Anda juga perlu berwaspada dengan jumlah makanan yang diambil. Antara cara berkesan untuk lebih berhati-hati semasa makan adalah dengan menggunakan “pinggan sihat” sebagai rujukan. Ia merupakan kaedah visual yang mudah bagi memastikan anda mengambil sayur yang cukup dan mengawal pengambilan makan berprotein rendah lemak dan karbohidrat.

Ambil pinggan bersaiz sederhana dan isikan separuh daripadanya dengan sayur-sayuran, suku makanan berprotein rendah lemak dan suku lagi dengan karbohidrat sihat [2].
Jalani kehidupan aktif. Penurunan berat boleh membantu badan anda mengawal paras gula dalam darah terutamanya jika anda mempunyai berat badan berlebihan [3]. Lakukan senaman, apa jua jenis senaman yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung – sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu. Kehidupan aktif boleh membantu badan menggunakan insulin dengan lebih baik, mengawal tekanan darah, dan memperbaiki paras kolesterol [4].
Ambil insulin mengikut arahan. Selalunya, pegawai kesihatan akan menyarankan penggunaan insulin untuk mengawal diabetes. Insulin merupakan hormon semula jadi yang dirembes oleh pankreas untuk mengawal paras gula dalam darah [5].
Pesakit boleh dipreskripsikan dengan insulin 2-dalam-1, basal atau bolus (insulin waktu makan) dan preskripsi tersebut boleh berubah mengikut keadaan semasa. Insulin waktu makan (juga dikenali sebagai insulin bolus) diambil pada waktu makan (atau sebelum makan) untuk mengatur paras glukosa dalam darah selepas makan. Insulin basal adalah untuk memastikan paras gula dalam kekal konsisten apabila seseorang itu berpuasa. Insulin jenis basal ini biasanya diambil sekali atau dua kali sehari, bergantung kepada jenis insulin yang ditetapkan.
Manakala insulin 2-dalam-1 pula menggabungkan penggunaan kedua-dua insulin bolus dan basal, dalam satu pen di atas beberapa sebab penting. Apa yang paling utama, kemudahan ini membolehkan individu memilih bagaimana tubuh mereka boleh mengeluarkan insulin secara normal. Ini juga dapat membantu individu yang memiliki gaya hidup sibuk, membolehkan mereka meminimumkan kekerapan suntikan insulin dan mencegah peningkatan gula dalam darah, malah mempunyai waktu makan yang lebih fleksibel.
Dalam masa yang sama, insulin kini telah direka menyerupai sebatang pen berbanding dalam kotak perubatan, didatangi dengan jarum pendek halus yang dapat membantu anda mencegah rasa takut dan gelisah disebabkan “anggapan” suntikan menyakitkan.
Pada mulanya, memang sukar untuk menghadapi penyakit diabetes dan kesan sampingan rawatan dalam masa yang sama. Namun, jika anda menjaga pemakanan, menjalani kehidupan aktif dan berjumpa dengan pegawai kesihatan secara berkala, anda boleh hidup bahagia meskipun menghidap diabetes.
Penggunaan insulin dalam rawatan diabetes boleh memberikan kesan positif terhadap mood pesakit dengan cara meningkatkan paras tenaga dan tahap keyakinan diri. Tambahan pula, kemajuan teknologi telah memudahkan kaedah suntikan insulin melalui penggunaan pen pakai buang yang stabil dalam suhu bilik (bergantung kepada jenis pen) dilengkapi dengan jarum yang pendek dan nipis.
Maka, tidak hairanlah terapi insulin sering dipreskripsikan sebagai rawatan utama bagi mencapai kawalan diabetes yang lebih efektif. Rujuk doktor anda untuk mengetahui kebaikan yang boleh anda nikmati melalui penggunaan insulin 2-dalam-1, basal atau bolus sekarang.
Tahu lebih lanjut tentang penulis:
Dr. Shalini Sree Dharan | Konsultan Endokrinologi & Perubatan
Pantai Hospital Kuala Lumpur
No. A525, 5th Floor, Block A, 8, Jalan Bukit Pantai
59100 Kuala Lumpur
No Telefon: +603-2296 0750 Ext. 2750 // +603-2296 0420 Ext. 2420
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen