backup og meta

Gigi Rosak Kalau Banyak Makan Gula-gula? Ini 5 Makanan Punca Kerosakan Gigi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/05/2023

    Gigi Rosak Kalau Banyak Makan Gula-gula? Ini 5 Makanan Punca Kerosakan Gigi

    Sejak kecil lagi, kita semua pasti pernah diingatkan atau dimomokkan bahawa makan banyak gula boleh merosakkan gigi. Persoalannya, adakah boleh terjadi gigi rosak makan gula gula? Ia bakal terjawab dalam artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

    Apa yang dimaksudkan dengan gigi rosak?

    Setiap individu mesti mempunyai hasrat bagi memiliki gigi yang cantik dan sempurna bukan? Dalam usaha untuk itu, langkah penjagaan serta perawatan gigi perlu diamalkan sejak zaman bayi dan kanak-kanak lagi.

    Kalau ada kesedaran tentang kesihatan oral dan dental sejak usia kecil lagi, individu akan peka serta prihatin terhadap gigi mereka. Dengannya, risiko untuk ia mengalami kerosakan tentu sahaja mampu dikurangkan.

    Untuk pengetahuan anda semua, kerosakan gigi akan berlaku dengan beberapa tanda awal seperti yang berikut:

    • Gigi sensitif 
    • Gigi berlubang
    • Gigi berplak
    • Perubahan pada warna gigi
    • Pertumbuhan yang tidak rata

    gigi rosak makan gula gula

    Lama-kelamaan, tanda-tanda di atas boleh membawa kepada masalah gigi mereput di mana ketumpatan dan kekuatan gigi akan menjadi sangat rendah (kaviti) sekali gus bakal menjejaskan aspek kualiti dan mungkin kuantiti.

    Apabila kerosakan mula berada pada tahap teruk, gigi susu untuk budak atau kekal untuk dewasa mungkin bergoyang sekali gus meningkatkan kemungkinan untuk anda kehilangan gigi andai masalah ini terus dibiarkan!

    Berbalik kepada persoalan utama artikel, benarkah wujud risiko gigi rosak makan gula gula? Atau ia hanya mitos?

    Benarkah gigi rosak makan gula gula?

    Sebelum pergi lebih lanjut, anda perlu tahu bahawa wujud banyak bakteria di dalam mulut. Sesetengah bakteria pula akan menghasilkan asid yang bakal menyingkirkan mineral pada enamel gigi lalu merosakkannya.

    Meskipun enamel gigi mampu memperbaiki diri dengan bantuan mineral di dalam air liur seperti kalsium serta folat, namun serangan asid yang berterusan untuk jangka masa panjang boleh mengakibatkan kerosakan serius.

    Apa yang lebih membimbangkan, asid daripada bakteria ini akan bertindak lebih agresif apabila ia bertemu dengan gula!

    Ini kerana gula itu seumpama sebuah magnet yang menarik setiap bakteria jahat di dalam mulut untuk berkumpul. Ia kemudian menyebabkan tahap keasidan mulut menjadi amat tinggi lantas menjejaskan kesihatan gigi.

    gigi rosak makan gula gula

    Dalam erti kata mudah, punca gigi rosak makan gula gula itu memang benar. Namun, adakah gula sahaja yang ‘jahat’?

    Sebenarnya, bukan gula sahaja yang bersalah!

    Meskipun memang benar gigi rosak makan gula gula, namun gula bukan satu-satunya punca kepada kerosakan gigi. Turut ada beberapa lagi punca lain berbentuk makanan serta minuman yang mengakibatkan masalah sama.

    Alasannya, gigi adalah antara komponen yang paling penting di dalam mulut untuk menghancur dan mengunyah makanan. Oleh sebab itu, ia sangat mudah terdedah lalu terkesan kepada setiap apa yang kita makan atau minum.

    Ada sebab kenapa orang tua kita melarang daripada mengambil gula terlalu banyak, selain daripada senarai yang berikut:

    Asid

    Asid yang dimaksudkan ini mungkin datangnya daripada beberapa jenis buah sitrus seperti lemon, limau dan lain-lain!

    Walaupun tidak dapat dinafikan ia sarat mineral dan vitamin, tetapi buah sitrus ini turut tinggi dengan asid yang sekali gus mampu meningkatkan tahap keasidan mulut yang boleh menjejaskan perlindungan enamel gigi anda.

    Coklat

    Pertama, gigi rosak makan coklat boleh berlaku ekoran kebanyakan produk ini juga amat tinggi dengan kandungan gula. Ironiknya, turut wujud beberapa jenis coklat yang sarat teobromin, tanin, polifenol dan flavonoid yang bagus bagi kesihatan serta kekuatan gigi anda!

    gigi rosak makan gula gula

    Kafein

    Secara semula jadi, kopi dan teh boleh menjadi pilihan minuman yang sihat. Malangnya kebanyakan individu lebih gemar mengambil kedua-dua jenis minuman ini dengan tambahan kandungan gula.

    Akibatnya, bakteria akan terkumpul dan lebih banyak asid terhasil selain menyebabkan masalah kekeringan di mulut.

    Alkohol

    Pernahkah anda lihat gigi peminum minuman keras ini? Anda mungkin akan perasan bahawa kebanyakan mereka itu memiliki gigi dengan warna kuning serta mempunyai masalah bau mulut yang amat teruk.

    Ini kerana bahan-bahan kimia di dalam alkohol mampu menyerang serta memberi kesan yang buruk kepada gigi anda.

    Konklusinya, memang benar jika gigi rosak makan gula gula atau makanan manis lain. Jadi, awas dengan apa yang anda makan ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan