
Apakah itu makan yang seimbang?
Secara tradisinya, ketika berpuasa di bulan Ramadhan, umat Islam perlu mengambil dua hidangan sehari: satu selepas matahari terbenam (Iftar) dan satu sebelum matahari terbit (Sahur). Pakar mencadangkan agar mengambil makanan yang mudah dan tepat. Untuk lebih spesifik, hidangan yang terancang untuk bulan Ramadhan harus merangkumi makanan daripada semua kumpulan makanan utama:
- Buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Roti, bijirin dan kentang.
- Daging, ikan atau alternatifnya.
- Susu dan produk tenusu.
- lemak dan gula yang sihat.
Elakkan dari makan terlalu banyak makanan bergula. Sebaliknya, dapatkan sumber karbohidrat yang lebih sihat. Sumber yang baik termasuk bijirin penuh, kentang, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan produk tenusu rendah lemak. Untuk memastikan sistem penghadaman anda berjalan dengan baik, anda perlu mengambil makanan tinggi serat. Satu lagi kelebihan serat adalah ia membuatkan anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama. Beberapa sumber serat yang baik adalah:
- Buah-buahan.
- Sayur-sayuran.
- Kekacang.
- Makanan berkanji (terutamanya bijirin penuh).
Sangat baik untuk menjauhkan diri daripada minuman berkafein (teh, kopi, dan minuman tenaga) memandangkan kafein adalah diuretik yang menggalakkan pembuangan air kecil, membuatkan anda mengalami dehidrasi lebih cepat.
Makanan sihat
Hidangan sewaktu sahur haruslah makan yang sihat dan sederhana yang boleh mengisi perut anda dan memeberikan tenaga yang mencukupi untuk sepanjang hari. Makanan yang mengambil masa yang lama untuk dicerna seperti roti pita, salad, bijirin (terutamanya oat) atau roti bakar menyediakan tenaga yang berterusan. Badan anda boleh mendapat manfaat daripada cecair yang mengandungi vitamin dan mineral seperti jus buah-buahan atau minuman isotonik.
Ramai orang Islam berbuka puasa dengan kurma – sejenis makanan bertenaga tinggi dan memberi kesegaran. Dalam masa antara matahari terbenam dan terbit, cuba minum air yang banyak untuk merehidrat dan menurunkan kecenderungan anda dari mengambil pelbagai jenis makanan yang terdapat di pasaran.
Makanan yang perlu dielakkan
- Makanan bergoreng – seperti karipap, samosa dan pisang goreng.
- Makanan tinggi gula dan lemak.
- Makanan yang dimasak dengan minyak yang bayak – seperti kari berminyak, dan pastri berminyak.
Alternatif yang lebih sihat untuk makanan tersebut adalah:
- Samosa bakar dan ladu rebus
- Chapati tanpa minyak.
- Daging dan ayam panggang atau bakar.
- Pastri buatan sendiri dengan hanya satu lapisan
- Gula-gula berasaskan susu dan puding (rasmalai dan barfee)
Kaedah memasak yang perlu dielakkan:
- Goreng celur/rendam.
- Menggoreng.
- Penggunaan minyak yang berlebihan.
Kaedah memasak yang sihat:
- Goreng tohor/cetek – kaedah ini memberikan rasa yang hampir sama
- Panggang atau bakar – kaedah ini mengekalkan rasa dan perisa asal makanan tersebut, terutamanya dalam ayam dan ikan.
Berwaspada dengan keracunan karbon monoksida di dapur
Karbon monoksida ialah gas beracun yang tidak mempunyai bau atau rasa, menjadikan ia sukar untuk dikesan. Menyedut karbon monoksida dalam tahap yang tinggi boleh mengancam nyawa. Memasak untuk ramai orang menggunakan periuk besar di dapur gas boleh menyebabkan karbon monoksida terkumpul di dapur, terutamanya jika anda tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.