home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ini Bahaya Ambil Makanan Segera Semasa Iftar - #5 Pasti Buat Anda Menyesal!

Ini Bahaya Ambil Makanan Segera Semasa Iftar - #5 Pasti Buat Anda Menyesal!

Jika ditanyakan pada penulis, juadah berbuka puasa yang paling diminati sudah semestinya nasi putih bersama lauk-pauk tradisional masyarakat kita.

Namun, tahukah anda bahawa ada individu yang gemar mengambil makanan segera ketika iftar?

Kata mereka, makanan sebegini adalah cepat, mudah dan murah.

Ya, mungkin penyataan ini ada benarnya.

Namun, ketahuilah bahawa perbuatan ini sudah pasti akan mendatangkan bahaya terhadap kesihatan, lebih-lebih lagi jika diambil semasa waktu berbuka puasa!

Jom sama-sama kita baca artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu makanan segera?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, haruslah kita tahu serba sedikit mengenai makanan jenis ini terlebih dahulu.

Makanan segera adalah kategori makanan yang mempunyai tinggi kalori, gula, dan lemak tanpa disertai nutrisi bermanfaat seperti vitamin, mineral dan serat.

Antara contoh makanan jenis ini adalah ayam goreng, kentang goreng, burger, sosej dan macam-macam lagi menu yang kalian boleh perolehi dari rangkaian restoran makanan segera.

Ini bukanlah bermakna anda langsung tidak boleh mengambilnya.

Cuma tolong kurangkan kuantiti pengambilan makanan jenis ini terutamanya ketika bulan Ramadan.

Ini bahaya makanan segera ketika iftar!

makanan segera

Buat anda yang tertanya-tanya, ini kesan pengambilan makanan kategori ini terhadap kesihatan tubuh badan anda:

#1. Menambahkan berat badan

Bulan puasa semestinya akan menjadi tempoh paling sesuai untuk anda berusaha menurunkan berat badan.

Pun begitu, sebaliknya yang selalu terjadi.

Impian untuk kurus hanya akan menjadi angan-angan.

Ini disebabkan oleh pengambilan makanan segera yang berlebihan semasa iftar dan juga sahur.

Makanan kategori ini telah melalui proses yang terlalu banyak sehingga nutrisinya hilang.

Selain itu, ia juga mengandungi banyak lemak trans serta tidak mengandungi sumber serat yang mencukupi.

Perasan tak, jika anda ambil makanan ini, anda masih lagi tidak kenyang walaupun sudah makan dengan banyak.

Kesannya, tubuh badan anda berisiko besar untuk menjadi gemuk atau buncit.

#2. Meningkatkan risiko rintangan insulin

Jika anda masih belum perasan, kebanyakan makanan segera mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi sekali gus meningkatkan risiko diabetes jenis 2.

Bukan itu sahaja, terdapat kajian yang mengatakan pengambilan makanan kategori ini akan menyebabkan kerintangan insulin – punca kepada gula dalam darah menjadi tidak terkawal.

Buat anda yang belum tahu, insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi menjaga kadar gula darah agar tetap normal.

Kegagalannya pula adalah punca kepada ketidaknormalan glukosa dalam darah.

Dalam erti kata yang lebih mudah, pengambilan makanan jenis ini boleh mengundang penyakit kencing manis.

#3. Meningkatkan risiko kegagalan jantung

Selain lemak trans, kebanyakan makanan segera juga mengandungi lemak tepu.

Kedua-dua jenis lemak ini berisiko meningkatkan kolesterol jahat yang dikenali sebagai LDL (low-density lipoprotein).

Ia akan menjadi pemicu lemak terkumpul dan tersekat pada saluran darah.

Dalam masa yang sama, ia juga akan menurunkan jumlah kolesterol baik yang dikenali sebagai HDL (high-density lipoprotein)

Akibatnya, ia akan mengakibatkan kewujudan plak kolesterol yang seterusnya akan meningkatkan risiko kegagalan jantung dan pelbagai lagi penyakit lain berkaitan dengan jantung.

Inginkan jantung yang lebih sihat? Jangan ambil makanan segera ketika iftar.

makanan jatuh

#4. Melambatkan proses metabolisme

Proses metabolisme adalah penting untuk memecahkan nutrisi menjadi komponen yang lebih kecil untuk keperluan tubuh badan kita.

Ia adalah proses yang sangat penting untuk membakar kalori.

Pengambilan makanan segera pula dikatakan akan membuat proses metabolisme menjadi lebih lambat.

Ini disebabkan kekurangan tenaga yang dikeluarkan jika hendak dibandingkan ketika makan makanan yang sihat.

Harus kita tahu bahawa berpuasa akan menyebabkan metabolisme menjadi lambat.

Ditambah dengan pengambilan makanan kategori ini ketika iftar atau sahur, ia tidak akan membantu anda.

Kesannya, berat badan anda tidak dapat dikawal dan impian untuk diet punah begitu sahaja.

#5. Makanan segera menyebabkan ketagihan

Terkejut? Ya, makanan segera memang boleh menyebabkan ketagihan.

Menurut Dr. Vijaya Surampudi yang bertugas di University of California di Los Angeles, makanan kategori ini akan menyebabkan ketagihan akibat 4 bahan yang terdapat di dalamnya iaitu lemak, garam, gula, dan kafein.

Bahan ini seterusnya akan menjadi pemicu kepada perembesan dopamin – salah satu hormon yang memberikan rasa gembira dan bahagia.

Sensasi inilah yang membuat anda sukar untuk berhenti memakannya.

Cuba bayangkan anda makan dengan banyak jenis makanan ini ketika iftar atau sahur?

Sudah pasti ia akan membuat kalian makan lebih banyak sehingga hilang niat untuk diet yang seimbang.

Kesannya, ia bukan sahaja akan membuat berat badan meningkat malah membuat kalian malas untuk beribadat.

Jadi, pilihlah juadah berbuka puasa dengan baik. Sebaiknya, bersederhanalah ketika iftar dan sahur pada bulan mulia ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.healthline.com/nutrition/junk-food-and-metabolism
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronary-artery-disease/symptoms-causes/syc-20350613
  3. https://www.webmd.com/diabetes/qa/what-does-insulin-resistance-mean
  4. https://www.medicalnewstoday.com/articles/317122.php
  5. https://www.healthline.com/health-news/quitting-junk-food-produces-similar-withdrawals-as-drug-addiction#What-junk-food-does-to-your-brain
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 01/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x