backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

5 Cara Mudah Ini Boleh Merendahkan Risiko Kanser Kolon, #1 Paling Penting!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/10/2022

    5 Cara Mudah Ini Boleh Merendahkan Risiko Kanser Kolon, #1 Paling Penting!

    Kanser kolon merupakan sejenis kanser yang sangat berbahaya dan berisiko kepada ramai individu. Malah, ia telah meragut banyak nyawa dan anda sendiri perlu mengambil langkah inisiatif dengan segera. Jadi, apakah ubat kanser usus kolon dan cara mencegah yang boleh dicuba?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kanser, anda juga boleh klik di sini.

    Ubat kanser kolon, mulakan dengan gaya hidup sihat!

    Seperti yang anda tahu, semua jenis kanser itu mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan gaya hidup individu dan merupakan kunci utama bagi mengurangkan risiko penyakit ini.

    Selain menjalani pemeriksaan, mengambil ubat kanser usus kolon dan perawatan klinikal, ada beberapa lagi cara mencegah kanser kolon iaitu:

    #1. Amalkan makanan berasaskan tumbuhan

    Beberapa jenis makanan berasaskan tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang berpotensi untuk mencegah kanser kolon serta menjadi ubat kanser usus yang terbaik berdasarkan beberapa kajian.

    Antara makanan berasaskan tumbuhan yang dimaksudkan adalah beri, plum, bawang, tomato, kunyit, halia, cendawan, soya dan variasi bijirin penuh.

    Alasannya, tumbuhan jenis ini mempunyai komponen bioaktif, fitokimia dan serat yang boleh melambatkan pertumbuhan serta perkembangan sel kanser di sekitar tubuh badan anda.

    Ia akan bertindak dengan cara melindungi diri daripada agen karsinogen, mengecutkan tumor dan metastasis, menggalakkan proses apoptosis serta menghapuskan sel kanser dalam tubuh badan.

    ubat kanser usus

    Apa yang menariknya, kajian berkaitan pemakanan berasaskan tumbuhan pada tahun 2015, telah menyatakan bahawa ia mampu memberikan manfaat untuk menjadi ubat kanser usus kolon secara semula jadi dan tiada kesan sampingan lain.

    #2. Kurangkan makan daging merah atau yang diproses

    Pakar menyarankan agar mereka yang mengambil lebih daripada 90 gram daging merah atau yang diproses untuk mengurangkan pengambilannya kepada bawah 70 gram setiap hari.

    Meskipun daging merah seperti lembu, kambing atau khinzir merupakan sumber protein, vitamin dan mineral yang sangat baik, namun ia mampu meningkatkan risiko kanser kolon.

    Menurut kajian pada tahun 2015, risiko kanser ini adalah 20-30% lebih tinggi kepada mereka yang gemar makan daging merah berbanding individu yang kerap makan daging putih.

    Jadi, adalah lebih baik untuk anda makan daging putih daripada sumber haiwan seperti ayam dan ikan.

    Bagi pengamal diet vegetarian pula, dapatkan sumber protein daripada bahan lain.

    ubat kanser usus

    Cara mencegah kanser kolon #3. Hadkan alkohol

    National Toxicology Program di Amerika telah menyenaraikan minuman beralkohol sebagai salah satu karsinogen yang boleh meningkatkan risiko individu terkena kanser.

    Lebih menakutkan, pengambilan alkohol yang sederhana dan berat dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser kolon sebanyak 1.5 kali ganda berbanding jika anda tidak mengambilnya.

    Penyelidikan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 2021 mendapati bahawa, golongan remaja yang mengambil minuman ini lebih berisiko.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Cara mencegah kanser kolon #4. Berhenti merokok

    Merokok tidak kira dengan cara tradisional (tembakau) atau moden (vape, pod dan shisha) sudah tentu menjadi dalang untuk pelbagai jenis penyakit khususnya kanser.

    Golongan perokok itu mempunyai risiko terkena kanser 50% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah atau sudah berhenti merokok. Jadi, kenapa anda masih mahu teruskan tabiat tidak sihat ini?

    Menurut kajian lanjutan pada tahun 2020 pula, ditemukan bahawa risiko ini boleh meningkat atau menurun secara mendadak bergantung pada kekerapan atau ketagihan individu itu merokok.

    Cara mengelak kanser kolon #5. Kawal berat badan

    Cara yang terakhir adalah individu perlu mengawal berat badan agar tidak berlebihan atau obesiti. Langkah awal boleh dilakukan dengan senaman harian.

    ubat kanser usus

    “Senaman mampu meningkatkan tahap antioksidan dan fungsi sistem imunisasi di dalam tubuh. Ia turut boleh membaik pulih DNA di dalam badan lantas mengurangkan risiko kanser kolon sebanyak 24%,”. Jelas kajian terbitan National Cancer Institute di Amerika Syarikat.

    Menurut kajian yang sama, ubat kanser usus kolon atau cara mengelak kanser yang paling efektif adalah dengan mengurangkan berat badan terutama ketika anda mencecah usia dewasa.

    Ini kerana individu dengan masalah berat badan yang berlebihan mempunyai banyak lemak pada perut (visceral), tinggi risiko diabetes dan rintang insulin yang mendalangi kanser kolon.

    Konklusinya, ubat kanser usus kolon berkait rapat dengan aspek gaya hidup individu. Dalam usaha untuk menurunkan risiko kanser ini, maka hiduplah dengan cara sihat dan cergas!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan