Apabila tiba sahaja bulan Ramadan dan kebetulan pula anda sedang berdiet untuk kurus, menu diet berbuka puasa serta bersahur sudah pasti akan bermain di fikiran.
Ini kerana pada waktu iftar dan sahur itu adalah ketika di mana individu berpuasa cenderung untuk makan dengan sedap dan banyak tanpa fikir apa pula kesan sampingannya.
Persoalannya, apa contoh menu diet berbuka puasa dan bersahur yang ideal?
Ramadan bulan sesuai untuk anda diet?
Secara logik akal, mungkin ramai individu yang akan fikir bahawa bulan Ramadan adalah ketika yang paling sesuai untuk anda mula berdiet kerana berpuasa itu hal wajib.
Ya, anda mungkin betul tentang perkara di atas kerana dengan puasa wajib bagi penganut agama Islam, individu secara tidak langsung hanya akan makan pada waktu tertentu.
Pun begitu, ia juga boleh jadi satu masalah kerana individu cenderung untuk makan dengan lebih sedap dan banyak pada waktu sahur dan iftar lantas menjadikan usaha diet anda itu rosak.
Sebenarnya, keputusan terletak di tangan individu. Anda mungkin tidak perlu tunggu sehingga bulan puasa tiba baru hendak mula diet kerana bila-bila masa sahaja anda boleh bermula.
Namun jika anda masih ingin cuba untuk berdiet dengan berpuasa, jangan putus asa dan teruskan!
Antara tip-tip penting di bulan Ramadan!
Di bulan puasa, ia adalah peluang utama untuk kita semua memulakan atau mengamalkan cara dan gaya pemakanan yang baik. Dengannya, tubuh badan akan jadi lebih sihat.
Walaupun anda tidak boleh makan dari terbit fajar hingga tenggelam matahari, namun anda masih boleh makan pada waktu sahur dan iftar dengan juadah yang sihat.
#1. Minum air kosong dengan secukupnya
Anda masih boleh minum air kosong dengan secukupnya di antara waktu iftar dan sahur untuk mengelakkan kondisi dehidrasi.
Jumlah yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 10 gelas kerana anda sudah tidak makan dan minum kira-kira 12 jam puasa pada waktu siang. Maka, sila cukup minum air.
Apa yang penting, adalah sumber air tersebut disarankan dalam bentuk air kosong dan bukan air bergula, berkafein mahupun beralkohol kerana ia adalah pilihan yang salah.
#2. Sahur dengan makanan yang mengenyangkan
Sahur itu sangat penting bagi menyediakan sumber tenaga untuk individu mengekalkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan mental sepanjang tempoh anda berpuasa.
Pengambilan karbohidrat kompleks daripada banyak sumber seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, daging, telur, tenusu dan lain-lain itu amat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
#3. Iftar dengan makanan yang menyegarkan
Iftar itu lebih penting untuk mengisi semula perut yang telah lama menahan lapar dan dahaga. Namun, waktu ini bukan lesen untuk kita semua melantak seperti lupa dunia.
Pengambilan protein, vitamin, mineral dan lain-lain nutrisi adalah sangat penting untuk mengecas kembali sumber tenaga yang hilang. Cuma, pastikan juadah anda itu sihat.
Menu diet berbuka puasa dan bersahur untuk anda
Sekiranya anda berdiet dan berpuasa dalam masa yang sama, ia tiada masalah. Apa yang perlu anda beri lebih perhatian adalah tentang menu diet berbuka puasa dan bersahur itu.
Berikut adalah contoh menu puasa diet yang mungkin boleh anda amalkan ketika iftar dan sahur:
Sahur
Antara contoh menu puasa diet yang baik di waktu sahur adalah roti, biskut, nasi, telur, tenusu, minuman malt coklat berserta sayur seperti salad dan buah seperti kurma. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan juadah bersahur yang lebih sedap, mudah dan berkhasiat.
Cadangan menu berbuka puasa simple: Sandwic berinti telur, keju dan sos @ krim kegemaran berserta minuman coklat panas.
Menu diet berbuka puasa atau iftar
Antara contoh menu puasa diet di waktu iftar adalah nasi, mi, bihun, pasta, daging, minuman teh herba, berserta sayur seperti salad dan buah seperti kurma. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan juadah berbuka puasa lebih sedap, mudah dan berkhasiat.
Cadangan:
- menu puasa diet nasi putih berlauk sup daging
- sayur timun
- buah kurma
- minuman teh hijau
Moreh
Jangan dilupa juga menu diet berbuka puasa waktu moreh sama ada di rumah atau di surau usai solat tarawih ya?
Anda mungkin boleh makan menu berbuka puasa saat diet pada waktu lepas isyak ini dengan hidangan yang agak ringan seperti roti, biskut dan pelbagai jenis snek sihat untuk kekal bertenaga menjalani ibadah di bulan mulia ini.
Cadangan: Bubur nasi @ lambuk berlauk daging ayam berserta minuman buah lemon atau limau.
Kesimpulan
[embed-health-tool-bmi]