backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini 6 Cara Untuk Hentikan Pendarahan Di Rumah, Namun Hanya Sesuai Untuk Luka Kecil Saja

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/07/2023

    Ini 6 Cara Untuk Hentikan Pendarahan Di Rumah, Namun Hanya Sesuai Untuk Luka Kecil Saja

    Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Namun, sewaktu menunggu pertolongan tiba, apakah yang boleh anda lakukan sebagai cara menghentikan pendarahan jika berlaku kemalangan? Ini cara hentikan darah yang boleh dilakukan.

    Kenapa perlu hentikan darah jika berlaku kecederaan?

    Sekiranya anda terjumpa seseorang yang mengalami kecederaan dan pendarahan, berikan pertolongan dengan menghentikan darah yang keluar terlebih dahulu.

    Jika darah keluar tanpa henti atau dengan jumlah yang terlalu banyak, ia boleh membahayakan nyawa individu tersebut.

    Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk menghentikan pendarahan tersebut terlebih dahulu.

    Bagaimanakah cara yang tepat untuk menghentikan pendarahan?

    Cara menghentikan pendarahan 1: Letakkan tekanan dan tinggikan kawasan tercedera

    Apabila berlaku kecederaan yang menyebabkan pendarahan, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mengenakan tekanan pada bahagian yang tercedera.

    Gunakan sebarang kain yang bersih ketika mengenakan tekanan ini. Tekanan ini bertujuan menghentikan pendarahan dengan menggalakkan pembekuan darah pada kawasan yang tercedera.

    Selain itu, anda juga perlu meninggikan kawasan yang tercedera daripada jantung. Cara menghentikan pendarahan ini boleh mengurangkan aliran darah ke kawasan yang tercedera.

    Jika kecederaan berlaku pada tangan, maka tinggikan tangan daripada kepala. Jika kecederaan berlaku pada kaki, anda boleh berbaring, dan tinggikan kaki anda lebih daripada paras dada. 

    Cara hentikan darah 2: Gunakan ais atau pek ais

    cara menghentikan pendarahan

    Penggunaan ais juga membantu dan sebagai cara hentikan pendarahan yang keluar kerana ais boleh mempercepatkan pembekuan darah.

    Selain itu, ais juga boleh membantu mengurangkan pembengkakan yang berlaku. Balutkan ais dengan kain, dan letakkan pada kawasan luka yang mengalami pendarahan.

    Untuk lebih mudah, anda juga boleh menggunakan pek ais yang lebih bersih dan mudah untuk digunakan.

    Kebanyakan pek ais diperbuat daripada gel yang akan membeku apabila diletakkan di dalam peti sejuk beku.

    Ia lebih sesuai digunakan ketika pergi melancong kerana ia tidak menggunakan ais dan tidak menyebabkan pencairan. 

    Cara menghentikan pendarahan 3: Gunakan teh

    Guna teh untuk hentikan pendarahan? Ya, teh biasa digunakan sebagai cara untuk menghentikan pendarahan selepas rawatan gigi.

    Teh mengandungi tanin, sejenis bahan organik dengan warna kekuningan atau kecoklatan yang mempunyai rasa pahit. Tanin dikatakan boleh membantu membekukan darah.

    Untuk menghentikan darah, anda boleh menggunakan uncang teh hitam atau teh hijau yang basah.

    Kemudian, balutkannya dengan menggunakan kain kasa dan letakkannya pada kawasan yang tercedera selama lebih kurang 30 minit. 

    Cara hentikan darah 4: Gunakan jeli petroleum

    cara menghentikan pendarahan

    Jeli petroleum seringkali digunakan bagi tujuan melembapkan kulit dan mengelakkan kekeringan kulit. Namun, ia juga boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan.

    Ia hanya sesuai digunakan bagi keadaan luka yang kecil sahaja. Lap kawasan yang tercedera dengan bersih sebelum menyapu jeli petroleum.

    Selepas darah sudah berhenti, lap sisa jeli petroleum yang ada pada bahagian luka. 

    Cara menghentikan pendarahan 5: Cecair kumur atau cecair pencuci mulut 

    Cecair kumur yang kerap anda gunakan untuk menyegarkan mulut juga boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan jika ia berlaku di dalam mulut.

    Alkohol yang terdapat dalam cecair kumur boleh membantu membekukan darah dengan pantas.

    Selain itu, kandungan asid aminokaproik yang terdapat dalam cecair kumur juga boleh membantu mengurangkan pendarahan yang disebabkan oleh rawatan gigi.

    Namun, jangan berkumur dengan menggunakan cecair ini bagi menghentikan pendarahan dalam mulut.

    Berkumur hanya akan membuatkan pembekuan darah tidak terbentuk atau mencair semula.

    Kesimpulan

    Kesemua tip dan cara hentikan darah yang dinyatakan di atas ini hanya sesuai untuk luka kecil dan pendarahan mulut sahaja.

    Bagi luka pendarahan yang lebih besar dan dalam, anda dinasihatkan untuk terus mendapatkan bantuan kecemasan dengan menghubungi ambulans.

    Ini kerana, pendarahan yang terlalu banyak tidak boleh dirawat dengan menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan