Menyedari tentang kebaikan susu ibu, semakin ramai ibu-ibu pada masa kini memilih untuk memberikan penyusuan semula jadi kepada anak.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Menyedari tentang kebaikan susu ibu, semakin ramai ibu-ibu pada masa kini memilih untuk memberikan penyusuan semula jadi kepada anak.
Susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan bayi untuk membesar dengan sihat dan kuat, seperti lemak, gula, protein, dan air. Ia juga membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi termasuk mengurangkan risiko asma, diabetes jenis 2, leukemia kanak-kanak, obesiti dan sebagainya.
Jika anda sedang memikirkan cara yang kreatif untuk memberikan susu ibu kepada anak anda terutama untuk yang berusia 6 bulan ke atas dan sudah mula mengambil makanan pejal, berikut beberapa resepi yang boleh digunakan.
Bayi yang sedang dalam proses tumbuh gigi memerlukan sesuatu yang sejuk untuk melegakan gusi mereka. Amat mudah untuk menyediakannya, sediakan pisang yang dibekukan bersama susu ibu dan kisarkan mengikut kesesuaian, boleh dicampurkan kayu manis sebagai tambahan (pastikan anak anda tidak alahan kepadanya). Sedia untuk di makan terus atau boleh disimpan dalam peti sejuk.
Ia sesuai untuk menyejukkan dan menenangkan bayi yang sedang tumbuh gigi. Prosesnya mudah, cuma bekukan susu ke dalam bekas ais, dan masukkan ke dalam mesh feeder baby.
Jika anda ingin memberikan bayi anak makan pejal seperti nasi atau bijirin seperti oat, anda boleh campurkannya dengan susu. Ia pastinya akan membuatkan bayi anda lebih kenyang dan sihat.
Resepi makanan pejal yang mudah dan cepat untuk disediakan. Hanya perlu campurkan avokado yang dilenyekkan bersama susu dan ia telah tersedia untuk diberikan kepada anak anda. Anda juga boleh campurkan sedikit air jika campuran agak pekat.
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyediakan ais krim susu. Anda boleh campurkan susu dengan jus, buahan atau sayuran. Jika menggunakan jus, anda boleh gaul rata susu dan jus sebelum dimasukkan ke dalam bekas ais krim (popsicle). Untuk buahan atau sayuran pula, kisarkannya bersama susu sebelum dibekukan.
Sesuai untuk anak yang tidak lagi minum susu botol, tetapi stok susu simpanan masih banyak. Ia boleh dimasak sebagai sarapan pagi. Walaupun ketika memasaknya, ia akan mengurangkan beberapa nutrisi, namun, ia masih cara yang baik untuk memberikan khasiat susu kepada anak. Anda boleh mencampurkan beberapa bahan lain seperti pisang, kismis, kayu manis dan ekstrak vanila jika perlu.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen