Ini merupakan jenis hematoma yang paling berbahaya, umumnya disebabkan oleh kecederaan kepala yang teruk, dan tanda serta simptom selalunya akan terus kelihatan. Tanda dan simptom mengambil masa untuk muncul, kadang kala ia berlaku berhari-hari atau berminggu-minggu selepas anda cedera. Terjadi akibat kecederaan pada kepala yang tidak begitu teruk, jenis hematoma ini boleh menyebabkan pendarahan berlaku secara perlahan, dan simptom boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, dan bahkan berbulan-bulan untuk muncul. Anda mungkin tidak ingat lagi akan kecederaan kepala yang pernah anda alami. Contohnya, kepala anda terhantuk ketika hendak masuk ke dalam kereta boleh menyebabkan pendarahan, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat penipis darah. Punca-punca hematoma epidura
Hematoma epidura disebabkan oleh pendarahan daripada arteri atau vena yang besar (vena sinus) yang terletak di antara tengkorak dan lapisan luar yang menyelaputi otak. Pendarahan sering berlaku apabila fraktur tengkorak telah mengoyak saluran darah. Punca yang paling biasa menyebabkan hematoma epidura ialah kecederaan.
Punca-punca hematoma intraparenkima
Jenis hematoma ini, juga dikenali sebagai hematoma intraserebrum, berlaku apabila darah terkumpul di dalam otak. Terdapat banyak punca, termasuk kecederaan, aneurisme yang pecah, malformasi vaskular, tekanan darah tinggi dan tumor. Terdapat juga penyakit yang boleh menyebabkan darah bocor ke dalam otak tanpa sengaja. Cedera pada kepala boleh menyebabkan banyak hematoma intraparenkima yang teruk.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hematoma Intrakranium?
Kecederaan kepala, sering berlaku akibat kemalangan kenderaan bermotor atau basikal, jatuh, diserang, dan kecederaan ketika bersukan, adalah punca yang paling biasa menyebabkan pendarahan (hemoraj) intrakranium.
Bahkan kecederaan kepala yang kecil juga boleh menyebabkan hematoma. Anda boleh mengalami kecederaan yang serius walaupun tiada bukaan luka, lebam atau kerosakan ketara yang lain.
Risiko hematoma subdural meningkat apabila anda semakin tua. Risiko ini juga meningkatkan pada individu yang:
- Mengambil aspirin atau ubat penipis darah yang lain setiap hari
- Penyalahgunaan alkohol
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Hematoma Intrakranium didiagnosis?
Hematoma subdura kronik lebih sukar untuk didiagnosis kerana jangka masa antara kecederaan dan simptom yang dialami. Individu yang lebih tua akan mengalami simptom secara beransur-ansur, seperti hilang ingatan dan mengantuk, simptom ini mungkin akan disalah diagnosis sebagai dementia. Pengimbas CT boleh mengesan akut, subakut, dan pelbagai hematoma subdura kronik. Pengimejan resonans magnetik (MRI) khususnya sangat tepat dalam mendiagnosis hematoma subdura kronik.
Bagaimana pesakit Hematoma Intrakranium dirawat?
Hematoma yang kecil dan tidak menyebabkan sebarang tanda atau simptom tidak perlu dibuang. Tetapi oleh sebab tanda dan simptom boleh kelihatan atau bertambah buruk dalam masa beberapa hari atau minggu selepas kecederaan, anda mungkin perlu diawasi untuk melihat perubahan neurologikal, tekanan intrakranium anda akan dipantau dan beberapa siri pengimbas CT kepala akan dilakukan.
Jika anda sedang mengambil ubat penipis darah, seperti warfarin, anda mungkin memerlukan terapi bagi membalik semua kesan ubat tersebut dan mengurangkan risiko pendarahan yang seterusnya. Kaedah bagi membalik semula ubat penipis darah termasuklah menggunakan vitamin K dan plasma beku segar.
Pembedahan
Rawatan hematoma sering melibatkan pembedahan. Jenis pembedahan bergantung kepada jenis hematoma yang anda alami. Pilihan termasuklah:
Penyaliran melalui pembedahan. Jika darah terkumpul pada satu tempat sahaja dan tidak mempunyai banyak darah beku, doktor anda mungkin akan membuat lubang burr melalui tengkorak anda dan menggunakan alat penyedut bagi mengeluarkan cecair tersebut.
Kraniotomi. Hematoma yang besar mungkin memerlukan sebahagian daripada tengkorak anda dibuka (kraniotomi) bagi mengeluarkan darah.
Pemulihan
Pemulihan selepas hematoma intrakranium mengambil masa yang lama, dan anda mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya. Tempoh masa pemulihan yang terbaik adalah sehingga tiga bulan selepas kecederaan, biasanya pesakit akan kurang mengalami peningkatan selepas tempoh ini. Jika anda terus mengalami masalah neurologikal selepas rawatan, anda mungkin memerlukan terapi pekerjaan dan fizikal.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hematoma Intrakranium?
Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi hematoma intrakranium:
- Dapatkan rehat secukupnya di malam hari, dan berehat di siang hari apabila anda berasa letih.
- Kembali semula melakukan aktiviti normal anda apabila anda sudah berasa kuat.
- Jangan sertai sukan sentuh atau rekreasi sehingga anda mendapat kebenaran doktor.
- Periksa dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum anda mula memandu, bersukan, mengayuh basikal atau menguruskan mesin yang berat. Masa untuk anda bertindak mungkin lebih perlahan daripada biasa disebabkan oleh kecederaan otak anda.
- Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil ubat.
- Jangan minum alkohol sehingga anda betul-betul telah pulih. Alkohol boleh mengaburi proses pemulihan anda, dan minum terlalu banyak alkohol boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami kecederaan kedua.
- Catat perkara yang sukar untuk anda ingat.
- Berbual dengan seseorang yang boleh anda percayai sebelum membuat sebarang keputusan penting.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen