakanan.
Ini kerana memilih makanan yang betul dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular, termasuklah penyakit arteri koronari.
Penyakit tersebut boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.
Berikut antara beberapa makanan yang boleh dijadikan pilihan.
17 jenis makanan untuk kesihatan jantung
Di bawah antara pilihan makanan yang dapat memaksimumkan kesihatan jantung anda:
Makanan kesihatan untuk jantung #1. Salmon
Pilihan yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang dapat mengurangkan risiko:
- Degupan jantung tidak normal (aritmia)
- Menurunkan kadar trigliserida
- Melambatkan pertumbuhan plak di arteri
- Menurunkan sedikit tekanan darah
#2. Sayuran berdaun hijau
Sayuran seperti bayam kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan.
Antara kebaikannya adalah dapat melindungi arteri, menurunkan tekanan darah serta memperbaiki fungsi sel yang melapisi saluran darah.
#3. Oat
Merupakan antara pilihan sarapan pagi yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan tinggi serat.
Oat juga mengandungi nutrien seperti magnesium, kalium dan zat besi yang baik untuk kesihatan jantung.
#4. Buah beri
Strawberi, beri biru atau raspberi merupakan buah yang kaya dengan nutrien penting untuk kesihatan jantung.
Buah beri juga tinggi antioksidan seperti antosianin – berperanan melindungi jantung daripada tekanan oksidatif dan keradangan, punca penyakit jantung.
Makanan kesihatan untuk jantung #5. Kekacang
Kekacang terbukti baik dalam menurunkan kolesterol darah.
Antara yang boleh dijadikan pilihan adalah badam – mengandungi asid lemak omega-3 tumbuhan, vitamin E, magnesium, kalsium, serat dan lemak mono tak tepu serta lemak poli tak tepu yang baik untuk jantung.
#6. Tauhu
Merupakan sumber protein yang baik.
Selain itu, ia juga mengandungi nutrien yang menyihatkan jantung seperti niasin, folat, kalsium, magnesium dan kalium.
#7. Beras perang
Beras perang dianggap diet sihat untuk jantung. Ia mengandungi vitamin, magnesium dan serat B-kompleks.
#8. Avokado, salah satu makanan kesihatan untuk jantung
Selain kaya dengan kalium, ia juga adalah sumber lemak mono tak tepu sihat untuk jantung yang dikaitkan dengan penurunan kadar kolesterol dan risiko penyakit jantung lebih rendah.
#9. Coklat gelap
Coklat ini kaya dengan antioksidan seperti flavonoid.
Pastikan anda memilih coklat gelap berkualiti tinggi dengan kandungan koko sekurang-kurangnya 70% dan dalam masa sama hadkan pengambilannya, okay?
#10. Tomato
Buah yang kaya dengan likopena – pigmen tumbuhan semula jadi kaya dengan sifat antioksidan.
Ia berfungsi meneutralkan radikal bebas berbahaya, mencegah kerosakan dan keradangan oksidatif – penyumbang kepada penyakit jantung.
Jumlah likopena yang rendah dalam darah dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung dan angin ahmar.
#11. Bijian
Biji chia dan biji rami antara pilihan bijian tinggi nutrien sihat yang baik sebagai makanan kesihatan untuk jantung, termasuk serat dan asid lemak omega-3.
Makanan kesihatan untuk jantung #12. Edamame
Merupakan kacang soya belum matang. Bagi penggemar makanan Jepun sushi, pasti pernah makan atau melihat kacang ini.
Ia mengandungi serat, antioksidan dan isoflavon soya – sejenis flavonoid yang membantu menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung.
#13. Teh hijau
Minuman yang sangat bermanfaat untuk kesihatan, daripada peningkatan pembakaran lemak hingga peningkatan kepekaan insulin.
Ia tinggi polifenol dan catechin, yang bertindak sebagai antioksidan dalam mencegah kerosakan sel, mengurangkan keradangan dan menjaga jantung.
Baca juga: