home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Dehidrasi Ketika Puasa Itu BAHAYA! Jom Baca Ini Untuk Tahu Cara Elak Ia Berlaku!

Dehidrasi Ketika Puasa Itu BAHAYA! Jom Baca Ini Untuk Tahu Cara Elak Ia Berlaku!

Puasa memerlukan anda untuk tidak makan dan minum selama beberapa jam.

Anda hanya dibenarkan minum ketika berbuka puasa dan sahur.

Untuk itu, nutrisi yang diperlukan oleh badan anda seboleh mungkin harus dipenuhi di dua waktu tersebut, termasuk keperluan tubuh terhadap air.

Anda masih perlu minum 8 gelas semasa puasa untuk membantu mengekalkan status hidrasi tubuh anda.

Kekurangan air saat berpuasa boleh menyebabkan anda menjadi letih dan lemah, bahkan mungkin tidak mampu meneruskan puasa.

Berapa gelas air untuk elak dehidrasi semasa puasa?

Semasa tidak berpuasa, anda boleh minum pada bila-bila masa sahaja yang anda mahu, apabila anda haus.

Namun, berbeza ketika anda sedang berpuasa.

Anda hanya dibenarkan untuk makan dan minum apa saja yang halal selama di antara waktu berbuka hingga sahur.

Waktu tersebut harus anda gunakan sebaiknya untuk memenuhi keperluan nutrisi badan anda, terutamanya keperluan air.

Memenuhi keperluan air selama waktu tersebut boleh mengurangkan risiko anda mengalami dehidrasi saat berpuasa.

puasa

Pastikan anda minum 8 gelas selama di antara waktu berbuka dan sahur, atau lebih dari jumlah itu jika anda rasa perlu lebih banyak.

Anda boleh membahagikan ke dalam pola dua gelas semasa berbuka, empat gelas selepas solat tarawih atau sebelum anda tidur, dan dua gelas lagi ketika sahur.

Atau, anda boleh memecahkan ke dalam pola tiga gelas semas berbuka, dua gelas sebelum tidur, dan 3 gelas semasa sahur.

Bagaimana cara anda membahagikan jumlah gelas air yang anda ambil semasa berpuasa sebenarnya bergantung pada selera masing-masing.

Apa yang penting adalah pastikan anda memenuhi sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari di bulan Ramadan.

Cecair yang anda ambil boleh dari jus, sirap, atau minuman lain.

Walau bagaimanapun, air putih adalah pilihan yang terbaik bagi anda.

Sebaiknya kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein, seperti kopi, teh, dan minuman bersoda.

Minuman berkafein ini mempunyai kesan diuretik yang membuatkan badan lebih banyak kehilangan air.

Bagaimana jika tubuh badan alami dehidrasi ketika puasa?

Kurang air atau dehidrasi semasa puasa adalah bahaya untuk kesihatan anda.

Minum kurang dari 8 gelas air setiap hari, diburukkan lagi dengan keadaan cuaca yang sedang panas dan banyak melakukan aktiviti berat boleh meningkatkan risiko anda mengalami dehidrasi semasa berpuasa.

puasa

Dehidrasi boleh berlaku jika air yang anda minum lebih sedikit daripada air yang digunakan badan atau cecair yang hilang dari badan lebih banyak.

Hasilnya, badan tidak mempunyai cukup air untuk menjalankan fungsi normalnya.

Namun, umumnya dehidrasi jarang berlaku semasa berpuasa jika anda mengambil air semasa berbuka dan sahur.

Ini tanda anda kurang minum air sewaktu berpuasa!

Jika anda mengalami dehidrasi ketika puasa, tanda-tanda yang boleh anda alami adalah:

  • Lebih jarang buang air kecil
  • Warna air kencing lebih gelap
  • Kurang berpeluh
  • Pening kepala
  • Kekeliruan
  • Rasa nak pengsan
  • Palpitasi, iaitu rasa jantung bergegup lebih cepat

Oleh itu, sila minum air secukupnya ketika berpuasa untuk elak komplikasi semasa bulan mulia ini ya!

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

NHS. (2017). Ramadan health FAQs – Live Well – NHS Choices. [online] Available at: http://www.nhs.uk/Livewell/Healthyramadan/Pages/faqs.aspx [Accessed 23 May 2017].

Chumari, A. Healthy Ramadan Fasting Tips – HealthXchange. [online] Available at: https://www.healthxchange.sg/food-nutrition/food-tips/healthy-ramadan-fasting-tips [Accessed 23 May 2017].

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 24/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x