Diet tanpa nasi merupakan sesuatu yang tidak asing lagi pada pendengaran kita. Malah, banyak menu diet 30 hari tanpa nasi boleh diakses di laman sesawang dan media sosial.
Makan kurang nasi bermaksud kita mengambil jumlah kalori yang sedikit setiap hari. Oleh sebab itu, diet tanpa nasi selalunya amat berkesan untuk membantu mereka yang sedang bergelut untuk menurunkan berat badan.
Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk kita terus berhenti makan nasi.
Di Malaysia, nasi merupakan menu utama dan dihidang sewaktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Malah, hari anda akan rasa tidak lengkap jika tidak menjamah nasi sekali sehari.
Walaupun nasi merupakan sumber utama tenaga setiap hari, namun ada banyak keburukan makan nasi yang anda mungkin tidak tahu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.
Nasi membuatkan anda rasa ingin makan
Jika anda ingin berdiet, mengurangkan pengambilan nasi, pasta atau roti putih mungkin dapat membantu untuk menurunkan berat badan.
- Pengambilan karbohidrat boleh mencetuskan food craving atau rasa ingin makan yang lebih kuat selepas setiap hidangan
- Kitaran ini menyebabkan kita ingin makan lebih banyak gula dan karbohidrat tanpa disedari
- Selepas anda makan nasi, badan akan melepaskan gula yang banyak ke dalam saluran darah
Sebagai respons terhadap peningkatan gula tersebut, badan akan merembeskan hormon insulin yang membantu gula untuk memasuki sel-sel dalam badan. Lama-kelamaan, kadar gula dalam darah akan berkurangan.
Walau bagaimanapun, disebabkan tahap gula meningkat secara tiba-tiba ketika anda makan nasi, badan mungkin telah merembeskan lebih banyak insulin daripada apa yang diperlukan. Insulin berlebihan ini akan membuatkan kadar gula jatuh lebih rendah daripada biasa.
Akibatnya, badan akan menganggap anda kurang gula dan mula memberikan ‘signal’ kepada badan untuk makan lebih banyak gula dan karbohidrat! Malah, kitaran ini akan berlaku setiap kali anda makan nasi.
Oleh sebab itu, untuk mematahkan rasa mengidam untuk makan, cara yang terbaik adalah dengan menghentikan pengambilan makanan seperti nasi, roti putih, pasta dan juga kentang secara perlahan-lahan dalam masa 2 minggu.
Tapi, pastikan anda mengurangkan pengambilan secara berkala. Jangan pula berhenti mengejut, bahaya terhadap kesihatan tau!
Diet tanpa nasi – Bagaimana anda boleh amalkannya?
Ada banyak cara anda boleh mengamalkan diet tanpa nasi.
Walau bagaimanapun, bukan nasi yang menjadi punca kegemukan, sebaliknya jumlah nasi yang kita makan setiap hari. Di sini kami kongsikan beberapa tip diet tanpa pengambilan nasi:
1. Diet tanpa nasi, mulakan dengan kawal saiz hidangan
Selepas ini, jangan ambil terlalu banyak nasi dan kawal saiz hidangan anda. Jika anda sudah mengambil nasi pada waktu pagi, cuba skip nasi untuk makan tengah hari dan makan malam. Ada banyak lagi makanan lain yang sedap dan berkhasiat tanpa nasi.
Selain itu, anda juga boleh amalkan kaedah suku-suku separuh. Buat mereka yang tidak tahu, kaedah ini merupakan satu langkah yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cuba ambil separuh buah-buahan dan sayur-sayuran, suku daging seperti ikan, ayam dan sebagainya dan suku lagi nasi, mi, bijirin ataupun roti dalam menu diet 30 hari tanpa nasi anda.
2. Makan lebih banyak sayur dan buah-buahan, sebagai diet tanpa nasi dan gula
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membuatkan anda lebih kenyang dalam jangka masa yang lebih lama.
Cuba kurangkan nasi dan tambah sayur-sayuran seperti yang berikut ke dalam hidangan anda selepas ini:
- Brokoli
- Asparagus
- Bayam
- Kubis
3. Gunakan kaedah masakan rendah kalori, untuk menu diet 30 hari tanpa nasi
Tip diet ketiga untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, elakkan menggunakan kaedah memasak seperti menggoreng atau menambah santan, susu atau krim ke dalam makanan.
Cuba bakar atau rebus sayur atau daging yang anda ingin makan kerana ia akan mengandungi kalori yang lebih sedikit.
Dengan menggunakan cara memasak yang sihat seperti merebus, membakar, gril dan sebagainya, anda boleh mengurangkan lemak tepu di dalam makanan anda.
Malah, dengan menggunakan kaedah memasak yang sihat dan rendah kalori, anda dapat menyediakan menu makanan yang sedap dan mempunyai rasa yang asli tanpa menambah lemak atau garam berlebihan.
Kesimpulan
Tidak kiralah apa jua tip diet yang anda ingin lakukan, anda mungkin tidak akan mengalami sebarang penurunan berat badan jika tidak bersenam atau lebih aktif setiap hari.
Selain itu, bersederhanalah di dalam diet tanpa nasi yang anda lakukan. Kadangkala, ada yang menjadi terlalu taksub dengan diet masing-masing dan tidak makan nasi untuk satu jangka masa yang lama.
Namun, setelah mengalami penurunan berat badan, mereka kembali makan nasi seperti biasa dan mengalami pertambahan berat badan semula.
Oleh sebab itu, pastikan anda konsisten di dalam menu diet anda, barulah anda boleh nampak perbezaannya! Jangan lupa, gunakan tip yang kami berikan di atas untuk melakukan diet tanpa nasi untuk lebih kurus dan langsing pada masa hadapan.
[embed-health-tool-bmr]