4. Yogurt
Yogurt adalah sumber kalsium yang sangat baik. Badan anda memerlukan kalsium untuk menghasilkan melatonin daripada asid amino triptofan.
Yogurt, terutama yogurt Greek, juga kaya dengan protein, jenis kasein.
Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan protein kasein pada waktu malam dapat membantu mengurangkan rasa lapar pada keesokan harinya.
Sekiranya yogurt adalah makanan ringan pilihan anda, pilih yang kurang gula ataupun original agar anda dapat memanfaatkannya secara maksimum.
Jumlah yogurt sebanyak 170 gram bagi yogurt kosong tanpa lemak mempunyai hanya 94 kalori.
5. Edamame

Edamame, kacang soya hijau yang belum masak, boleh dibeli sama ada secara segar ataupun yang telah dibekukan.
Ia sangat sesuai dijadikan makanan diet malam yang ringan ketika lewat malam, hanya makan edamame segar atau dipanaskan dengan sedikit garam dan lada hitam- setiap 113 gram hanya mempunyai 150 kalori.
Edamame adalah sumber protein yang baik, yang merangkumi sejumlah besar asid amino triptofan.
Bagi membantu menggerakkan triptofan ke otak anda untuk menghasilkan melatonin, gabungkan kacang ini bersama makanan yang mempunyai karbohidrat.
Sebagai contoh, gunakan edamame dan bukannya kacang garbanzo dalam resipi hummus kegemaran anda dan sapukan pada roti bakar.
6. Telur
Telur sangat versatile dan dapat digunakan dalam berbagai-bagai jenis makanan termasuk makanan diet malam yang ringan.
Contohnya, anda boleh menyimpan sebilangan telur rebus di dalam peti sejuk anda untuk dijadikan sebagai snacking atau diletakkan dalam salad.
Sebiji telur besar hanya mempunyai 72 kalori dan membekalkan 6 gram protein yang melegakan kelaparan, termasuk 83 mg triptofan.
Rumusan
Mengamalkan makanan diet malam atau snacking yang sihat sebelum tidur boleh membantu anda tidur lebih lena dan menambah rangsangan nutrisi untuk hari-hari anda.
Makanan-makanan yang disebut di atas amat sesuai bagi mereka yang ingin menjaga berat badan kerana khasiat dan jumlah kalorinya yang sedikit, serta lazat.
Bagi para pembaca yang sering berlapar pada waktu malam kerana takut menjadi gemuk, semoga artikel ini dapat mengukirkan senyuman pada wajah anda kerana kini anda boleh makan dengan tenang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen