Apa itu Nefritis Interstitial?

Oleh

Definisi

Apa itu Nefritis Interstitial?

Buah pinggang berfungsi membuang bahan kumuh dan menyimbangkan cecair badan. Setiap buah pinggang mempunyai 1 milion penapis kecil yang dipanggil nefron. Nefron adalah tiub kecil bergulung dengan bulbus pada hujung yang lain. Nefron menyalurkan air kencing ke tiub (ureter) yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing.

Nefritis ialah keradangan (bengkak) nefron. Nefritis interstisial bermakna penyakit yang memberi kesan kepada ruang di sekitar nefron. Ia boleh mejadi akut atau kronik.

Apakah kebarangkalian Nefritis Interstitial?

Nefritis interstisial boleh berlaku kepada pesakit tanpa mengira usia, tetapi lebih kerap berlaku dalam pesakit tua. Nefritis interstisial merupakan 10% – 15% daripada punca semua kes kegagalan buah pinggang. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Nefritis Interstitial?

Simptom termasuklah demam dan ruam. Air kencing mungkin mengandungi sel yang abnormal. Sel ini ialah eosinophils, sejenis sel darah putih.

Kebiasaannya, pesakit tidak akan mempunyai simptom melainkan fungsi buah pinggang telah menjadi sangat teruk. Sewaktu itu, simptom kegagalan buah pinggang (lemah, loya, kegatalan, muntah, bengkak kaki, dan rasa metal dalam mulut).

Apabila jangkitan menyebabkan nefritis, pesakit akan mengalami demam, menggigil, sakit belakang, dan simptom masalah saluran kencing (rasa terbakar, kerap membuang air, kesukaran untuk mula kencing dan air kencing berdarah). Tekanan darah mungkin akan menjadi tinggi dan sukar untuk dikawal.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor jika anda mengalami:

  • Darah dalam air kencing atau menggigil, demam dan sakit bahagian bawah belakang.
  • Mengalami ruam selepas menggunakan ubat baru, alergik kepada penisilin atau antibiotik lain atau mengalami kesan sampingan ubat.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Nefritis Interstitial?

Nefritis interstisial kebiasaannya berlaku disebabkan ubat, termasuklah antibiotik, ubat anti keradangan, dan diuretik. Ubat-ubatan lain serta jangkitan dengan bakteria dan virus juga boleh menjadi puncanya. Sangat jarang sekali ia dikaitkan dengan penyakit autoimun sistemik seperti lupus, sarcoidosis dan Sjogren’s syndrome. Kadangkala, penyebabnya tidak diketahui.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Nefritis Interstitial?

Terdapat banyak faktor risiko untuk nefritis interstisial, seperti:

  • Orang dewasa yang mengambil ubat tidak mengikut preskripsi doktor
  • Jangkitan dalam kanak-kanak

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Nefritis Interstitial didiagnosis?

Doktor akan melakukan diagnosis berdasarkan sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal dan ujian darah serta ujian air kencing. Doktor juga mungkin akan menggunakan  ultrabunyi, yang menggunakan gelombang bunyi untuk mendapatkan gambaran buah pinggang. Jika diagnosis masih belum jelas, biopsi buah pinggang mungkin akan dilakukan. Jarum khas akan dimasukkan ke dalam buah pinggang dan sebahagian kecil tisu buah pinggang akan diambil dan diperhatikan di bawah mikroskop.

Bagaimana pesakit Nefritis Interstitial dirawat?

Rawatan bertujuan untuk membaiki fungsi buah pinggang yang kian merosot dan masalah metabolik yang terkait dengan kegagalan buah pinggang (tinggi potassium, rendah kalsium, dan tinggi posporus, kadar darah rendah)

Nefrologis (pakar penyakit buah pinggang) dapat membantu dalam penjagaan pesakit. Rawatan juga bertujuan untuk merawat punca di sebaliknya. Jika ubat yang menjadi punca nefritis akut, pengambilan ubat tersebut akan dihentikan. Jangkitan bakteria akan dirawat dengan antibiotik. Jika pesakit tidak memberi tindak balas kepada rawatan awal, kortikosteroid seperti prednisone mungkin akan diberikan. Jika kortikosteroid tidak berkesan, ubat yang lebih kuat seperti cyclophosphamide mungkin dicuba.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Nefritis Interstitial?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani nefritis interstisial:

  • Ketahuilah bahawa kebanyakan masalah akut akan pulih  selepas beberapa hari pengambilan ubat diberhentikan.
  • Ambil ubat seperti yang diarahkan.
  • Fahami bahawa satu pertiga pesakit dengan masalah akut akan memerlukan dialisis buat sementara waktu.
  • Menyedari bahawa pesakit dengan masalah kronik kebiasaannya menghadapi kegagalan buah pinggang dan memerlukan dialisis buat selamanya

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut