backup og meta

7 Makanan Yang Boleh Jadi Punca Obesiti! Siapa Sangka #5 Termasuk Dalam Senarai?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/10/2021

    7 Makanan Yang Boleh Jadi Punca Obesiti! Siapa Sangka #5 Termasuk Dalam Senarai?

    Sebenarnya, mungkin ramai dalam kalangan penderita masalah berat badan berlebihan tidak tahu akan tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti mereka itu.

    Ya, jangan terkejut pula jika kami kata wujud beberapa jenis makanan atau minuman yang tanpa sedar mungkin boleh jadi punca peningkatan berat badan.

    Persoalannya, apakah antara contoh dan jenis tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti

    Untuk pengetahuan anda, kegemukan hanya akan berlaku apabila seseorang itu mengambil kalori yang lebih banyak berbanding yang mereka perlu sahaja.

    Selain kalori, berat badan juga mungkin boleh bertambah dengan mudah jika individu lebih banyak mengambil makanan atau minuman tinggi lemak dan gula.

    Berikut adalah beberapa contoh dan jenis tabiat pemakanan yang menyebabkan kegemukan:

    Tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti #1. Aiskrim

    Merupakan antara makanan pencuci mulut atau snek yang sangat popular, aiskrim sebenarnya mengandungi lemak, gula serta kalori yang sangat tinggi.

    Kami tidak kata anda tidak boleh langsung memakannya, namun sila hadkan jenis makanan ini atau lebih baik lagi jika anda hanya ambil aiskrim yang kurang lemak dan gula.

    tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti

    #2. Kentang

    Ada banyak variasi snek yang diperbuat daripada kentang seperti kentang goreng, kentang putar dan kerepek kentang yang kesemuanya adalah tinggi dengan kalori.

    Lebih membimbangkan adalah kebanyakan snek daripada kentang ini dikomersialkan untuk dimakan bersama dengan sos atau kuah yang tinggi dengan lemak atau gula.

    Walau bagaimanapun, anda masih boleh mengambilnya, namun perlu elak daripada menjadi antara tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti dengan memakan kentang secara merebus atau membakar.

    #3. Piza

    Ia memang mudah dibeli atau dibuat serta lazat rasanya namun ketahuilah bahawa piza adalah makanan segera yang sangat tinggi karbohidrat dan kalori.

    Ini disebabkan bahan asas utamanya adalah roti serta isi ‘topping‘ yang banyak menggunakan keju, daging dan lain-lain yang mungkin tidak bagus untuk diet.

    Oleh itu, anda masih boleh ambil piza sekali-sekala asalkan perisa yang anda pilih itu menggunakan bahan lebih sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

    #4. Donut

    Sangat sinonim sebagai makanan sarapan pagi dalam kalangan masyarakat kita, donut juga sebenarnya sangat tinggi kandungan karbohidrat, lemak dan gula.

    Lebih-lebih lagi jika donut yang anda ambil itu sudah mengalami revolusi makanan terkini yakni penambahan ‘topping’ seperti coklat, keju dan sebagainya.

    Juga sangat kaya dengan kalori, donut sudah tentu merupakan antara makanan yang perlu anda elak dalam diet jika tidak mahu berlaku kondisi obesiti.

    tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti

    Tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti #5. Sushi

    Apa? Sushi juga tergolong dalam tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti? Ia merupakan berita buruk buat penggemar makanan dari negara Jepun ini.

    Mungkin pada dasarnya sushi itu adalah sihat namun jika ia telah disertakan bersama sos, doh atau nasi putih, ia akan membawa lebih kurang 500 kalori.

    Jika masih mahu mengambilnya tapi ingin elak berat badan bertambah, pilihlah sushi yang tidak mengandungi bahan-bahan yang kami telah nyatakan di atas tadi.

    #6. Soda

    Selain makanan, minuman juga sebenarnya mungkin boleh jadi punca kegemukan, dan antara yang paling perlu anda tegah dan cegah daripada ambil adalah soda.

    Soda yang tinggi dengan kandungan gula ini sebenarnya adalah antara punca paling utama masalah kegemukan itu terjadi kerana ia juga kaya dengan kandungan kalori.

    Obesiti adalah salah satu kesan yang paling ditakuti akibatnya selain penyakit berbahaya lain seperti diabetes, kanser dan penyakit berkaitan organ jantung.

    #7. Kopi

    Minuman kopi sebenarnya bukan sahaja mengandungi kafein malah juga gula yang sangat tinggi jika ia dicampur dan diambil bersama susu pekat atau susu cair.

    Menurut kajian, kopi yang disertakan dengan susu ini boleh menyamai kandungan gula segelas air minuman bergas dan ini adalah antara punca kepada kegemukan.

    Anda masih boleh ambil minuman ini namun sila elak menambah susu atau gula terlalu banyak. Pilihan yang lebih baik adalah mengambil minuman kopi O sahaja.

    tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti

    Obesiti bukan hanya berkaitan jenis makanan!

    Kita semua pasti pernah sekurang-kurangnya mengambil salah satu daripada senarai tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti seperti di atas tadi bukan?

    Ya, memang benar bahawa ia tidak akan terus membuat anda menjadi gemuk sebaliknya akan mengambil masa. Namun, mencegah lebih baik daripada mengubat!

    Selain itu, peka juga dengan tabiat pemakanan seperti makan makanan segera, makan makanan ringan, makan pada lewat malam, makan lebih daripada perlu serta tidak bersenam kerana ia juga adalah penyebab obesiti yang perlu kalian elakkan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan