Bagi individu yang didiagnosis dengan bacaan kolesterol tinggi, adakah perlu untuk menghindari pengambilan makanan seperti telur, daging, produk tenusu atau semua makanan berkolesterol?
Mesti ramai yang memberi jawapan YA, betul tak?
Anda salah! Ini kerana jawapan sebenarnya adalah golongan yang mempunyai bacaan kolesterol yang tinggi tidak perlu untuk menghindari jenis makanan tersebut.
Sememangnya anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan lemak tidak sihat bagi menurunkan kadar kolesterol tinggi yang dialami.
Tetapi ia tidak bermakna anda perlu membuang terus pengambilan telur, daging mahupun produk tenusu.
Sebaliknya, anda boleh memasukkan jenis makanan tersebut ke dalam hidangan dengan cara yang sihat.
Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai bacaan kolesterol tinggi dalam perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Bacaan kolesterol tinggi?
Apabila menyebut mengenai bacaan kolesterol yang bahaya, pasti terbayang perkara negatif mengenainya.
Namun, hakikatnya tidak semua makanan berkolesterol itu buruk dan boleh menyebabkan individu mengalami bacaan kolesterol tinggi.
Jenis kolesterol
- Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL)
Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL)
HDL biasanya dikenali sebagai kolesterol baik. Ia berfungsi membantu membuang kolesterol berbahaya daripada darah sehingga dapat disingkirkan oleh tubuh.
Manakala LDL disebut sebagai kolesterol jahat. Apabila jumlahnya terlalu banyak dalam darah, ia boleh menyebabkan berlakunya perkembangan plak pada dinding arteri di jantung dan otak.
Sekiranya tidak dirawat, keadaan tersebut boleh mengakibatkan:
- Penyakit jantung
- Angin ahmar
- Serangan jantung
Pemakanan dan bacaan kolesterol tinggi
Kolesterol memainkan peranan penting untuk badan. Ia membantu dalam menjalankan fungsi seperti:
- Membentuk lapisan luar sel
- Membentuk asid hempedu untuk proses pencernaan makanan
- Menghasilkan vitamin D dan hormon
Menurut American Heart Association (AHA), semua kolesterol yang diperlukan akan dihasilkan secara semula jadi oleh hati.
Selebihnya kandungan kolesterol yang terdapat dalam tubuh adalah berasal daripada makanan yang dimakan.
Kewujudan kolesterol dalam jumlah yang tinggi dalam darah, boleh mendatangkan risiko bahaya kepada tahap kesihatan seseorang individu.
Bagi sesetengah individu, masalah genetik menyebabkan hati mereka menghasilkan kolesterol jahat dalam jumlah yang banyak.
Antara makanan berkolesterol tinggi yang boleh menyumbang kepada peningkatan kolesterol LDL jika diambil secara kerap adalah:
- Lemak tepu
- Lemak trans
- Kolesterol
Kolesterol hanya terdapat dalam produk makanan berasaskan haiwan, termasuklah daging dan produk tenusu.
Jika anda mempunyai masalah kolesterol LDL tinggi, amat disarankan untuk mengehadkan pengambilan kolesterol harian kepada hanya 200 mg atau kurang.
Boleh ke makan telur?
Telur kuning khusunya sering dianggap sebagai makanan berkolesterol yang perlu dielakkan.
Namun berdasarkan kajian, telur sebenarnya tinggi kandungan:
- Antioksidan
- Protein
- Nutrien
Bahkan, sifat antioksidan dalam makanan ini dikatakan mampu menurunkan kadar risiko:
Individu dengan bacaan kolesterol yang tinggi boleh memakan telur secara sederhana sahaja kerana tinggi kolesterol.
Makanan berkolesterol: Daging
Membuat pelan pemakanan seimbang bagi menguruskan bacaan kolesterol yang tinggi yang dialami tidak bermakna anda harus menyingkirkan terus pengambilan daging.
Umumnya ia bergantung kepada jenis daging yang anda pilih dan bagaimana cara penyediaannya.
Bagi individu dengan bacaan kolesterol tinggi, pilihlah bahagian daging yang kurang lemak dengan saiz hidangan kecil – kurang daripada 85 gram, seperti:
- Daging lembu – bahu (chuck), sirloin, pinggang (loin)
- Daging babi – tenderloin, pinggang (loin)
- Daging kambing – potongan bahagian kaki, lengan dan pinggang (loin)
- Daging lembu kisar dengan kandungan 90% atau lebih daging tanpa lemak
Cara penyediaan
Cara penyediaan dan memasak adalah sama penting dengan pemilihan bahagian potongan daging.
Jangan pilih daging tanpa lemak tetapi memasaknya dengan cara menggoreng atau menyediakan sos yang berasaskan krim untuk dimakan bersama.
Sebaliknya gunakan pilihan kaedah memasak lebih sihat seperti:
- Membuang lemak sebanyak mungkin sebelum memasak
- Membakar atau memanggang berbanding menggoreng
- Gunakan penapis yang boleh mengasingkan titisan lemak dan jus semasa memasak
- Untuk masakan berasaskan daging, seperti rebusan (stew), lakukan sehari lebih awal. Ini kerana setelah sejuk, lemak akan mengeras dan naik ke bahagian atas, anda boleh membuangnya
Produk tenusu untuk individu bacaan kolesterol tinggi
Bagaimana pula dengan produk tenusu, adakah makanan berkolesterol ini harus dielakkan terus?
Bertenang.
Seperti yang kita ketahui, pengambilan produk tenusu menawarkan manfaat kepada aspek kesihatan. Ini terutamanya dalam menguatkan tulang.
Produk tenusu adalah tinggi kandungan:
- Kalsium
- Kalium
- Vitamin D
Memilih untuk mengambil produk tenusu penuh krim boleh menyebabkan impak kesihatan tidak diingini dalam meningkatkan tahap kolesterol LDL anda.
Ini kerana ia tinggi lemak tepu dan kolesterol.
Gantikan dengan pilihan rendah lemak yang lebih sihat seperti berikut untuk mengelakkan paras kolesterol bahaya terjadi:
- 1% susu atau susu skim
- Keju rendah lemak
- Sorbet – pencuci mulut beku berasaskan jus buah, atau sherbet – pencuci mulut beku berasaskan tenusu
- Aiskrim mahupun yogurt beku tanpa lemak atau rendah lemak
- Yogurt rendah lemak
Kesimpulan
Paling penting dalam pengambilan makanan berkolesterol bagi mereka yang mempunyai paras kolesterol bahaya adalah dengan mengambilnya bersederhana.
Jika terdapat keraguan tentang bacaan kolesterol anda, tanyalah kepada doktor untuk lebih kepastian.
[embed-health-tool-bmi]