Apa itu Kecederaan Pangkal Paha?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Kecederaan Pangkal Paha?

Kecederaan pangkal paha atau ketegangan pangkal paha, berlaku akibat terlalu banyak tekanan pada otot di kelangkang dan paha anda. Sekiranya otot-otot ini diregangkan dengan terlalu kuat secara tiba-tiba, ia boleh tercedera atau koyak.

Ketegangan pangkal paha adalah perkara biasa pada pemain sukan yang memerlukan banyak aktiviti berlari dan melompat. Secara spesifiknya, melompat atau menukar arah secara tiba-tiba adalah antara kemungkinan penyebab. Ketegangan pangkal paha selalu terjadi pada pemain bola sepak dan ragbi, dan ini hanyalah kira-kira 10% daripada jumlah kecederaan ini yang berlaku pada pemain profesional hoki.

Apakah kebarangkalian Kecederaan Pangkal Paha?

Kecederaan pangkal paha adalah sangat lazim. Ia boleh menjejaskan pesakit pada setiap lapisan umur. Ia juga boleh diatasi dengan mengurangkan faktor-faktor risiko yang ada. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kecederaan Pangkal Paha?

Tanda-tanda umum bagi kecederaan pangkal paha adalah:

  • Sakit dan kelembutan di pangkal paha dan bahagian dalam paha
  • Sakit apabila anda membawa kaki anda bersama-sama
  • Sakit apabila anda menaikkan lutut anda
  • Rasa bermunculan atau mengetuk semasa kecederaan, diikuti dengan kesakitan yang teruk

Ketegangan pangkal paha selalunya dibahagikan kepada tiga peringkat keparahan:

  • Peringkat pertama: Kesakitan yang ringan, tetapi hilang sedikit kekuatan atau pergerakan
  • Peringkat kedua: Kesakitan yang sederhana, dengan kehilangan kekuatan ringan hingga sederhana dan kerosakan tisu
  • Peringkat ketiga: Kesakitan yang teruk, dengan kehilangan kekuatan dan fungsi yang teruk akibat koyakan penuh pada otot.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Kecederaan Pangkal Paha?

Kecederaan pangkal paha biasanya berlaku apabila berlari pecut, mengubah arah dengan cepat atau semasa pergerakan pantas kaki semasa menolak rintangan seperti menendang bola. Regangan otot berlebihan seperti ketika tendangan tinggi dalam seni mempertahankan diri juga boleh menyebabkan otot aduktor (adductor) koyak.

Terdapat lima otot pada pangkal paha (aduktor). Tiga dari mereka dipanggil ‘aduktor pendek’ (pectineus, adductor brevis dan adductor longus) dan dua lainnya disebut ‘aduktor panjang’ dan terdiri dari gracilis dan adductor magnus. Walaupun ketegangan otot boleh berlaku secara rawak, terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan kemungkinan mendapat kecederaan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kecederaan Pangkal Paha?

Terdapat banyak faktor risiko bagi kecederaan pangkal paha, seperti:

  • Tidak memanaskan badan dengan betul
  • Mempunyai otot aduktor yang lemah
  • Otot aduktor yang ketat
  • Sejarah kecederaan sebelumnya
  • Masalah belakang badan
  • Faktor biomekanikal

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kecederaan Pangkal Paha didiagnosis?

Seorang ahli terapi profesional akan melakukan pemeriksaan lengkap yang merangkumi beberapa ujian:

  • Julat gerakan (range of motion) – Dengan menguji pelbagai pergerakan yang terdapat pada sendi pinggul atau meregangkan otot yang disyaki cedera, ini boleh menimbulkan simptom dengan jelas. Analisis terhadap tindak balas kesakitan kepada pergerakan atau peregangan akan memberikan pakar terapi maklumat yang penting tentang otot / tendon yang rosak. Menggerakkan kaki keluar ke sisi (jauh dari badan) akan meregangkan otot pangkal paha dan boleh memberikan petunjuk mengenai tahap kelenturan. Dalam atlet yang sihat kedua-dua kaki harus sama dari segi tahap regangan atau kelenturan.
  • Ujian rintangan otot (resisted mucle test) – Pakar terapi akan menggunakan rintangan apabila pesakit menggerakkan kaki yang cedera dalam pelbagai pergerakan. Jika kesakitan terhasil, ini akan memberikan maklumat kepada pakar terapi tentang jenis dan lokasi kecederaan serta maklum balas mengenai kekuatan otot. Ujian rintangan otot perlu dilakukan dalam kedudukan yang berbeza untuk menguji otot sepenuhnya (iaitu dengan kaki lurus dan bengkok).

Bagaimana pesakit Kecederaan Pangkal Paha dirawat?

Ketegangan pangkal paha biasanya akan sembuh dengan sendiri. Anda hanya perlu berehat dan memberikannya sedikit masa. Untuk mempercepatkan penyembuhan, anda boleh:

  • Letakkan ais pada bahagian dalam paha anda untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Pakar mengesyorkan supaya ia dibuat selama 20 hingga 30 minit, setiap 3 hingga 4 jam, selama 2 hingga 3 hari, atau sehinggalah kesakitan itu hilang.
  • Mampatkan paha anda menggunakan pembalut elastik atau pita.
  • Ambil ubat penahan sakit anti-radang. Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID), seperti ibuprofen dan naproxen, akan membantu melegakan sakit dan pembengkakan. Tetapi kajian menunjukkan kesannya adalah kontroversial terutamanya jika diambil dalam jangka masa yang panjang. Di samping itu, ubat-ubatan ini boleh memberi kesan sampingan; maka ia tidak harus kerap digunakan melainkan jika doktor anda secara khusus menyatakan sebaliknya.

Untuk membantu penyembuhan tisu, penyedia penjagaan perubatan akan membimbing anda dalam latihan aktif peregangan dan pengukuhan. Bergantung pada gred kecederaan, ia boleh bermula dengan segera atau mungkin memerlukan beberapa hari rehat dahulu. Rasa sakit akan digunakan sebagai panduan. Jika terlalu agresif, kerosakan lanjut mungkin berlaku.

Dalam kebanyakan masa, rawatan konservatif ini akan berkesan. Namun ia tidak semestinya begitu. Jika teknik-teknik ini masih tidak membantu, anda mungkin boleh pertimbangkan tentang pembedahan. Walaupun pembedahan boleh memberi anda kelegaan, ia adalah cara yang terakhir. Tidak semua orang boleh kembali ke tahap aktiviti mereka sebelum ini selepas pembedahan. Maka berbincanglah tentang kebaikan dan keburukan pembedahan dengan doktor anda. Anda juga perlu mempertimbangkan untuk mengambil pendapat kedua.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecederaan Pangkal Paha?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani kecederaan pangkal paha:

  • Beralih ke aktiviti baru yang tidak akan memberi terlalu banyak tekanan pada otot pangkal paha anda. Sebagai contoh, seorang pelari boleh cuba untuk berenang.
  • Jangan tergesa-gesa dalam banyak perkara. Jangan cuba kembali ke aktiviti fizikal lama anda, melainkan:
    • Anda telah boleh menggerakkan kaki anda yang cedera dengan bebas dan mudah seperti kaki anda yang lain
    • Kaki yang tercedera telah terasa kuat seperti kaki yang sihat.
    • Anda telah tidak merasa sakit ketika berjalan, berlari, berlari, atau melompat

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan