backup og meta

Hentikan Pengambilan Gula Dalam Diet, Apa Akan Jadi Pada Tubuh Badan Anda?

Hentikan Pengambilan Gula Dalam Diet, Apa Akan Jadi Pada Tubuh Badan Anda?

Menghentikan pengambilan gula sehari bukan satu perkara yang mudah. Menurut Medical News Today, secara purata orang dewasa memakan gula lebih banyak daripada yang diperlukan.

Malah, sesetengah orang mungkin menghentikan pengambilan gula dalam dietnya dan tip ini popular kerana keberkesanannya untuk kekal sihat serta menurunkan berat badan.

Jadi, apakah manfaat lain berhenti ambil gula pada tubuh badan anda?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

#1. Merendahkan risiko diabetes

Menghentikan pengambilan gula sehari memberikan peluang kepada tubuh untuk detoks secara semula jadi.

Dalam beberapa jam pertama tanpa gula, pankreas mula kurang menghasilkan insulin dan hati juga akan mula memproses toksin yang tersimpan.

Proses ini akan mengambil masa sedikit lama jika anda sudah rintangan insulin (tubuh menghasilkan insulin tetapi tidak menggunakannya sebaiknya).

Kebanyakan simptom mereda sehingga lima minggu, yang mana tubuh tidak lagi menjadi bergantung kepada gula di mana semua orang tahu kesan pengambilan gula berlebihan bukan?

pengambilan gula sehari

#2. Meningkatkan jangka hayat

Apabila glukosa meningkat selepas makan gula, insulin akan meningkat untuk mengimbanginya dan ini akan mengaktifkan sebahagian daripada sistem saraf yang meningkatkan tahap tekanan darah dan kadar degupan jantung.

Tekanan darah adalah faktor utama bagi penyakt jantung.

Selain itu, gula juga meningkatkan lemak dalam darah yang tidak sihat iaitu trigliserida yang berisiko bagi penyakit jantung dan strok.

Dalam satu kajian, mereka yang memakan gula paling banyak mungkin mati akibat penyakit jantung berbanding yang memakannya sedikit.

Manfaat berhenti ambil gula #3. Seks sihat

Bagi lelaki, pengambilan gula sehari yang banyak boleh menyebabkan peningkatan insulin yang mengakibatkan keinginan seksual berkurang.

Selain itu, gula juga meningkatkan hormon seks wanita. Keadaan ini memberikan kesan yang lebih terhadap hubungan seksual seseorang.

#4. Senyuman lebih cantik tanpa gula

Gigi yang sihat adalah segalanya apabila melibatkan senyuman yang menawan.

Gula adalah kofaktor (zat bukan protein dalam bentuk ion logam atau molekul organik, seperti holoenzim dan apoenzim, yang diperlukan bagi pengaktifan enzim tertentu) utama yang menyebabkan rongga kerana ia bertindak balas dengan bakteria dalam mulut untuk membentuk asid yang menyebabkan kerosakan.

Malah, nafas anda juga akan terjejas oleh bakteria akibat pengambilan gula.

pengambilan gula sehari

#5. Kulit dan tubuh badan awet muda

Gula menyebabkan glycation, iaitu proses yang mana molekul gula mengikat dan mengubah bentuk kolagen dan elastin dalam kulit.

Kolagen dan elastin ini adalah protein utama yang memberikan keremajaan kepada kulit.

Oleh itu, dengan mengurangkan gula dalam pemakanan juga boleh mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam aliran darah, mengurangkan keradangan kronik dan akut yang berkait dengan penuaan.

Walau bagaimanapun, sebelum memulakan diet tanpa gula, seseorang harus mempertimbangkan sama ada mahu menghapuskan gula semula jadi juga.

Gula semula jadi terdapat dalam buah-buahan dan produk tenusu. Buah membekalkan banyak nutrien, serat, antioksidan dan sebatian sihat lain yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit.

Memasukkan buah dalam diet tanpa gula adalah menyihatkan selagi pengambilan gula sehari secara sederhana.

Dan, sesiapa yang ingin memulakan diet tanpa gula harus berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan, khususnya jika mempunyai apa-apa keadaan kesihatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 5 Interesting Things that Happen to Your Body When You Stop Eating Sugar, https://selecthealth.org/blog/2021/05/5-interesting-things-that-happen-to-your-body-when-you-stop-eating-sugar, Accessed Dec 6 2018.
  2. The Benefits of Subtracting Added Sugars, https://intermountainhealthcare.org/blogs/topics/live-well/2017/03/the-benefits-of-subtracting-added-sugars/, Accessed Dec 6 2018.
  3. Is Sugar-Free Candy the Best Choice If You Have Diabetes?, https://health.clevelandclinic.org/is-sugar-free-candy-the-best-choice-if-you-have-diabetes/, Accessed Dec 6 2018.
  4. Benefits of reducing sugar intake, https://www.matherhospital.org/weight-loss-matters/benefits-of-reducing-sugar-intake/, Accessed Dec 6 2018.
  5. Physical and mental health benefits of a sugar-free diet, https://www.openaccessgovernment.org/physical-and-mental-health-benefits-of-a-sugar-free-diet/146723/, Accessed Dec 6 2018.

Versi Terbaru

05/05/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Manfaat Chia Seed Yang Tak Ramai Orang Tahu, No. 2 Confirm Anda Suka!

Rupanya Ada Banyak Manfaat Halia, Boleh Elak Kuman Dan Kuatkan Imun Badan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan