backup og meta

5 Buah Ini Memang Sedap Kalau Buat Salad, Bonus: Resipi Salad Buah Mudah & Lazat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/02/2023

    5 Buah Ini Memang Sedap Kalau Buat Salad, Bonus: Resipi Salad Buah Mudah & Lazat!

    Sudah mula bosan dengan salad yang hanya berkisar sayur berwarna hijau sahaja? Apa kata anda cuba pula variasi resepi salad buah ini! Ia bukan sahaja lebih segar, sedap malah sudah tentu sihat untuk tubuh badan para pembaca setia kami.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Salad, pencuci mulut yang paling sihat?

    Terdapat banyak jenis pencuci mulut yang lazat untuk individu cuba sama ada dari jenis kuih, kek, puding, agar-agar dan pelbagai lagi sajian manisan untuk dimakan selepas hidangan berat.

    Pun begitu, ramai yang mungkin kurang gemar dengan salad sedangkan ia adalah hidangan paling sihat dalam kategori pencuci mulut jika hendak dibandingkan dengan sajian manisan lain.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Ini kerana salad tidak kira sayur atau buah tidak menggunakan bahan-bahan seperti gula, tepung, mentega, keju dan lain-lain yang semua individu sedia maklum tidak boleh diambil pada kuantiti terlalu banyak jika tidak mahu ada masalah berat badan.

    kuih tradisional

    Mungkin ramai yang akan sangka bahawa salad itu hanya ada aneka sayur dan anda tidak salah. Ia memang sangat popular sebagai salah satu makanan organik namun usah lupa, kita juga ada salad buah!

    Berikut buah yang ideal untuk salad anda!

    Keliru untuk campur buah apa ke dalam menu pencuci mulut anda? Tenang, ikut contoh di bawah:

    #1. Aneka buah sitrus

    Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak jenis buah sitrus seperti kiwi, oren, limau, lemon dan macam-macam lagi. Demi rasa dan warna salad yang menarik, kiwi dan oren adalah pilihan yang sangat bagus.

    Tidak kurang dengan itu, buah sitrus memang kaya dengan vitamin khususnya C yang amat bagus untuk kesihatan mata, otak, otot, tulang serta perut selain tinggi dengan kandungan serat.

    salad buah

    #2. Variasi buah beri

    Keluarga buah yang bagus untuk menu pencuci mulut anda seterusnya adalah beri. Wujud banyak jenis yang anda boleh pilih daripada strawberi, rasberi, mulberi, beri biru serta banyak lagi.

    Apa yang menakjubkan adalah ia turut tinggi dengan vitamin terutama C yang bukan sahaja bakal memberi impak seperti di atas malahan kaya antioksidan yang boleh melawan radikal bebas.

    salad buah

    #3. Pisang

    Merupakan buah yang rendah harga tetapi tinggi nilai, pisang punya pelbagai jenis multivitamin, serat, potasium, kalium, antioksidan serta banyak lagi fitonutrien untuk tubuh badan. Jadi, kenapa tidak untuk ia dimasukkan ke dalam menu salad anda itu?

    #4. Nanas

    Ramai percaya jika nanas tidak bagus untuk ibu hamil sedangkan ini tidak benar. Sebenarnya, ia adalah sumber pelbagai jenis multivitamin, serat, antioksidan, kalium, natrium serta banyak lagi nutrien-nutrien penting untuk kesihatan tubuh badan anda!

    #5. Epal

    Benarlah kalau orang kata makan sebiji epal setiap hari mampu menjauhkan doktor daripada kita kerana buah ini ternyata bukan sahaja bagus untuk aspek kesihatan malah kecantikan.

    Sama ada warna merah atau hijau, kedua-duanya kaya dengan pelbagai jenis vitamin khususnya A, C dan K, serat serta sifat antioksidan yang dipercayai mampu mencegah penyakit termasuk kanser.

    Resepi salad buah anda boleh cuba hari ini!

    Selain buah-buah di atas tadi, gunakan kreativiti dan cita rasa anda sendiri untuk mencipta menu pencuci mulut paling ideal buat anda. Tidak tahu resepi salad buah yang terbaik? Kami ada idea!

    salad buah

    1. Morning fruit salad

    Anda perlu cuba menu yang hanya memerlukan buah kegemaran anda iaitu epal, kelapa, anggur, ceri dan campurkan ia dengan kismis, madu dan mayones untuk membuat ia lebih berlemak.

    Kemudian, hidangkan menu ini di dalam mangkuk dan makan sebelum ataupun selepas sajian utama.

    2. Salad buah Perfect summer salad

    Merupakan menu yang sesuai untuk menggabungkan keluarga buah sitrus dan beri, anda hanya perlu menambahkan bahan lain seperti air jeruk, ekstrak vanila dan lain-lain sesuai cita rasa.

    Setelah siap mencampurkan buah-buah berserta bahan-bahan tadi, terus hidang ia di meja makan.

    3. Salad buah Creamy frozen fruit

    Apa kata anda cuba jadi lebih kreatif dan buat salad yang punya sensasi dingin pula? Hampir sama seperti aiskrim, anda boleh gunakan buah pilihan seperti nanas, pisang dan jangan lupa ceri!

    Caranya, anda mungkin memerlukan bahan lain seperti susu, keju, gula dan whipped cream untuk memberi imej salad dan aiskrim dalam masa yang sama. Tunggu apa lagi? Cuba hari ini juga!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan