backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Hati-Hati, 10 Simptom Ini Mungkin Petanda Buah Pinggang Bermasalah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

Hati-Hati, 10 Simptom Ini Mungkin Petanda Buah Pinggang Bermasalah!

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami penyakit buah pinggang, atau masalah kesihatan berkaitan tekanan darah tinggi, mahupun kencing manis, anda berisiko untuk mengalami masalah ginjal. Berikut adalah 10 tanda sakit buah pinggang yang lazim.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

10 tanda sakit buah pinggang

Dapatkan nasihat doktor

  • Jumpa doktor secepat mungkin sekiranya anda mengalami simptom-simptom di bawah
  • Penyakit buah pinggang selalunya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda awal
  • Ia hanya boleh didiagnosis dengan ujian darah dan ujian air kencing
  • Jika dikesan awal, penyakit yang dialami lebih mudah untuk dirawat dengan berkesan

1. Cepat letih tanda sakit buah pinggang

tanda sakit buah pinggang
Kurang tenaga boleh menyebabkan badan letih.

Kenapa buah pinggang rasa sakit? Adakah penyakit buah pinggang boleh sembuh?

Anda akan mengalami keletihan dengan lebih cepat, kurang bertenaga dan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan – sekali gus menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan jelas.

Penurunan yang kronik dalam fungsi buah pinggang cenderung membawa kepada pembentukan toksin dan kekotoran dalam darah – punca cepat letih, lemah dan sukar fokus.

Komplikasi lain penyakit buah pinggang adalah anemia yang menjadi punca kepada rasa lemah dan letih. Anda juga mungkin akan merasa pening kepala dan terasa seperti akan pitam.

2. Berasa sejuk walau di dalam bilik panas

Anemia menyebabkan anda berasa sejuk sepanjang masa walaupun dalam bilik yang panas atau ketika individu lain merasa panas.

3. Sukar tidur tanda sakit buah pinggang

Kenapa buah pinggang rasa sakit?

Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, toksin berkemungkinan akan kekal dalam darah dan tidak keluar dari badan melalui air kencing. Ini boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.

4. Sesak nafas dengan pergerakan

Anda mudah mengalami masalah sesak nafas walaupun hanya melakukan pergerakan yang sedikit.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan pertambahan cecair dalam badan yang terhasil dalam paru-paru, atau ia boleh disebabkan oleh masalah anemia – kekurangan oksigen yang membawa sel darah merah – menyebabkan badan anda kekurangan oksigen dan pendek nafas.

5. Kulit kering dan gatal

Kenapa buah pinggang rasa sakit?

Buah pinggang merupakan satu organ yang mempunyai pelbagai fungsi penting.

tanda sakit buah pinggang
Antara jenis keadaan kulit.

Ia berperanan untuk membuang bahan buangan dan lebihan cecair dari badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu mengekalkan tulang yang kuat dan berfungsi mengekalkan jumlah mineral yang betul dalam darah.

Kegatalan dan kulit yang kering boleh menjadi tanda penyakit mineral dan tulang yang cenderung menyebabkan penyakit buah pinggang, apabila buah pinggang tidak lagi mampu menjaga keseimbangan mineral dan nutrien yang betul dalam darah.

6. Kerap kencing tanda sakit buah pinggang

Anda akan kerap kencing berbanding sebelum ini. Jika perubahan ini berlaku, terutama pada waktu malam, ini merupakan antara tanda sakit buah pinggang.

Penapis pada buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan peningkatan keinginan untuk membuang air kencing. Ada masanya ia boleh menjadi simptom kepada tanda jangkitan kencing atau pembesaran prostat pada lelaki.

7. Bengkak

Kenapa buah pinggang rasa sakit? Kenapa buah pinggang boleh bengkak?

Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi akan menyebabkan air yang berlebihan tidak dapat disingkirkan dari badan – menyebabkan kaki, pergelangan kaki, atau tangan menjadi bengkak.

Bengkak pada bahagian kaki juga boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan penyakit jantung, penyakit hati dan masalah urat kaki yang kronik.

Masalah bengkak ini turut boleh berlaku pada bahagian muka dan mata. Bengkak pada bahagian ini turut boleh menjadi petanda bahawa badan anda mengeluarkan sejumlah besar protein dalam air kencing dan bukan menyimpannya seperti yang sepatutnya.

8. Kencing berdarah

tanda sakit buah pinggang
Perhatikan air kencing ketika membuang air.

Buah pinggang berfungsi untuk menghasilkan air kencing. Buah pinggang yang sihat akan menyimpan sel darah dalam tubuh apabila menapis sisa dari darah untuk menghasilkan air kencing.

Tetapi apabila buah pinggang gagal berfungsi seperti yang sepatutnya, air kencing anda mungkin berubah kerana sel darah ini mungkin ‘bocor’ dan masuk ke dalam air kencing. Air kencing yang berdarah juga boleh menjadi tanda kepada ketumbuhan, masalah batu karang atau jangkitan.

9. Kencing berbuih

Anda mungkin menyedari bahawa air kencing anda kelihatan berbuih kerana mengandungi protein – seperti buih apabila anda mengacau telur mentah – kerana protein yang terdapat dalam telur adalah protein yang sama terdapat dalam air kencing, albumin.

Kandungan protein berlebihan menunjukkan simptom bahawa buah pinggang anda gagal berfungsi dengan baik.

10. Terasa logam pada lidah

Pembentukan sisa darah yang disebut sebagai uremia boleh menyebabkan perubahan dalam rasa makanan serta menjadi punca kepada nafas berbau.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan