backup og meta

5 Tips Untuk Kurus Yang Anda TIDAK Boleh Percaya, Terutama Yang Terakhir!

5 Tips Untuk Kurus Yang Anda TIDAK Boleh Percaya, Terutama Yang Terakhir!

Kini, sudah makin banyak keluar tips kurus dengan cepat di internet namun tidak semua cara dan petua itu akan berkesan malah mungkin berbahaya. Maka, kami akan senaraikan tips untuk kurus yang anda harus elakkan dan tidak boleh percaya dalam artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Kenapa individu perlu badan yang kurus?

Sebenarnya, individu bukan disarankan untuk memiliki badan yang kurus kering seperti sebatang lidi tetapi kita semua disyorkan supaya mempunyai berat sesuai dengan tinggi masing-masing.

Adalah amat penting untuk individu mengekalkan indeks jisim badan (BMI) yang ideal agar tahap kesihatan serta kecantikan tubuh badan kita semua sentiasa kekal pada paras terbaik lagi terjamin.

Bagi mereka yang tergolong di dalam kategori BMI kurang atau normal, anda mungkin tidak perlu terlalu risau, namun lain pula ceritanya buat individu dengan berat badan berlebihan atau obesiti.

Jika anda juga termasuk dalam kalangan individu plus size, usaha untuk cuba mengurangkan atau menguruskan badan adalah begitu mustahak agar ia tidak pula menjejaskan kualiti kehidupan.

Pun begitu, ada banyak tips kurus dengan cepat yang kadang-kadang hanya sebuah mitos dan tiada kesan!

tips kurus dengan cepat

Tips kurus dengan cepat yang tidak betul!

Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak petua orang lama untuk kuruskan badan yang telah lama masyarakat kita amalkan namun tidak semua pakar dapat pastikan jika ia efektif.

Di bawah adalah antara tips kurus dengan cepat yang anda tidak boleh percaya tanpa usul periksa:

#1. Individu wajib elak sarapan waktu pagi

Pertama, mungkin ramai orang percaya bahawa tidak mengambil sarapan boleh membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan sedangkan cara ini bukan satu perkara yang benar.

Menurut kajian selama 4 bulan terhadap 309 individu dewasa tentang tabiat sarapan, tidak wujud sebarang impak besar terhadap berat badan sama ada mereka makan waktu pagi atau tidak.

Sebaiknya, cuba jangan tinggal sarapan ekoran ia adalah sumber tenaga pada permulaan hari anda selain amalkan tabiat untuk hanya makan ketika sedang lapar dan berhenti apabila sudah kenyang.

tips kurus dengan cepat

Tips untuk kurus #2. Banyakkan minum air

Air sama sekali tidak akan menyebabkan anda turun berat badan tetapi hanya mengekalkan tubuh badan kekal terhidrasi selain penting untuk kesihatan dan kecantikan. Jadi, teruskan minum lebih banyak air agar badan anda sentiasa kekal sihat namun bukan tujuannya untuk kurus.

Tips untuk kurus #3. Kurangkan makan snek

Pengambilan snek mungkin bakal menyukarkan anda untuk kurus dan ia amat bergantung kepada jenis snek yang diambil. Kalau anda masih mahu makan snek tetapi tidak ingin gemuk, sila elakkan pengambilan snek seperti kerepek, keropok atau coklat yang tinggi garam, gula dan lemak.

#4. Ambil ubat atau suplemen di pasaran

Kini, ubat atau suplemen untuk kurus sudah semakin banyak di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hakikatnya, produk-produk ini mungkin tidak akan berkesan malah berbahaya!

Punca utama ubat atau suplemen ini akan efektif kepada sesetengah individu adalah angkara kesan plasebo yang membuat mereka lebih prihatin dan waspada dengan menu serta diet seharian.

Meskipun wujud produk yang benar bagus, namun ia juga mungkin hanya akan mendatangkan hasil dalam jangka masa panjang dan tiada jaminan untuk sebarang kesan sampingan tidak timbul kelak.

tips kurus dengan cepat

Tips kurus dengan cepat #5. Berlapar

Apa yang jauh lebih membimbangkan, ada orang yang sanggup mengamalkan diet jenis crash iaitu berlapar sepanjang hari semata-mata ingin menurunkan berat badan yang telah berlebihan.

Ketahuilah bahawa ini adalah jenis diet yang sangat tidak digalakkan oleh pakar kerana ia umpama menyiksa, memaksa dan ‘membunuh’ diri tanpa wujud sebarang jaminan anda boleh kurus.

Baca lagi artikel berkaitan:

Sebaliknya pula boleh terjadi di mana tubuh badan anda yang sudah terlalu lapar dan tiada tenaga memberi isyarat kepada diri untuk mengidam makanan yang tinggi garam, gula serta lemak, lantas membuat anda lebih banyak makan lalu menjadi gemuk.

Konklusinya, memang wujud banyak tips kurus dengan cepat di internet namun tidak semua anda boleh percaya dengan mudah. Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor tentangnya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 weight loss myths, https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/managing-your-weight/ten-weight-loss-myths/, Accessed Dec 16 2022.
  2. Weight Loss Misconceptions, https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/fitness/weight-loss-misconceptions, Accessed Dec 16 2022.
  3. Debunking Weight Loss Myths, https://www.muhealth.org/our-stories/debunking-weight-loss-myths, Accessed Dec 16 2022.
  4. 6 Weight Loss Myths — and What Really Works to Drop Pounds, https://www.aarp.org/health/healthy-living/info-2020/weight-loss-myths.html, Accessed Dec 16 2022.
  5. 6 Worst Myths You’ve Ever Heard About Weight Loss, https://health.clevelandclinic.org/6-worst-myths-youve-ever-heard-about-weight-loss/, Accessed Dec 16 2022.

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Cepat Kurus? Ini 31 Jenis Makanan Diet Berkesan Turunkan Berat Badan!

Jika Anda Benar Berhasrat Nak Kurus, Elak Ambil 12 Makanan Pantang Diet Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan