backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Lakukan Urutan Untuk Merawat Kecederaan Tisu Lembut, Selamat Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/05/2024

Lakukan Urutan Untuk Merawat Kecederaan Tisu Lembut, Selamat Ke?

Kecederaan tisu lembut adalah kerosakan sama ada terhadap otot, ligamen dan tendon di seluruh badan. Perkara ini juga sering dialami oleh ahli-ahli sukan.

Apabila tubuh mengalami kecederaan tisu lembut ini, keseimbangan, gaya berjalan dan postur badan yang normal boleh terjejas.

Tisu parut (adhesions) akan terbentuk, tumbuh dan boleh melekat pada tisu saraf, organ, dan struktur tulang.

Contoh kecederaan tisu lembut adalah seperti terseliuh dan ketegangan. Bagaimana ia terjadi? Apakah cara memulihkan tisu koyak?

Bahan kimia dilepaskan apabila sebarang kecederaan terjadi kepada tisu lembut, lalu menyebabkan saluran darah mengembang, yang seterusnya meningkatkan peredaran darah.

Kemudian, sel darah putih dan clotting protein akan segera menuju ke kawasan yang terjejas. Sel darah putih bertindak dengan menjaga bakteria dan serpihan daripada sel yang rosak.

Clotting protein pula akan menghentikan pendarahan serta melindungi tisu berdekatan daripada risiko kerosakan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

Tahap-tahap penyembuhan

Fasa ‘akut’ biasanya berlangsung antara 2-4 hari dan tujuannya adalah untuk melindungi kecederaan daripada berlaku lebih banyak kerosakan.

Pada tempoh ini, amat disyorkan untuk pesakit menggunakan kaedah R.I.C.E (Rest, Ice, Compress dan Elevate).

Selain itu, doktor turut mengesyorkan ibuprofen untuk mengawal tahap kesakitan dan pembalut badan untuk mengelakkan kecederaan selanjutnya berlaku serta menstabilkan dan menyokong tempat kecederaan.

Kemudian, fasa ‘sub-akut’ pula sering berlangsung selama 6 minggu dan dalam masa itu, badan akan pulih sendiri.

Biasanya pada tempoh masa ini, pesakit sering menemui ahli terapi fizikal, kiropraktor, akupunktur serta ahli terapi urut untuk membantu proses penyembuhan.

Manakala, pada ‘tahap akhir’ (fasa pembentukan semula), berlangsung antara 6 minggu dan 3 bulan, tubuh akan menentukan sama ada kawasan yang tercedera sudah cukup kuat untuk melakukan aktiviti normal dan memberikan sokongan tisu baharu jika perlu.

Selepas 3 bulan, fasa ‘kronik’ bermula dan pada ketika ini pesakit mungkin masih boleh mengalami kesakitan.

Berita baiknya, kebanyakan pesakit tidak akan mengalami fasa tersebut.

Tetapi jika kesakitan masih berlaku, mereka memerlukan lebih banyak terapi, atau beralih untuk mencuba terapi lain bagi proses penyembuhan.

Jenis-jenis rawatan

tisu lembut
Berjumpa ahli terapi untuk legakan masalah tisu anda.

Mereka memainkan peranan penting dalam proses pemulihan pesakit dengan meningkatkan pergerakan, memulihkan fungsi dan menguruskan tahap kesakitan.

Fisioterapi biasanya akan fokus untuk menguatkan dan meregangkan kawasan yang cedera. Ini antara cara memulihkan tisu koyak.

  • Kiropraktor

Kiropraktor pula pakar dalam manipulasi fizikal sendi dan tulang belakang (pelepasan subluksasi) untuk mengembalikan keseimbangan badan yang betul.

Selain itu, segelintir kiropraktor pakar dalam kecederaan sukan dan sebahagian pula mempunyai pengetahuan yang baik mengenai kaunseling pemakanan dan ortopedik.

Fokus utama adalah untuk kembalikan penjajaran tulang dan keseimbangan badan akibat kecederaan yang dialami.

  • Ahli terapi urut

Mereka dilatih untuk memahami dan merawat masalah terhadap fungsi otot dan kondisi tisu lembut seperti tisu koyak di bahu dan tisu koyak di paha.

Ahli terapi urut juga melegakan ketegangan dan meningkatkan fungsi otot, mengurangkan tisu parut serta kesakitan yang berkaitan dengan masalah otot.

Di samping itu, mereka selalunya fokus terhadap fascia, merupakan tisu penghubung yang merangkumi tulang, otot, tendon, ligamen dan juga organ.

Limfa adalah cecair di dalam saluran limfa, yang membawa sisa dan toksin. Ia terletak di bawah kulit pada seluruh badan.

Mengeringkan cecair limfa dapat membantu dan menyokong dalam mempercepat proses penyembuhan dan pemulihan.

Langkah pencegahan untuk elak kecederaan

Tiada yang lebih baik melainkan melakukan langkah-langkah pencegahan sebelum tisu koyak di bahu.

Berikut adalah tip yang boleh diamalkan untuk mengelakkan kita daripada mengalami kecederaan tisu lembut ini:

  • Selalu amalkan pemanasan badan (warm-up), regangan dan menyejukkan badan
  • Tingkatkan intensiti dan tempo latihan secara beransur-ansur
  • Mengekalkan tahap kecergasan kardiovaskular dan daya tahan otot untuk mengelakkan keletihan
  • Memberikan tubuh masa untuk rehat dan pemulihan yang cukup antara sesi latihan
  • Memakai kasut yang sesuai dan saiz yang betul serta menyokong tubuh
tisu lembut
Jenis-jenis kasut yang sesuai untuk dipakai.
  • Memakai peralatan perlindungan seperti pelindung betis (shin pad), topi keledar dan lain-lain bagi mengelakkan tisu koyak di paha dan bahu
  • Minum air sebelum, semasa dan selepas bermain
  • Elakkan aktiviti di luar kemampuan diri yang menyebabkan kesakitan dan kecederaan

Kesimpulannya, jika anda ada mengalami kecederaan semasa bersukan, jangan bertangguh untuk berjumpa doktor bagi mengenal pasti tahap kecederaan anda.

Peringatan!


Pastikan anda mematuhi ‘peraturan’ bersukan sebelum mula melakukan sebarang aktiviti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan