backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Inginkan Idea Makanan Diet Tengah Hari? Cuba 5 Resepi Ini, Sedap Dan Boleh Kurus!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

    Inginkan Idea Makanan Diet Tengah Hari? Cuba 5 Resepi Ini, Sedap Dan Boleh Kurus!

    Ingin kurus tetapi perlu ke skip lunch atau ada menu makanan diet tengah hari yang sesuai? Usah gusar, Hello Doktor boleh membantu anda.

    Teruskan membaca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Makanan tengahari diet

    Pelan pemakanan yang membantu menguruskan berat badan melibatkan pelbagai makanan sihat. Tambahkan pelbagai warna pada pinggan dan anggap ia seolah-olah anda sedang ‘memakan pelangi’.

    Sayuran hijau gelap, berdaun, oren dan tomato, bahkan herba segar – sarat dengan vitamin, serat dan mineral.

    Pemakanan yang sihat adalah:

    • Menekankan pengambilan buah-buahan, sayuran, bijirin penuh dan susu serta produk susu tanpa lemak atau rendah lemak
    • Memasukkan pelbagai makanan protein seperti makanan laut, daging tanpa lemak dan ayam, telur, kacang seperti kacang pis, produk soya, kekacang dan bijian
    • Rendah lemak tepu, lemak trans, kolesterol, garam dan gula tambahan
    • Kekal dalam keperluan kalori harian

    makanan diet tengah hari

    Menu makanan diet tengah hari

    Makanan tengah hari seimbang termasuk sayuran, sumber protein tanpa lemak dan makanan lain yang meningkatkan tahap kesihatan boleh membantu mengurangkan berat.

    Ini 5 makanan tengahari diet sihat untuk turunkan berat:

    Tuna-stuffed avocado

    Bahan-bahan:
    • ½ cawan yogurt Greek kosong tanpa lemak
    • ½ cawan saderi – dipotong dadu
    • 2 sudu besar parsli – dicincang
    • 1 sudu besar jus limau nipis
    • 2 sudu teh mayones
    • 1 sudu teh mustard Dijon
    • ⅛ sudu teh garam
    • ⅛ sudu teh lada hitam – dikisar
    • 5 auns tuna dalam tin – ditoskan air
    • 2 biji avokado
    • Daun kucai – dicincang untuk hiasan

    makanan diet tengah hari

    Cara-cara penyediaan makanan tengahari diet:
    1. Satukan yogurt, saderi, parsli, jus limau nipis, mayones, mustard, garam dan lada dalam mangkuk – gaul sebati. Masukkan tuna dan gaul rata.
    2. Belah avokado kepada 2 – potongan memanjang dan keluarkan bijinya. 
    3. Senduk kira-kira 1 sudu besar isi avokado daripada setiap belahan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. Lenyekkan isi buah tersebut dengan garpu dan campurkan ke dalam campuran tuna.
    4. Isi setiap separuh avokado dengan campuran tuna. 
    5. Hiaskan dengan daun kucai dan sedia untuk dimakan.

    Tortilla wrap, menu makanan diet tengah hari

    Bahan-bahan:

    • Isi ayam – dipotong kecil
    • Tomato ceri – dibelah kepada 2
    • 2 biji bawang merah kecil – dipotong dadu
    • 2 keping daun salad
    • 1 sudu kecil mayones
    • Chili flakes
    • Lada hitam
    • Garam 
    Cara-cara penyediaan:
    1. Perisakan isi ayam dengan lada hitam dan garam. Kemudian, panggang dalam kuali.
    2. Gaul ayam yang telah dipanggang bersama mayones, tomato ceri, bawang merah, daun salad dan chili flakes.
    3. Letakkan atas wrap dan balutkan.
    4. Panaskan atas kuali untuk seketika dan sedia untuk dinikmati.

    Baca juga:

    Daging bakar

    Siapa kata untuk kurus kena tolak hidangan nasi 100%? Jadi bayangkan hidangan daging bakar yang masih panas bersama air asam, pasti menyelerakan, bukan? 

    Tetapi boleh ke dibuat hidangan makanan diet tengah hari? Sudah tentu boleh. Kuncinya, makan bersama nasi beras perang dan sayur bayam dimasak bersama taugeh.

    Bahan-bahan:
    • 3-4 ulas bawang putih – dicincang halus
    • 2 batang serai 2 – dipotong dan ditumbuk sedikit
    • 3-4 sudu besar kicap pekat (manis)
    • 1 sudu besar sos tiram
    • Lada hitam
    • Garam
    • Beberapa ketul daging saiz sederhana
    Cara-cara penyediaan:
    1. Letakkan daging di dalam bekas berpenutup untuk memudahkan disimpan semasa memerap daging.
    2. Taburkan bawang putih, serai, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan sedikit garam.
    3. Gaulkan kesemua bahan agar menyaluti daging.
    4. Tutupkan bekas dan perap minimum 3 jam.
    5. Selepas diperap, bolehlah dibakar daging tersebut.
    6. Agak-agak daging sudah masak dan lembut, potong nipis dan dihidangkan bersama air asam.

    Menu makanan diet tengah hari #Salmon panggang

    Sekiranya anda mahukan hidangan nasi, ada hidangan ringkas yang boleh dicuba, iaitu nasi dimakan bersama sayur brokoli dan lobak merah kukus, dengan sambal belacan serta salmon  bakar.

    Bahan-bahan:
    Cara-cara penyediaan:
    1. Lumurkan ikan dengan lada hitam dan garam secukupnya dan panggang. Jangan lupa untuk membalik-balikkan ikan ya, nanti hangus!
    2. Dalam anggaran masa 10 minit, ikan sedia untuk dimakan. Mudah, bukan?

    Mi ramen bijan dengan brokoli & telur rebus

    makanan diet tengah hari
    Bahan-bahan:
    • 3 cawan air
    • 1 cawan brokoli
    • 1 paket ramen segera
    • 1 sudu teh minyak bijan 
    • ½ sudu teh biji bijan panggang
    • 1 biji telur rebus – dibelah dua
    Cara-cara penyediaan menu makanan diet tengah hari:
    1. Didihkan air dalam periuk sederhana. Tambah brokoli dan masak selama 2 minit.
    2. Masukkan ramen – ketepikan perasa, masak lebih kurang 3 minit sehingga empuk.
    3. Toskan brokoli dan ramen, masukkan kembali ke dalam kuali.
    4. Masukkan minyak bijan, biji bijan dan separuh paket bahan perasa. Gaulkan sehingga sebati.
    5. Sedia untuk dihidang bersama potongan telur rebus.

    Kesimpulannya 

    Jika anda ingin menurunkan berat badan, terdapat pelbagai idea makanan tengahari diet lazat boleh dicuba dan tiada salahnya untuk menukar selera.

    Cuma perubahan secara mendadak mungkin boleh mendatangkan ketidaksesuaian pada diri. Cara terbaik, lakukan secara perlahan-lahan, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan