backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penyakit Paru-paru: Fakta Lengkap Mengenai Jenis, Punca & Rawatan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 01/11/2022

Penyakit Paru-paru: Fakta Lengkap Mengenai Jenis, Punca & Rawatan

Tahukah anda, ada berapa jenis penyakit paru paru? Bagi memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan kepentingan menjaga peparu dalam sistem pernafasan, kita perlu tahu fungsi organ tersebut terlebih dahulu.

Paru-paru (atau peparu) adalah organ penting dalam sistem pernafasan manusia. Apabila seseorang itu bernafas, sistem pernafasan akan membawa masuk oksigen dan mengeluarkan gas karbon dioksida.

Peparu akan menyerap oksigen masuk dan mengagihkannya ke seluruh sel badan melalui salur darah.

Setiap sel di dalam badan kita memerlukan oksigen untuk berfungsi, maka peparu penting bagi memastikan kelangsungan hidup bagi setiap individu.

Jika terdapat sebarang penyakit yang boleh mempengaruhi peparu, ia boleh menyusutkan tahap kesihatan seseorang.

Justeru, pengetahuan berkenaan dengan peparu boleh menjamin tahap kesihatan yang optimum.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

6 jenis penyakit paru paru yang lazim berlaku

Salah satu fakta penting berkaitan dengan kesihatan peparu adalah mengetahui penyakit yang boleh mempengaruhi organ paru-paru.

Berikut merupakan penyakit paru-paru kronik yang paling lazim:

1. Asma

Asma adalah masalah kesihatan peparu yang boleh menyebabkan laluan udara membengkak dan menyempit sehingga mengakibatkan kesukaran bernafas.

Faktor pencetus seperti habuk, pencemaran udara, asap, udara sejuk dan sebagainya boleh menyebabkan masalah asma menjadi semakin teruk.

2. Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)

COPD adalah keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan kantung udara di dalam peparu manusia menjadi rosak.

Ia kebiasaannya berlaku akibat pendedahan kronik terhadap gas berbahaya seperti asap rokok dan sebagainya.

3. Kanser peparu

penyakit paru paru

Sejenis kanser yang menyebabkan sel peparu membahagi di luar kawalan.

Keadaan ini menjejaskan fungsi peparu serta meningkatkan risiko kematian penghidap.

4. Pneumonia

Pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang boleh berpunca daripada virus, bakteria atau kulat.

Mereka yang didiagnosis dengan penyakit ini boleh mengalami masalah sukar untuk bernafas, kerosakan paru-paru kekal atau lebih teruk, kematian.

5. Tuberkulosis (batuk kering)

Tuberkulosis adalah sejenis penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria mycobacterium tuberculosis.

Jika ia tidak dirawat, komplikasi seperti kerosakan paru-paru dan kematian boleh berlaku.

6. Jangkitan influenza

Influenza adalah jangkitan virus yang berpunca daripada virus influenza. Ia boleh menyebabkan masalah pneumonia terutamanya jika anda mempunyai sistem imun badan yang lemah.

Fakta penting tentang penyakit paru paru: Punca utama

sistem pernafasan

Salah satu daripada fakta penting berkenaan dengan kesihatan paru-paru adalah ia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai jenis faktor.

Perkara ini boleh menyebabkan wujudnya simptom yang berbeza mengikut tahap keterukannya.

Antara punca lazim yang boleh menyebabkan masalah berkaitan dengan paru-paru adalah:

  • Tabiat merokok dan mereka yang terhidu asap rokok
  • Pendedahan kepada gas radon
  • Pencemaran udara
  • Jangkitan virus seperti virus korona
  • Jangkitan bakteria
  • Pendedahan terhadap bahan kimia di tempat kerja
  • Keadaan genetik tertentu seperti Cystic Fibrosis

Kesemua faktor yang tersenarai mempunyai potensi untuk menyebabkan penyakit paru paru.

Lebih teruk lagi, tabiat merokok dan pendedahan terhadap gas radon merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan masalah kanser paru-paru.

Pencemaran udara merupakan punca lain yang boleh menyebabkan masalah pernafasan terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Partikel iritasi (radang) di dalam udara boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk bernafas.

Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan kilang dan kawasan trafik sesak, masalah sukar bernafas boleh menjadi teruk menyebabkan simptom.

Turunkan risiko penyakit paru paru

penyakit paru paru

Anda boleh menurunkan risiko penyakit paru paru dengan membuat perubahan gaya hidup ke arah yang lebih sihat bagi mencapai tahap kesihatan respiratori yang optimum.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk mencapai kesan terapeutik tersebut. Antaranya adalah:

  1. Jika anda seorang perokok, pastikan anda berhenti secepat mungkin. 
  2. Kalau anda tinggal bersama perokok, nasihatkan mereka untuk berhenti merokok dan pastikan mereka tidak merokok di dalam rumah.
  3. Ketahui rekod perubatan ahli keluarga anda. Penyakit seperti asma, COPD dan kanser paru-paru boleh diwariskan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Jika anda mempunyai sejarah keluarga, ambil langkah pencegahan lebih awal.
  4. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup aktif, makan makanan seimbang dan capai berat badan ideal. Masalah obesiti boleh membebankan paru-paru untuk berfungsi dengan baik.
  5. Jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai kualiti udara teruk, pakai pelitup muka apabila keluar rumah

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 01/11/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan