backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Meninggal Dunia Disebabkan Pendarahan Otak, Fahami Simptom, Elak Maut & Cacat Kekal

Fakta Disemak oleh Nurul Nazrah Nazarudin


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 24/07/2023

Meninggal Dunia Disebabkan Pendarahan Otak, Fahami Simptom, Elak Maut & Cacat Kekal

Bagaimana pendarahan otak boleh berlaku? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Saraf & Otak, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu Pendarahan Otak?

Turut dikenali sebagai pendarahan intraserebrum (ICH) adalah sejenis strok. ICH berlaku apabila darah tiba-tiba pecah ke dalam tisu otak, menyebabkan kerosakan kepada otak.

Darah dari trauma menyebabkan iritasi pada tisu otak, yang mengakibatkan bengkak. Ini dikenali sebagai edema serebrum. Darah yang terkumpul berhimpun membentuk hematoma.

Keadaan ini meningkatkan tekanan ke atas tisu di sekitarnya, akhirnya membunuh sel-sel otak.

Ini adalah kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera. Kebanyakan pesakit akan mengalami beberapa tahap hilang upaya yang kekal.

Sesetengah pesakit sembuh sepenuhnya. Komplikasinya termasuklah strok, hilang fungsi otak, atau kesan sampingan daripada ubat-ubatan atau rawatan.

Kematian mungkin berlaku, dan boleh berlaku dengan cepat walaupun dengan rawatan perubatan yang segera.

Baca juga:

Apakah kebarangkalian Pendarahan Otak?

Keadaan kesihatan sangat biasa berlaku dan dijumpai pada sebarang peringkat umur. Ia lebih sering dihidapi oleh lelaki berbanding perempuan.

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pendarahan Otak?

Antara simptom umum:

  • Sakit kepala secara tiba-tiba yang teruk;
  • Lemah pada lengan atau kaki;
  • Loya, muntah;
  • Kecerdasan berkurang;
  • Kesukaran bercakap atau memahami pertuturan;
  • Kesukaran menelan;
  • Kesukaran menulis atau membaca;
  • Masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua mata;
  • Hilang keseimbangan dan koordinasi, pening;
  • Sikap tidak peduli, mengantuk, lesu;
  • Hilang kesedaran;
  • Kekeliruan, kecelaruan;
  • Deria rasa yang tidak normal

pendarahan otak

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda atau simptom-simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.

Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Pendarahan Otak?

  • Trauma. Kecederaan adalah punca utama pendarahan dalam  bagi mereka yang berusia lebih muda daripada 50 tahun.
  • Tekanan darah tinggi. Keadaan kronik ini jika berlarutan dalam tempoh masa yang panjang boleh menyebabkan dinding saluran darah lemah. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat adalah punca utama pendarahan yang boleh dicegah.
  • Aneurisme. Dinding saluran darah yang lemah boleh mengembang sehingga pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak.
  • Keabnormalan saluran darah. Kelemahan dalam saluran darah di dalam dan sekitar otak boleh berlaku sejak lahir dan hanya didiagnosis apabila terdapat simptom.
  • Amiloid angiopati. Ini adalah satu kelainan pada dinding saluran darah yang kadangkala berlaku dengan penuaan dan tekanan darah tinggi. Ia boleh menyebabkan banyak pendarahan kecil yang tidak disedari hinggalah berlakunya pendarahan besar.
  • Penyakit darah atau pendarahan. Hemophilia dan anemia sel sabit kedua-duanya boleh menyumbang kepada penurunan tahap platelet darah.
  • Penyakit hati.Keadaan ini dikaitkan dengan peningkatan risiko pendarahan secara umum.
  • Ketumbuhan otak.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pendarahan Otak?

Terdapat banyak faktor-faktor risiko, seperti:

pendarahan otak

  • Penyakit jantung, seperti tekanan darah tinggi.
  • ICH lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita.

ICH lebih biasa berlaku dalam kalangan African Americans dan rakyat Jepun usia muda dan pertengahan umur.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pendarahan Otak didiagnosis?

Doktor anda boleh menentukan bahagian otak anda yang terjejas berdasarkan simptom anda.

Pelbagai ujian pengimejan, seperti imbasan CT atau MRI boleh mendedahkan pendarahan dalaman atau pengumpulan darah.

Pemeriksaan neurologi atau mata, yang boleh menunjukkan saraf optik yang membengkak boleh dilaksanakan.

Tusukan lumbar (spinal tap) biasanya tidak dilakukan, kerana ia mungkin berbahaya dan memburukkan lagi keadaan.

Bagaimana pesakit dirawat?

Rawatan bergantung kepada lokasi, punca, dan kedalaman pendarahan.

Pembedahan mungkin diperlukan untuk mengurangkan bengkak dan mencegah pendarahan.

Bergantung kepada lokasi darah beku, craniotomi atau aspirasi stereotaktik boleh dilaksanakan. Ubat-ubatan tertentu juga boleh ditetapkan.

Ini termasuklah ubat penahan sakit, kortikosteroid, atau diuretik untuk mengurangkan bengkak dan anticonvulsants untuk mengawal sawan.

Rawatan jangka panjang akan diperlukan untuk mengatasi simptom yang disebabkan oleh kerosakan otak.

Bergantung kepada simptom-simptom anda, rawatan mungkin termasuk terapi fizikal, pertuturan, dan pekerjaan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pendarahan Otak?

pendarahan otak

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani keadaan ini:

  • Rawatan tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan bahawa 80% daripada pesakit  yang mengalami pendarahan  mempunyai sejarah tekanan darah tinggi. Perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan adalah pencegahan melalui diet, senaman, dan ubat-ubatan.
  • Tidak merokok.
  • Berhati-hati dengan beberapa bahan seperti kokain yang boleh meningkatkan risiko pendarahan.
  • Memandu dengan berhati-hati, dan memakai tali pinggang.
  • Pakai topi keledar jika anda menunggang motosikal.
  • Berhati-hati dengan penggunaan Coumadin. Jika anda mengambil ubat yang turut dikenali sebagai warfarin ini, pastikan anda hadir temu janji berkala dengan doktor anda untuk memastikan tahap dalam darah terkawal.
  • Memastikan diabetes di bawah kawalan.
  • Mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Nurul Nazrah Nazarudin


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 24/07/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan