backup og meta

Suka Kambing Bakar? Ini 8 Manfaat Daging Kambing Serta 2 Resipi Boleh Dicuba!

Suka Kambing Bakar? Ini 8 Manfaat Daging Kambing Serta 2 Resipi Boleh Dicuba!

Kambing bakar antara hidangan yang enak dimakan ketika masih panas-panas. Tetapi bagus ke makan daging kambing ini sebenarnya?

Kebenarannya, daging kambing mempunyai manfaat kesihatan yang tidak diketahui ramai. Jom baca perkongsian artikel ini untuk mengetahuinya. Ada juga resipi hidangan kambing untuk dicuba!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Daging kambing bakar 

Daging kambing dianggap sebagai daging merah kerana ia mempunyai tahap myoglobin tinggi – protein yang terdapat dalam tisu otot haiwan tertentu seperti lembu, menjadikan daging berwarna merah apabila terdedah kepada oksigen.

Rasa daging kambing pula lebih kuat baunya berbanding ayam atau lembu tetapi masih boleh diterima untuk dimakan, khususnya apabila dibakar atau dipanggang. 

Daging kambing biasanya diambil daripada kambing biri-biri muda, kerana daging kambing tua adalah lebih keras dan liat.

Khasiat daging kambing

kambing bakar

Dari aspek pemakanan, daging kambing kaya dengan sumber mineral – zat besi, zink, kalsium, selenium, kalium, tembaga dan magnesium serta pelbagai jenis vitamin B.

4 auns daging (113 gram, g) mengandungi hampir 28g protein. Tetapi memenuhi hampir ⅔ keperluan pengambilan lemak tepu harian. Oleh sebab itu, anda perlu bersederhana ketika memakan hidangan daging kambing.

Selain itu, ia turut mengandungi lebih 330 kalori dan lemak tak tepu tunggal.

Kelebihan makan daging kambing

Bagi peminat hidangan kambing sudah tentu anda ingin mengetahui manfaat pengambilan daging ini, kan?

Anemia

Kandungan kalsium dan zat besi dalam daging merah ini dapat membantu mencegah anemia dengan memberikan jumlah zat besi mencukupi bagi penghasilan darah merah baharu.

Tanpa zat besi mencukupi, ia akan menjejaskan pengeluaran sel darah merah. Kesannya anda akan berasa lemah, letih dan kesejukan. Keadaan ini juga boleh menjejaskan kesihatan imun dan fungsi kognitif.

Kurangkan berat

Pengambilan daging kambing dikatakan dapat membantu meningkatkan rasa kenyang dan aktiviti metabolik, di samping menyediakan banyak protein.

kambing bakar

Kambing bakar bagus untuk kesihatan kulit

Dengan kandungan asid lemak omega-3 dalam daging ini, kulit akan mendapat perlindungan antioksidan, sekali gus mengurangkan penampilan kedutan dan bintik penuaan.

Ketumpatan tulang

Daging kambing adalah sumber yang sangat baik bagi banyak mineral, seperti zink, fosforus, dan selenium –  semuanya diperlukan untuk ketumpatan mineral tulang.

Sistem imun

Tanpa zink yang mencukupi, sistem imun akan terjejas. Pengambilan 1 hidangan kambing dapat memenuhi 30% keperluan harian anda.

Baca juga:

Jisim otot

Padat dengan sumber protein, daging kambing dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan jisim otot, di samping meningkatkan prestasi fizikal dan metabolik. Protein yang mencukupi membantu anda mengekalkan jisim otot tanpa lemak. 

Mengambil hidangan kambing bakar bukan sahaja sedap tetapi juga merupakan sumber protein tanpa lemak yang baik!

Kelebihan lain

Kambing yang kaya dengan protein dan vitamin boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa haid dan menurunkan risiko strok serta penyakit buah pinggang. 

Ia juga membantu dalam melegakan simptom autisme dan meningkatkan kesihatan sistem saraf.

Makan kambing bakar berlebihan? Ini kesannya

Terdapat beberapa kesan sampingan makan daging kambing, terutamanya jika mengambilnya secara berlebihan, seperti:

Daging merah ini mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi, jadi pengambilan secara sederhana amat digalakkan. Makan terlalu banyak boleh mengakibatkan peningkatan tahap serum kolesterol.

Keadaan tersebut mendedahkan anda kepada risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes. Jumlah berlebihan turut dapat meningkatkan tahap purin dalam badan – punca pembentukan batu karang.

Resepi kambing bakar ala barat

Salah satu cara paling sihat dalam penyediaan daging kambing adalah dengan memasak bahagian otot secara memanggang di dalam ketuhar atau membakarnya. Tetapi elakkan ia menjadi hangus kerana boleh meningkatkan risiko kanser.

Jom cuba resipi berikut:

Bahan-bahan:

  • 1 kilogram daging kambing tanpa tulang
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 sudu besar herba rosemary
  • 2 sudu kecil herba thyme
  • 3 sudu besar minyak zaitun 
  • Garam merah jambu Himalaya
  • Lada hitam – dikisar
  • 1 kilogram kentang (baby potate) – dibelah dua jika besar

kambing bakar

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar sehingga 450ºC dan letakkan rak pada sepertiga bahagian bawah ketuhar.
  2. Dalam mangkuk kecil, campurkan bersama bawang putih, rosemary, thyme dan 1 sudu besar minyak. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Sapukan pada keseluruhan daging.
  3. Dalam dulang pembakar, letakkan kentang. Kemudian tuangkan baki minyak zaitun dan perasakan dengan garam dan lada hitam. 
  4. Letakkan kambing pada bahagian atas kentang dan panggang sehingga lebih kurang 1 jam atau suhu dalaman ketuhar mencapai 145ºC.
  5. Rehatkan daging selama 15 minit sebelum dihidangkan.

Resipi kambing cara Malaysia

Bahan-bahan resepi kambing bakar:

  • 5-6 keping daging kambing
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 3 sudu besar kicap untuk hitamkan daging, jika mahu gunakan lebih, tiada masalah
  • 1 inci halia – dihiris atau ditumbuk halus, pilihan
  • 1 sudu besar gula perang atau madu
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam – boleh tambah jika sukakan pedas
  • Herba rosemary – penting untuk daging berbau enak dan menyedapkan rasa

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dan gaul sebati dengan daging kambing.
  2. Terus boleh dibakar – sama ada guna arang atau oven. 
  3. Jika menggunakan oven, anggaran masa antara 1-1 jam 30 minit, pada suhu 200ºC – bergantung pada oven.
  4. Apabila daging sudah masak, boleh diangkat dan dimakan bersama kuah lada hitam atau diratah begitu sahaja.

Jangan lupa untuk mencuba resepi kambing bakar yang dikongsikan di atas & selamat menjamu selera!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 8 Surprising Benefits Of Lamb Meat. https://www.organicfacts.net/lamb-meat.html, Accessed on April 25, 2022
  2. S.A.BabikerI.A.El KhiderS.A.Shafie. (1990) Chemical composition and quality attributes of goat meat and lamb. https://doi.org/10.1016/0309-1740(90)90041-4, Accessed on April 25, 2022 
  3. Peter Williams. (2007). Nutritional composition of red meat. https://doi.org/10.1111/j.1747-0080.2007.00197.x, Accessed on April 25, 2022
  4. Six healthy reasons to keep eating lamb. https://ahdb.org.uk/red-meat-health-lamb, Accessed on April 25, 2022 
  5. Recipe: Rosemary Roasted Lamb. https://www.scotland.org/about-scotland/food-and-drink/scottish-recipes/rosemary-roasted-scotch-lamb, Accessed on April 25, 2022
  6. Roast lamb easy recipe with olive oil. https://www.oliveoilsfromspain.org/recipes/roast-lamb/, Accessed on April 25, 2022 
  7. Resepi Kambing Bakar Teramat Lazat Patut Cuba! https://saji.my/resepi-kambing-bakar/, Accessed on April 25, 2022

Versi Terbaru

10/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Inginkan Idea Makanan Diet Tengah Hari? Cuba 5 Resepi Ini, Sedap Dan Boleh Kurus!

7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan