What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kecederaan Pangkal Paha

Kecederaan Pangkal Paha

Definisi

Kecederaan pangkal paha berlaku akibat terlalu banyak tekanan pada otot di kelangkang dan paha anda. Sekiranya otot-otot ini diregangkan dengan terlalu kuat secara tiba-tiba, ia boleh tercedera atau koyak.

Selalunya adalah perkara biasa pada pemain sukan yang memerlukan banyak aktiviti berlari dan melompat. Secara spesifiknya, melompat atau menukar arah secara tiba-tiba adalah antara kemungkinan penyebab.

Ini selalu terjadi pada pemain bola sepak dan ragbi, dan hanyalah kira-kira 10% daripada jumlah kecederaan ini yang berlaku pada pemain profesional hoki.

kecederaan pangkal paha

Apakah kebarangkalian Kecederaan Pangkal Paha?

Kebarangkalian berlaku adalah sangat lazim. Ia boleh menjejaskan pesakit pada setiap lapisan umur. Ia juga boleh diatasi dengan mengurangkan faktor-faktor risiko yang ada. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Tanda-tanda umum bagi kecederaan pangkal paha adalah:

Ketegangan pangkal paha selalunya dibahagikan kepada tiga peringkat keparahan:

  • Peringkat pertama: Kesakitan yang ringan, tetapi hilang sedikit kekuatan atau pergerakan
  • Peringkat kedua: Kesakitan yang sederhana, dengan kehilangan kekuatan ringan hingga sederhana dan kerosakan tisu
  • Peringkat ketiga: Kesakitan yang teruk, dengan kehilangan kekuatan dan fungsi yang teruk akibat koyakan penuh pada otot.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

kecederaan pangkal paha

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Kecederaan pangkal paha biasanya berlaku apabila berlari pecut, mengubah arah dengan cepat atau semasa pergerakan pantas kaki semasa menolak rintangan seperti menendang bola.

Regangan otot berlebihan seperti ketika tendangan tinggi dalam seni mempertahankan diri juga boleh menyebabkan otot aduktor (adductor) koyak.

Terdapat lima otot pada pangkal paha (aduktor). Tiga dari mereka dipanggil ‘aduktor pendek’ (pectineus, adductor brevis dan adductor longus) dan dua lainnya disebut ‘aduktor panjang’ dan terdiri dari gracilis dan adductor magnus.

Walaupun ketegangan otot boleh berlaku secara rawak, terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan kemungkinan mendapat kecederaan.

Faktor-faktor Risiko

Terdapat banyak faktor risiko bagi kecederaan pangkal paha, seperti:

  • Tidak memanaskan badan dengan betul
  • Mempunyai otot aduktor yang lemah
  • Otot aduktor yang ketat
  • Sejarah kecederaan sebelumnya
  • Masalah belakang badan
  • Faktor biomekanikal

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana Pesakit Masalah Ini Di Diagnosis?

Seorang ahli terapi profesional akan melakukan pemeriksaan lengkap yang merangkumi beberapa ujian:

  • Julat gerakan (range of motion) – Dengan menguji pelbagai pergerakan yang terdapat pada sendi pinggul atau meregangkan otot yang disyaki cedera, ini boleh menimbulkan simptom dengan jelas. Analisis terhadap tindak balas kesakitan kepada pergerakan atau peregangan akan memberikan pakar terapi maklumat yang penting tentang otot / tendon yang rosak. Menggerakkan kaki keluar ke sisi (jauh dari badan) akan meregangkan otot pangkal paha dan boleh memberikan petunjuk mengenai tahap kelenturan. Dalam atlet yang sihat kedua-dua kaki harus sama dari segi tahap regangan atau kelenturan.
  • Ujian rintangan otot (resisted mucle test) – Pakar terapi akan menggunakan rintangan apabila pesakit menggerakkan kaki yang cedera dalam pelbagai pergerakan. Jika kesakitan terhasil, ini akan memberikan maklumat kepada pakar terapi tentang jenis dan lokasi kecederaan serta maklum balas mengenai kekuatan otot. Ujian rintangan otot perlu dilakukan dalam kedudukan yang berbeza untuk menguji otot sepenuhnya (iaitu dengan kaki lurus dan bengkok).

Bagaimana pesakit Kecederaan Pangkal Paha dirawat?

Ketegangan pangkal paha biasanya akan sembuh dengan sendiri. Anda hanya perlu berehat dan memberikannya sedikit masa. Untuk mempercepatkan penyembuhan, anda boleh:

  • Letakkan ais pada bahagian dalam paha anda untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Pakar mengesyorkan supaya ia dibuat selama 20 hingga 30 minit, setiap 3 hingga 4 jam, selama 2 hingga 3 hari, atau sehinggalah kesakitan itu hilang.
  • Mampatkan paha anda menggunakan pembalut elastik atau pita.
  • Ambil ubat penahan sakit anti-radang. Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID), seperti ibuprofen dan naproxen, akan membantu melegakan sakit dan pembengkakan. Tetapi kajian menunjukkan kesannya adalah kontroversial terutamanya jika diambil dalam jangka masa yang panjang. Di samping itu, ubat-ubatan ini boleh memberi kesan sampingan; maka ia tidak harus kerap digunakan melainkan jika doktor anda secara khusus menyatakan sebaliknya.

kecederaan pangkal paha

Untuk membantu penyembuhan tisu, penyedia penjagaan perubatan akan membimbing anda dalam latihan aktif peregangan dan pengukuhan.

Bergantung pada gred kecederaan, ia boleh bermula dengan segera atau mungkin memerlukan beberapa hari rehat dahulu. Rasa sakit akan digunakan sebagai panduan. Jika terlalu agresif, kerosakan lanjut mungkin berlaku.

Dalam kebanyakan masa, rawatan konservatif ini akan berkesan. Namun ia tidak semestinya begitu.

Jika teknik-teknik ini masih tidak membantu, anda mungkin boleh pertimbangkan tentang pembedahan. Walaupun pembedahan boleh memberi anda kelegaan, ia adalah cara yang terakhir.

Tidak semua orang boleh kembali ke tahap aktiviti mereka sebelum ini selepas pembedahan. Maka berbincanglah tentang kebaikan dan keburukan pembedahan dengan doktor anda.

Anda juga perlu mempertimbangkan untuk mengambil pendapat kedua.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertayaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Jom! layari artikel-artikel yang menarik di Hello doktor. Tekan di sini.

Verifying...

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Ketegangan pangkal paha. http://www.webmd.com/fitness-exercise/groin-pull#1. Accessed 10 Jan 2017.
  2. kecederaan pangkal paha. http://www.sportsinjuryclinic.net/sport-injuries/hip-groin-pain/groin-strain. Accessed 10 Jan 2017.
  3. Sakit di pangkal paha. https://www.vondt.net/ms/di-mana-awak-terluka/sakit-pangkal-paha/. Accessed May 23, 2022.
  4. KECEDERAAN DALAM SUKAN. https://www.academia.edu/10145259/KECEDERAAN_DALAM_SUKAN. Accessed May 23, 2022.
  5. Groin Strain. https://www.berkshirehealthcare.nhs.uk/media/168337/groin-strain_leaflet.pdf. Accessed May 23, 2022.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif Disemak pada 4 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor