backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ramai Yakin Bekam Kaedah Rawatan Yang Berkesan, Apa Kata Pakar Tentangnya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/08/2023

    Ramai Yakin Bekam Kaedah Rawatan Yang Berkesan, Apa Kata Pakar Tentangnya?

    Apa itu bekam? Ia merupakan satu amalan tradisional yang diamalkan dalam pelbagai budaya seluruh dunia tidak terkecuali juga terkenal dalam kalangan masyarakat kita.

    Persoalannya, adakah ia merupakan rawatan alternatif yang berkesan untuk kesihatan dan keselesaan tubuh badan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Rawatan Tradisional & Herba, anda boleh klik di sini.

    Apa itu bekam?

    Berbekam ialah mengeluarkan bahan kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah atau menoreh sedikit pada tubuh seseorang.

    Cara tradisi ini dipercayai untuk mengeluarkan bahan kotor daripada badan melalui cara tersebut dengan menggunakan tanduk atau cawan yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah atau ditoreh itu.

    Terdapat dua pendekatan untuk memahami mekanisma bekam, iaitu:

    1. Dari perspektif perubatan masyarakat kita, bekam dipercayai mengawal aliran chi dan keseimbangan yin dan yang. Mempunyai persamaan dengan akupunktur.
    2. Dari perspektif perubatan orang barat, bekam dipercayai memberi tekanan fizikal yang merangsang refleks neural dan tindak balas endokrin. 

    apa itu bekam

    Dalam kedua-dua kaedah, sejenis cawan akan dilekapkan di atas kulit dan tekanan negatif di dalam cawan akan diwujudkan sama ada menggunakan teknik pembakaran (lama) atau penyedut (moden).

    Cawan tersebut kebiasaannya dibiarkan selama 3 minit.

    Dalam kaedah basah, cawan akan diangkat dan bahagian kulit yang terbabit akan dicucuk atau dipotong dengan potongan kecil menggunakan jarum atau pisau.

    Kemudian, cawan diletakkan semula untuk menyedut sejumlah kecil darah di kawasan berkenaan.

    Beberapa cawan mungkin digunakan dalam satu masa.

    Selepas bekam selesai, anda mungkin diberikan krim antibiotik dan pembalut untuk mengelakkan jangkitan.

    Kulit akan kembali kelihatan seperti asal dalam 10 hari.

    Individu yang ingin melakukan rawatan alternatif bekam ini mesti berumur antara 10 hingga 65 tahun.

    Manakala bagi individu berumur melebihi 65 tahun, bekam boleh dilakukan sekiranya mempunyai tahap kesihatan yang baik.

    Warga emas, bayi, dan pesakit kronik adalah antara golongan yang perlu lebih berhati-hati kerana mereka mempunyai sistem imun yang lemah berbanding individu biasa yang lain. 

    Mungkin keadaan kesihatan mereka boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti jangkitan dan pendarahan.

    Oleh itu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukan apa itu bekam.

    Apa manfaat bekam?

    apa itu bekam

    Apa manfaat bekam? Ia dilakukan sebagai rawatan untuk beberapa keadaan kesihatan berikut:

    • Gangguan darah, seperti anemia dan hemofilia
    • Penyakit rematik, seperti arthritis dan fibromyalgia
    • Kesuburan dan gangguan berkait dengan ginekologi
    • Masalah kulit, seperti ekzema dan jerawat
    • Tekanan darah tinggi (hipertensi)
    • Migrain
    • Keresahan dan depresi
    • Ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan sendi kaki
    • Memecahkan lemak

    Adakah wujud kesan buruk bekam?

    Dalam setiap rawatan, penjagaan kebersihan peralatan sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kesan sampingan. Kaedah bekam yang tidak betul boleh menyebabkan jangkitan dan penularan penyakit bawaan darah seperti HIV/AIDS, Hepatitis B dan Hepatitis C akibat penggunaan peralatan yang tidak disteril.

    Apa itu bekam secara amnya adalah selamat selagi mana ia dilakukan oleh ahli profesional terlatih. Namun, terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku seperti:

    • Ketidakselesaan mungkin timbul di bahagian yang dibekam
    • Kulit terbakar atau melecur, terutama jika menggunakan fire cupping
    • Lebam
    • Jangkitan kulit
    • Pening atau pitam
    • Pendarahan berlebihan

    Adakah rawatan alternatif ini berkesan?

    Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Laporan Penilaian Teknologi berkenaan bekam pada tahun 2012 menyatakan tiada bukti kukuh keberkesanannya atas penyakit termasuk herpes zoster (cacar), facial paralysis (strok muka), back pain (sakit belakang) dan spondalysis (sakit tulang belakang).

    apa itu bekam

    Selain itu katanya, penyakit lain juga termasuk cerebrovascular accident (strok), hypertension (hipertensi), fibromyalgia (penyakit saraf), bronchitis (radang pada kerongkong), asthma (asma) dan sakit kepala.

    Beliau berkata, bagaimanapun kementerian akan meneruskan kajian dan menghasilkan satu Laporan Teknologi Kesihatan berkenaan Wet Cupping Diabetes and Cardiovascular Disease yang akan meneliti bukti saintifik berkaitan keberkesanan bekam basah bagi kedua-dua indikasi berkenaan dalam masa terdekat.

    Menurutnya, pengenalan perkhidmatan apa itu bekam di fasiliti kesihatan kerajaan boleh dipertimbangkan.

    Ia boleh dibuat berdasarkan laporan penilaian teknologi berkenaan dan situasi semasa.

    Beliau menjawab soalan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) yang mahu tahu sama ada kementerian berhasrat menggunakan apa itu bekam di hospital kerajaan bagi menangani penyakit kronik dan dapat mengurangkan kos rawatan pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan