Swab test boleh memecahkan saluran darah?
Bukan semua orang selesa apabila ada objek dimasukkan ke dalam hidung.
Walau bagaimanapun, buat masa ini tidak ada lagi cara lain untuk mendapatkan sampel untuk ujian PCR. Jadi, kita terpaksalah menggunakan apa sahaja kaedah yang ada.
Namun, kenyataan bahawa swab test boleh memecahkan saluran darah adalah tidak benar. Malah, adalah mustahil kapas pada ujian swab tersebut dapat memecahkan saluran darah.
Jadi, jika anda pernah terbaca atau menerima whatsapp yang mengatakan swab test boleh memecahkan saluran darah pada otak, ketahuilah bahawa info itu tidak betul.
Untuk memecahkan saluran darah, kapas daripada swab test perlu menembusi banyak lapisan tisu.
Hanya hentakan atau kecederaan yang besar sahaja dapat melukakan kawasan otak sehingga menyebabkan pendarahan.
Disebabkan materialnya yang lembut, mustahil untuk kapas tersebut menembusi sebarang tisu pada kawasan hidung dan otak.
Jadi, jangan risau jika anda perlu mengambil swab test. Walaupun anda terlalu kerap buat swab test, ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya.
Baca juga:
Terlalu kerap buat swab test sehingga kerap bersin?

Sekiranya anda bersin, sakit hidung dan keluar air mata, mungkin ada beberapa kondisi lain yang menjadi punca. Antaranya ialah:
- Alahan (resdung).
- Alahan bukan rhinitis.
- Sinusitis.
Antara tanda-tanda lazim alahan ialah:
- Kerap bersin
- Hidung sering gatal-gatal
- Hidung tersumbat
- Mata berair
- Lelangit rasa gatal
- Kerap batuk
Selain itu, ada pelbagai lagi kondisi yang boleh menyebabkan anda sering bersin dan sakit hidung.
Jika anda mengalami simptom yang berpanjangan selepas melakukan swab test, jumpa doktor secepat mungkin untuk kenal pasti apakah penyebab anda mengalami semua simptom ini.
Mungkin terlalu kerap buat swab test bukanlah puncanya yang sebenar!
Yang mana lebih baik, ujian kendiri air liur atau nasal?

Di pasaran, ada dua jenis ujian kendiri yang boleh anda dapatkan iaitu saliva (air liur) dan nasal (hidung).
Ujian nasal dikatakan lebih tepat berbanding ujian air liur.
Walau bagaimanapun, keberkesanan kedua-dua ujian ini telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA).
Jadi, anda bebas memilih mana-mana test kit mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing.
Jika anda tidak suka hidung dijolok dengan kerap, apa kata bertukarlah kepada kaedah yang lebih mudah.
Lagipun, ujian air liur lebih senang untuk dilakukan. Anda hanya perlu ludah di dalam tiub dan ikut panduan yang disediakan di belakang pembungkus ujian kendiri anda.
Anda juga boleh lakukan ujian ini di rumah pada bila-bila masa.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen