Pengambilan sarapan sihat penting untuk tubuh. Kalau ingin tahu apakah resepi sihat dan sedap untuk bersarapan, teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Pentingnya sarapan sihat
Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, semestinya pengambilan makanan sihat amatlah perlu. Jika kena dengan resipi sihat, pasti hasil masakannya sedap.
Ingin memulakan hari sarapan pagi dengan makanan seimbang, tapi takut tidak berselera? Jangan risau, makanan sihat bukan semestinya mempunyai rasa yang tidak sedap.
Tak percaya? Anda boleh cuba membuat resepi sihat mengikut 5 senarai makanan sihat seperti yang kami sediakan di bawah ini.
Baca juga:
Resepi sihat 1: Ayam buttermilk panggang
Bahan-bahan:
Cara menyediakannya:
- Letakkan buttermilk, thyme, bawang putih dan garam di dalam mangkuk besar. Masukkan potongan ayam dan gaulkannya sehingga campuran buttermilk tersebut meliputi keseluruhan bahagian ayam. Perap dan sejukkannya selama sekurang-kurangnya 8 jam di dalam peti sejuk.
- Ambil ayam yang telah diperap tadi dan panggang di atas kuali pemanggang dengan menggunakan api yang sederhana. Masak sekitar 5 hingga 7 minit sebelum membalikkannya.
Resepi sarapan sihat 2: Keledek bakar
Bahan-bahan:
- 4 biji keledek yang telah dibersihkan (tidak dikupas)
- Setengah cawan yogurt
- 1 biji epal yang telah dipotong dadu
- 2 sudu madu
- ¼ cawan serbuk kelapa yang telah disangai
Cara menyediakannya:
- Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius. Letakkan 4 biji keledek pada loyang dan masukkan ke dalam ketuhar.
- Bakar keledek tersebut sehingga lembut iaitu sekitar 45 minit.
- Ambil pisau dan potong keledek tersebut dengan hirisan berbentuk X. Buka kulit keledek dan lenyekkan isi keledek dengan menggunakan garpu.
- Letakkan bahan-bahan lain iaitu yogurt, potongan epal, madu dan juga serbuk kelapa sebagai topping keledek tersebut.
- Gaulkannya sebelum anda mula menikmatinya.
Resepi sarapan sihat 3: Telur kacau kari
Bahan-bahan:
- 8 biji telur
- ¼ cawan susu
- Setengah sudu teh serbuk kari
- ¼ sudu teh garam
- Sedikit serbuk lada putih
- 2 biji tomato yang dihiris dan dipotong dadu (pilihan)
Cara menyediakannya:
- Dalam mangkuk yang besar, pukul telur, susu, serbuk kari, garam, dan lada sulah.
- Letakkan kuali dan masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya. Sebaiknya, anda menggunakan kuali non-stick untuk hasil masakan yang lebih cantik.
- Tuangkan campuran telur tersebut. Masak dan kacau sehingga telur mula menebal dan tidak ada lagi telur yang masih cair. Kemudian, tutup api.
- Hidangkan telur tersebut bersama dengan potongan tomato.
Resepi 4: Sandwic tomato dan avokado
Bahan-bahan:
- Setengah biji avokado yang telah masak
- 4 keping roti gandum penuh
- 1 biji tomato yang dihiris nipis
- 2 biji bawang merah yang dipotong dan dicincang halus
- 2 sudu mayones
Cara menyediakannya:
- Lenyekkan avokado sehingga hancur menjadi seperti pes.
- Sapukan pes avokado pada dua keping roti yang telah dipanggang.
- Letakkan hirisan tomato dan bawang merah yang telah dicincang ke atasnya. Tuangkan sedikit mayones pada hirisan tomato tersebut.
- Tutup dengan kepingan roti dan nikmati sandwic anda.
Resepi sarapan sihat 5: Gulungan ayam pesto
Bahan-bahan:
- 4 keping hirisan dada ayam
- Setengah cawan pesto (boleh didapati di pasar raya)
- 50 gram cendawan yang dihiris
- Parutan keju Mozarella
- Secubit garam
Cara menyediakannya:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius. Ketukkan kepingan dada ayam dengan menggunakan kayu penggelek sehingga menjadi lebih nipis.
- Sapukan presto pada kepingan ayam tersebut.
- Taburkan hirisan keju Mozarella di atas hirisan ayam tadi.
- Gulungkan ayam dan tusukkan pencungkil gigi pada gulungan ayam tersebut agar tidak terbuka.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar ayam dalam tempoh 30 minit sehingga ayam menjadi masak dan berwarna putih.
- Setelah ayam masak, keluarkan ayam tersebut daripada ketuhar dan tuangkan baki sos presto pada ayam tersebut bersama dengan hirisan keju.
- Tukarkan tetapan ketuhar kepada ‘broil’ dan masukkan kembali ayam ke dalam ketuhar untuk seketika waktu lagi. Biarkan keju menjadi cair dan sedikit perang dalam tempoh 3 hingga 5 minit sebelum dikeluarkan.
- Tanggalkan pencungkil gigi dan potong gulungan ayam tersebut. Hidangkan.
Kesimpulan
Senarai sarapan sihat dalam resepi yang dikongsikan di atas ini boleh didapati dengan mudah di pasar raya.
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mencari pesto yang dibotolkan bagi memasak gulungan ayam pesto, anda boleh membuatnya di rumah dengan menggunakan bahan-bahan segar.
Banyak resepi pesto yang boleh didapati di internet untuk kegunaan anda. Kongsikan senarai makanan sihat ini bersama rakan-rakan anda jika anda rasakan ia amat bermanfaat.
[embed-health-tool-bmi]