home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Payah Nak Bernafas Antara Komplikasi Asma, Ini Langkah Mencegah Supaya Tak Jadi Lagi Teruk!

Payah Nak Bernafas Antara Komplikasi Asma, Ini Langkah Mencegah Supaya Tak Jadi Lagi Teruk!

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sakit asma boleh mendatangkan bahaya kepada manusia. Ia dianggap sebagai salah satu penyakit kronik yang paling biasa berlaku.

Kini terdapat kira-kira 300 juta pesakit asma di dunia, dengan anggaran 400 juta orang dijangka akan mengalaminya menjelang 2025.

Di negara Asia Tenggara adalah kawasan pertumbuhan pesakit asma yang paling tinggi iaitu Malaysia 9.7%, Filipina 11.8%, Thailand 9.2%, Singapura 14.3% dan Vietnam kira-kira 5%.

Terdapat beberapa komplikasi berisiko disebabkan sakit asma seperti berikut:

Komplikasi sakit asma

sakit asma

Bronkitis

Ini adalah komplikasi asma bronkus kronik, yang juga dikenali sebagai asma berganda. Penyakit ini biasanya menunjukkan simptom seperti:

  • Demam
  • Sesak nafas
  • Kahak kuning atau hijau disebabkan oleh jangkitan dan pesakit perlu melakukan pemeriksaan kahak leukositosis
  • Kahak degeneratif

Sementara itu, ujian darah perlu dilakukan untuk pesakit dengan neoplasia hipertiroid.

Penyakit ini biasanya berlaku pada musim panas, perubahan suhu secara tiba-tiba, kelembapan udara yang tinggi memudahkan bakteria dan virus berkembang, menyebabkan wabak selesema dan jangkitan pernafasan.

Kegagalan pernafasan

Depresi pernafasan adalah salah satu sebab utama sakit asma. Keadaan ini biasa berlaku pada orang yang mempunyai asma akut, dengan sesak nafas dan sianosis berulang.

Pernafasan tersekat yang disertai oleh kerosakan otak

Kemurungan pernafasan jangka panjang menyebabkan hipoksia (bentuk asma yang teruk), menyekat pernafasan atau serangan jantung. Dalam kes-kes ini, pesakit biasanya mengalami asfiksia dengan tiba-tiba yang meningkatkan tahap CO2 darah, menyebabkan koma atau kematian.

Bagaimana mencegah komplikasi sakit asma?

sakit asma

Rawatan asma yang boleh dilakukan adalah dengan penggunaan ubat. Pesakit yang menghidap asma perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan secepat mungkin bagi mengurangkan asma akut dan mencegahnya dari berulang kembali.

  • Anda perlu berhati-hati terhadap penyakit pernafasan seperti sakit tekak, hidung berair dan bronkitis terutamanya semasa cuaca sejuk. Oleh itu, kebersihan mulut yang baik setiap hari amat diperlukan. Caranya mesti kerap membilas tekak dengan air dan memberus gigi sebelum tidur.
  • Mereka yang menggunakan gigi palsu perlu membersihkannya setiap hari atau sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu untuk pencegahan penyakit tertentu. Malah, dengan cara ini dapat bantu membersihkan sisa perangkap dan mikroorganisma.
  • Apabila pesakit mengalami kesukaran pernafasan dan keadaan alergi tertentu, anda seharusnya terus berjumpa doktor dengan segera bagi mendapatkan rawatan.
  • Individu yang mempunyai asma harus mengikuti panduan GP mereka dengan berhati-hati.
  • Tidak merokok
  • Elakkan makanan berisiko tinggi kepada asma seperti makanan laut iaitu udang dan ketam.

Justeru, setiap pesakit asma perlu mendapatkan rawatan pencegahan dan penyembuhan yang betul jika mengalami beberapa tanda yang disebutkan di atas tadi. Selain itu, pesakit asma juga perlu sentiasa mengambil alat sedut (inhaler) supaya lebih bersedia sekiranya simptom asma muncul.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Woo-Jung Song, Min-Gyu Kang, Yoon-Seok Chang, and Sang-Heon Cho, Epidemiology of adult asthma in Asia: toward a better understanding. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4005350/. Accessed on April 10, 2017.

WHO, Chronic respiratory diseases-Asthma, http://www.who.int/respiratory/asthma/en/. Accessed on April 10, 2017.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada [date}
x