Apa itu Sesak Nafas ?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Sesak Nafas?

Sesak nafas adalah kesukaran untuk bernafas, dan pengalaman psikologi yang berkaitan dengan situasi sesak nafas, walaupun tidak ada asas fisiologi pada keadaan sedemikian. Penampilan fizikal sesak nafas secara amnya merujuk kepada pernafasan yang sukar, sementara rasa terhadap kesusahan pernafasan disebut sebagai nafas pendek atau dyspnea. Kesukaran bernafas berlaku atas kaitan dengan pelbagai penyakit fizikal, seperti sindrom kesukaran pernafasan akut, suatu tindak balas yang serius terhadap pelbagai bentuk kecederaan pada paru-paru; dan sindrom kesukaran pernafasan bayi, suatu sindrom pada bayi pramatang yang disebabkan oleh ketidakcukupan tumbesaran pada pengeluaran surfaktan serta ketidakstabilan struktur dalam paru-paru.

Apakah kebarangkalian Sesak Nafas?

Wanita lebih cenderung untuk mengalami masalah ini berbanding lelaki. Keadaan ini biasanya berlaku pada orang yang sakit pada tahap kritikal atau yang mengalami kecederaan yang ketara.

Walau bagaimanapun, ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sesak Nafas ?

Gejala-gejala gangguan pernafasan biasanya muncul antara satu hingga tiga hari selepas kecederaan atau trauma.

Simptom umum dan tanda-tanda gangguan pernafasan termasuklah:

  • Pernafasan yang sukar dan cepat.
  • Keletihan otot dan kelemahan seluruh badan.
  • Tekanan darah rendah.
  • Kulit atau kuku yang pucat.
  • Batuk kering.
  • Demam.
  • Sakit kepala.
  • Kadar nadi yang cepat.
  • Kekeliruan mental.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis awal dan rawatan boleh menghentikan kesukaran bernafas daripada menjadi parah dan mencegah keadaan perubatan kecemasan lain, jadi berbincanglah dengan doktor anda secepat mungkin untuk mencegah keadaan ini daripada menjadi lebih serius.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Sesak Nafas ?

Punca utama kesukaran bernafas adalah kerosakan pada saluran darah kecil di paru-paru anda. Cecair dari saluran darah ini bocor ke dalam kantung udara di dalam paru-paru anda. Di dalam kantung udara inilah di mana darah anda mendapatkan oksigen. Apabila kantung udara ini terisi dengan cecair, ia akan menyebabkan kurangnya oksigen dan cecair akan menyerap masuk ke dalam darah anda. Beberapa perkara biasa yang boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru ini termasuklah:

  • Menyedut / menghidu bahan toksik, seperti air garam, bahan kimia, asap, dan muntah.
  • Mendapat jangkitan darah yang teruk.
  • Mendapat jangkitan paru-paru yang teruk, seperti radang paru-paru (pneumonia).
  • Mendapatkan kecederaan pada dada atau kepala, seperti semasa kemalangan kereta atau bersukan lasak.
  • Terlebih dos pada sedatif atau antidepresan trisiklik.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sesak Nafas ?

Kesukaran bernafas biasanya adalah komplikasi kepada keadaan lain. Orang yang lebih cenderung untuk mendapat masalah pernafasan termasuklah:

  • Orang dewasa berusia lebih 65 tahun.
  • Merokok.
  • Penyakit paru-paru kronik.
  • Sejarah alkoholisme.

Kesusahan pernafasan boleh menjadi lebih serius pada orang yang:

  • Mempunyai kejutan toksik.
  • Lebih berumur tua.
  • Mempunyai kegagalan hati.
  • Mempunyai sejarah alkoholisme.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sesak Nafas didiagnosis?

Seorang doktor boleh mendiagnosis kesukaran bernafas dalam beberapa cara yang berbeza. Tiada lagi ujian definitif untuk mendiagnosis keadaan ini. Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mengalami masalah pernafasan, dia mungkin akan mengambil tekanan darah, melakukan ujian fizikal, dan melakukan mana-mana yang berikut:

  • Ujian darah.
  • Imbasan X-ray dada.
  • Imbasan CT.
  • Sapuan swab pada tekak dan hidung.
  • Elektrokardiogram.
  • Ekokardiogram
  • Pemeriksaan saluran udara.

Tekanan darah rendah dan kadar oksigen darah yang rendah dapat membantu doktor anda mengesyaki masalah pernafasan. Elektrokardiogram dan ekokardiogram boleh digunakan untuk menyingkirkan masalah jantung. Sekiranya imbasan X-ray atau CT kemudiannya mendedahkan kantung udara yang dipenuhi cecair di dalam paru-paru, maka diagnosis untuk masalah pernafasan boleh disahkan. Biopsi paru-paru juga boleh dilakukan untuk mengesahkan diagnosis bagi masalah ini.

Bagaimana pesakit Sesak Nafas dirawat?

Terdapat beberapa rawatan umum untuk menyembuhkan masalah kesukaran bernafas, termasuklah:

  • Sokongan oksigen.
  • Doktor anda boleh memberi anda oksigen dengan menggunakan tekanan udara ke dalam paru-paru dan mengurangkan bendalir dalam kantung udara.
  • Tekanan akhir ekspiratori positif (positive end expiratiry pressure – PEEP): Doktor anda boleh membantu pernafasan anda dengan menggunakan kaedah ini.
  • Pengurusan cecair: Pengurusan pengambilan cecair yang betul adalah antara strategi rawatan lain yang boleh diambil bagi sesak nafas.
  • Ubat-ubatan: Orang yang mengalami masalah pernafasan sering diberi ubat untuk menangani kesan sampingan. Antaranya ialah ubat-ubatan berikut:
    • Ubat tahan sakit boleh melegakan ketidakselesaan.
    • Antibiotik boleh merawat jangkitan.
    • Kortikosteroid boleh merawat keradangan.
    • Ubat pencair darah boleh digunakan untuk mengelakkan daripada pembekuan darah di paru-paru atau kaki.
  • Rawatan pemulihan pulmonari (rehabilitasi): Orang yang baru pulih dari masalah kesukaran bernafas mungkin memerlukan rehabilitasi paru-paru. Ini adalah cara untuk menguatkan

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sesak Nafas ?

Sebenarnya, tidak ada cara untuk mencegah masalah kesukaran bernafas. Walau bagaimanapun, anda mungkin dapat mengurangkan risiko gangguan pernafasan dengan melakukan beberapa perkara berikut:

  • Dapatkan bantuan perubatan dengan segera untuk sebarang trauma, jangkitan, atau penyakit.
  • Berhenti merokok, dan jauhkan diri dari asap rokok.
  • Berhenti mengambil alkohol. Penggunaan alkohol secara kronik boleh meningkatkan risiko kematian dan menghalang keberkesanan fungsi paru-paru.
  • Dapatkan vaksin influenza bagi selesema setiap tahun dan vaksin pneumonia setiap lima tahun. Ini akan mengurangkan risiko jangkitan paru-paru.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut