backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Jadual Waktu Makan Terbaik Turunkan Berat Badan! Tak Boleh Lepas Pukul 7 Malam?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

    Ini Jadual Waktu Makan Terbaik Turunkan Berat Badan! Tak Boleh Lepas Pukul 7 Malam?

    Selain harus pandai memilih diet makanan, anda juga perlu bijak tentukan jadual pemakanan untuk kuruskan badan agar usaha itu menjadi lebih mudah.

    Jadual pemakanan yang dimaksudkan ini adalah merangkumi waktu makan utama yakni sarapan, makan tengah hari, makan malam serta snek di antaranya.

    Persoalannya, pukul berapa anda kena makan dalam jadual pemakanan untuk kuruskan badan? Tenang, jom ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

    Kepentingan jadual pemakanan untuk kuruskan badan!

    Bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti dan ingin menurunkan berat, saranan dan galakan untuk diet itu adalah sangat popular.

    Disebabkan itu, mereka sudah tentu akan berusaha untuk mengawal aspek ‘apa’ serta ‘berapa’ yang dimakan. Namun, dalam masa yang sama, mereka lupa satu lagi aspek yang juga penting iaitu ‘bila’.

    Menurut Niti Desai yang merupakan seorang Pakar dan Konsultan Nutrisi, ‘timing’ anda makan adalah sama penting dengan jenis diet yang anda amalkan itu.

    Kenyataan ini turut disokong oleh kajian dari Universiti Harvard yang menyetujui bahawa hanya dengan makan secara sihat tidak cukup untuk turunkan berat badan.

    Ini kerana waktu anda makan sebenarnya boleh mempengaruhi aspek seperti metabolisme, kitaran tidur dan penyakit obesiti yang boleh mengganggu usaha anda itu.

    jadual pemakanan untuk kuruskan badan

    Pukul berapa anda kena makan untuk kurus?

    Ramai yang cenderung kurang mempedulikan waktu makan kerana menyangka bahawa ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan dalam usaha kuruskan badan.

    Anda mungkin silap tentangnya, berikut adalah jam paling ideal anda makan untuk kurus:

    Sarapan

    Sarapan pada waktu pagi adalah sajian yang paling penting dan detik paling ideal untuk anda mengambilnya adalah dalam lingkungan jam 6 ke 10 pagi.

    Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko pengumpulan lemak dalam tubuh badan di samping membuat kalian kurang berasa lapar sepanjang hari.

    Menurut data dari National Weight Control Registry, 80% individu yang makan sarapan pada waktu yang dinyatakan ini mampu kurangkan 15 kg berbanding orang lain.

    Snek pagi

    Di antara waktu sarapan pagi dengan makan tengah hari, adalah tidak salah untuk anda ambil snek pagi walaupun ia bukanlah satu keperluan atau kepentingan.

    Jika mahu ambil, adalah disarankan 2 ke 4 jam selepas sarapan pagi bagi tujuan makanan yang diambil sebelum itu mampu dihadam serta dicerna terlebih dahulu.

    jadual pemakanan untuk kuruskan badan

    Makan tengah hari

    Tidak kira sama ada anda di rumah atau tempat kerja, jangan pula sengaja tinggalkan makan tengah hari kononnya untuk berjimat ataupun kuruskan badan.

    Dalam jadual pemakanan untuk kuruskan badan yang terbaik, waktu yang dipercayai paling ideal untuk anda makan tengah hari adalah sebelum jam 3 petang.

    Menurut data dari American Journal of Clinical Nutrition yang melibatkan 300 pengamal diet, majoriti mereka berjaya turunkan berat badan jika makan lebih awal.

    Snek petang

    Sama seperti waktu snek pagi, juga adalah tidak salah untuk anda makan snek selepas makan tengah hari, sebelum makan malam untuk memastikan anda kekal bertenaga.

    Waktu yang disyorkan turut sama yakni adalah sekitar 2 ke 4 jam selepas makan tengah hari dan sangat disarankan untuk mengambil kuantiti yang sedikit sahaja.

    jadual pemakanan untuk kuruskan badan

    Makan malam

    Kemudian, kita pergi pula kepada waktu makan malam yakni tempoh yang dikatakan paling berharga kerana ia biasanya dilalui bersama teman atau ahli keluarga.

    Meskipun namanya makan malam, namun waktu yang disyorkan ini bukanlah malam, tetapi senja dan jam yang dikatakan paling ideal adalah sebelum 7 malam.

    Menurut data dari Brigham Young University yang melibatkan 29 orang yang langsung tidak makan selepas jam 7 malam, kalori mereka mampu berkurang sebanyak 244.

    Jangan lagi makan lepas pukul 7 malam ya?

    Konklusinya, anda yang sedang mengikuti jadual pemakanan untuk kuruskan badan harus mematuhi setiap jam yang dicadangkan ini untuk matlamat anda yang satu itu.

    Dalam erti kata lebih mudah, anda perlu elak makan selepas jam 7 malam dan sebelum jam 6 pagi kerana ia berisiko menggagalkan usaha anda untuk berdiet.

    Selain itu juga, waktu yang ditegah untuk makan ini sebenarnya merupakan detik paling ideal untuk anda berehat, bersenang dan mendapatkan tidur yang mencukupi.

    Saranan kami pula, sila dapatkan waktu rehat yang cukup, bersenam dengan kuat dan berdiet dengan bijak agar anda mampu untuk menurunkan berat badan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan