backup og meta

Singkapi Manfaat Kulit Kayu Manis Terhadap Kesihatan Anda!

Singkapi Manfaat Kulit Kayu Manis Terhadap Kesihatan Anda!

Tahukah anda bahawa kulit kayu manis adalah rempah ratus nombor 1 yang paling popular di seantero dunia? Mungkin kenyataan ini tidak begitu mengejutkan. Lagipun, umum mengetahui ada banyak khasiat kulit kayu manis terhadap kesihatan. 

Ingin mengetahui mengenai khasiat dan manfaat kulit kayu manis terhadap kesihatan? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu kulit kayu manis?

Fakta unik dan menarik:

  • Ia telah digunakan oleh masyarakat dunia lebih daripada 4,000 tahun dahulu lagi
  • Ia merupakan salah satu daripada rempah ratus yang tertua di dunia
  • Di zaman Mesir Purba, rempah ratus ini dianggap lebih bernilai daripada emas dan sutera pada hari ini
  • Ia dikatakan mampu membantu melawan penyakit berkaitan otak seperti Alzheimer
  • Ia boleh membunuh bakteria Coli 0157 dengan mudah sahaja

Sebelum itu, wajar untuk kita tahu terlebih dahulu serba sedikit mengenai rempah ratus yang berasal dari Sri Lanka ini. 

Kulit kayu manis adalah rempah ratus yang berasal daripada sejenis pokok Cinnammomum verum.

Selepas bahagian dalam kulit kayu ini diambil, ia akan dikeringkan sehingga terjadinya bentuk batang bergulung seperti yang anda biasa lihat di dapur. 

Apa yang unik dan menarik mengenai rempah ratus ini adalah bau, rasa dan warnanya yang sangat tersendiri.

Ciri-ciri ini dikatakan terhasil disebabkan oleh bahagian minyak pada pokok ini yang mengandungi kompaun cinnamaldehyde, yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kita.

Penggunaannya di dalam masakan sebagai penambah perasa adalah sangat luas. Anda mungkin boleh melihatnya ditabur di atas roti, direbus bersama ayam, dibuat sebagai sup ataupun dicampur di dalam kopi.

Sangat banyak fungsinya, bukan?

Khasiat kulit kayu manis terhadap kesihatan

Hakikatnya, rempah ratus ini mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan individu.

Pakar menyatakan bahawa keupayaan rempah ratus ini adalah disebabkan kewujudan 3 komponen utama yang terdapat di dalamnya.

Komponen-komponen tersebut adalah cinnamaldehyde, cinnamyl acetate, dan cinnamyl alcohol berserta pelbagai lagi kompaun lain yang sangat bermanfaat buat kesihatan kita.

#1. Membantu mengawal kandungan gula dalam darah

kulit kayu manis

Mungkin ada dalam kalangan kita yang belum tahu bahawa rempah ratus ini sebenarnya mampu membantu mengurangkan impak gula dalam darah anda.

Ia berfungsi dengan merendahkan kadar pencernaan setiap kali selepas makan sekali gus mengurangkan peningkatan gula dalam darah selepas makan.

Dalam pada itu, rempah ratus ini sebenarnya mempunyai potensi untuk membantu individu yang menghidap diabetes jenis 2 dengan memperbaiki kebolehan tindak balas tubuh badan mereka terhadap insulin.

Ini sekali gus akan membuat kandungan gula dalam darah mereka kembali normal.

Menurut kajian yang diterbitkan pada Disember 2003 oleh Diabetes Care, pengambilan rempah ratus ini walaupun hanya sekadar 1 gram setiap hari sebenarnya mampu untuk menurunkan kandungan gula dalam darah, triglycerides, kolesterol jahat (LDL) serta kolesterol secara keseluruhannya. 

Selain itu, rempah ratus ini juga sebenarnya bersifat antioksidan yang sangat kuat.

Jika hendak dibandingkan dengan pelbagai lagi rempah ratus yang lain seperti buah pala, halia, liku, pudina, anise dan vanila serta pelbagai lagi bahan pengawet makanan BHA (butylated hydroxyanisole), BHT (butylated hydroxytoluene) dan propyl gallate, antioksidan dalam rempah ini lebih tinggi!

Baca juga:

#2. Kulit kayu manis dapat merangsang fungsi otak 

Bukan sahaja dengan mengambilnya sebagai makanan boleh memulihkan kebolehan tubuh badan untuk menngawal glukosa malahan membaunya sahaja sudah boleh membantu merangsang fungsi otak!

Menurut sebuah kajian pada tahun 2004 oleh Dr. P. Zoladz, mengunyah gula-gula getah berperisa kulit kayu manis atau sekadar membaunya sahaja mampu untuk menggalakkan proses kognitif peserta kajian ini.

Menerusi kajian tersebut, didapati bahawa pengambilan rempah ratus ini mampu membantu peserta meningkatkan markah ujian yang dijalankan dari aspek visual, motor dan pelbagai lagi program yang berasaskan komputer.

#3. Baik untuk jantung dan kesihatan kolon

kulit kayu manis

Buat anda yang belum tahu, rempah ratus ini sebenarnya adalah sumber yang sangat kaya dengan serat dan mangan selain juga sangat tinggi kandungan kalsium.

Gabungan antara kalsium dengan serat di dalam rempah ratus ini sangat penting dan boleh membantu dalam pelbagai kondisi kesihatan.

Kedua-dua serat dan kalsium ini sebenarnya dapat menggabungkan garam hempedu dan membantu menyingkirkannya daripada tubuh badan kita.

Dengan membuangnya daripada sistem, ia dapat membantu meminimakan kerosakan terhadap sel kolon sekali gus mengurangkan risiko kanser kolon.

Apabila garam hempedu ini dibuang, tubuh badan perlu menguraikan kolesterol untuk membuat garam hempedu yang baharu.

Proses ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kandungan kolesterol sekali gus mengelakkan risiko serangan sakit jantung atau atherosclerosis.

#4. Membantu mengurangkan penggumpalan darah

Cinnamaldehye atau turut dikenali sebagai cinnamic aldehyde sudah lama diketahui mempunyai keupayaan untuk menambahbaikkan platelet darah.

Ya, platelet darah mungkin memang akan tergumpal bersama di dalam kondisi kecemasan seperti kecederaan fizikal sebagai satu cara untuk menghentikan pendarahan.

Namun, dalam kondisi yang normal, penggumpalan darah yang terlalu banyak boleh menghalang pengaliran darah ke seluruh tubuh badan kita.

Cinnaldehyde yang terdapat di dalam rempah ratus ini pula akan dapat membantu penggumpalan darah yang terlalu banyak.

Caranya, ia akan menghalang pelepasan asid lemak yang dinamakan asid arachidonic daripada membran platelet serta mengurangkan pembentukan molekul yang dinamakan thromboxane A2.

#5. Kulit kayu manis dapat mengurangkan aktiviti mikrob

kulit kayu manis

Bukan sahaja rempah ratus ini bersikap antiradang, ia juga sebenarnya tergolong di dalam makanan antimikrob.

Menurut kajian, ia mempunyai kebolehan untuk membantut atau membunuh pertumbuhan bakteria seperti fungus ataupun yis yang sangat bermasalah dan berbahaya iaitu Candida.

Dalam satu ujian makmal, pertumbuhan yis yang sangat tahan dengan ubat antikulat yang biasa digunakan iaitu flukonazol, berjaya dihentikan hanya dengan menggunakan ekstraknya. 

Tambahan itu, para pengkaji turut menyatakan bahawa rempah ratus ini bukan sahaja boleh berfungsi sebagai bahan pengawet yang efektif malahan juga mampu menambahbaikkan rasa sup lobak merah itu.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 11 proven health benefits of cinnamon. https://www.netdoctor.co.uk/healthy-eating/a33379508/cinnamon-health-benefits/. Accessed on December 4, 2022.
  2. 7 Cinnamon Side Effects You Should Be Aware Of. https://flo.health/menstrual-cycle/lifestyle/diet-and-nutrition/cinnamon-side-effects. Accessed on December 4, 2022.
  3. Cinnamon and health. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20924865/. Accessed on December 4, 2022.
  4. Cinnamon: The Good, the Bad, and the Tasty. https://badgut.org/information-centre/health-nutrition/cinnamon/. Accessed on December 4, 2022.
  5. The Benefits of Cinnamon. https://health.clevelandclinic.org/benefits-of-cinnamon/. Accessed on December 4, 2022.

Versi Terbaru

04/12/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Ibu Sedang Berpantang? Ini Do & Don't Mandian Herba Bersalin Yang Perlu Ibu Ikut!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan