Gambaran Keseluruhan dan Pandangan mengenai Anemia Pernisius

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019

Anemia merupakan keadaan perubatan yang mana jumlah sel darah merah yang normal di dalam darah anda rendah. Anemia pernisius, jenis kekurangan vitamin B12, disebabkan oleh kurang kebolehan untuk menyerap vitamin B12 yang mana diperlukan oleh badan anda untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat dengan cukup. Walau bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku.

Nama “pernisius” berasal daripada fakta yang dahulunya penyakit ini dianggap boleh membawa maut disebabkan kekurangan rawatan yang ada pada masa itu. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang rawatan untuk penyakit ini lebih mudah berbanding dahulu dengan suntikan atau makanan tambahan B12. Kekurangan vitamin B12, jika dibiarkan tanpa rawatan, boleh meninggalkan komplikasi yang serius.

Punca-punca Anemia Pernisius

Vitamin B12 adalah elemen yang diperlukan dalam menghasilkan sel darah merah. Kerang-kerangan, daging, telur, burung, dan produk tenusu kaya dengan sumber vitamin ini yang boleh anda dapati.

Protein khusus, dipanggil faktor intrinsik, membantu usus anda dalam menyerap vitamin B12. Sel di dalam perut bertanggungjawab dalam menghasilkan protein ini. Jika perut tidak dapat mengeluarkan faktor intrinsik yang mencukupi, usus akan gagal menyerap vitamin B12 dengan baik.

Punca-punca biasa bagi Anemia Pernisius

Salah satu punca yang paling biasa menyebabkan anemia pernisius ialah keadaan autoimun yang mana sistem imun anda tersalah menyerang protein faktor intrinsik atau sel yang menghasilkan faktor intrinsik. Selain itu, lapisan perut yang telah lemah (gastritis atrofik) juga boleh menyumbang kepada penyakit ini.

Anemia pernisius boleh diwarisi di dalam keluarga, walaupun jarang; perkara ini dipanggil anemia pernisius kongenital. Bayi yang mempunyai jenis anemia ini sukar untuk menghasilkan faktor intrinsik atau menyerap vitamin B12 dengan baik di dalam usus kecil.

Orang dewasa yang mengalami anemia pernisius jarang menunjukkan sebarang simptom sehingga selepas berumur 30 tahun. Purata umur bagi diagnosis keadaan ini ialah 60 tahun.

Terdapat peluang yang tinggi untuk anda mendapat penyakit ini jika anda:

  • Orang Eropah Utara atau Scandinavia
  • Anda mempunyai sejarah keluarga dengan anemia pernisius

Berikut merupakan senarai penyakit yang juga boleh meningkatkan risiko keadaan ini:

  • Penyakit Grave
  • Diabetes Jenis 1
  • Hipoparatiroidisme
  • Tiroiditis kronik
  • Hipopituitarisme
  • Miastenia Gravis
  • Disfungsi testikular
  • Vitiligo
  • Amenorea sekunder
  • Penyakit Addison

Simptom-simptom Anemia Pernisius

Kekurangan vitamin B12 tidak kira apa pun puncanya – anemia pernisius, contohnya – boleh menyebabkan simptom-simptom anemia dan neurologik. Diketahui bahawa badan boleh menyimpan jumlah vitamin B12 yang banyak, jadi ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk kekurangan ini berlaku.

Sistem saraf anda akan terganggu apabila vitamin B12 berkurang, menyebabkan pelbagai simptom. Semua ini mungkin jarang-jarang kelihatan sebelum simptom-simptom ini dikaitkan dengan anemia. Simptom neurologikal boleh jadi berbeza-beza dan tidak khusus, bermaksud simptom-simptom ini boleh dicetuskan oleh banyak keadaan yang lain. Terdapat rasa mengelenyar, kebas, lesu, kurang koordinasi, cemerkap, masalah ingatan dan perubahan personaliti yang mungkin berlaku. Biasanya kedua belah badan akan terlibat, dan selalunya lengan kurang terlibat berbanding kaki. Jika kekurangan ini teruk, ia boleh menyebabkan simptom neurologikal yang lebih berbahaya. Contohnya, anda mungkin mengalami:

  • Kelemahan yang teruk
  • Paraplegia
  • Ketegangan
  • Inkontinens fekal dan urinari

Simptom-simptom anemia disebabkan oleh kurang kapasiti darah untuk membawa oksigen. Sesak nafas, letih, pening, dan kulit pucat adalah simptom yang berlaku akibat anemia. Selain itu, jantung juga diletakkan di bawah tekanan kerana ia perlu bekerja lebih keras untuk memindahkan oksigen yang cukup kepada tisu badan, yang mana boleh mengakibatkan aritmia, degupan jantung laju, murmur jantung, jantung membesar, atau bahkan kegagalan jantung. Walau bagaimanapun, penting untuk diingatkan bahawa tidak semua orang yang mengalami kekurangan vitamin B12 dan simptom neurologikal mempunyai anemia. Permukaan lidah anda mungkin bertukar menjadi berkilat atau licin disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.

Akhir sekali, anemia pernisius juga boleh jadi tidak menunjukkan sebarang simptom. Untuk kes sebegini, ia sering dikenal pasti secara tidak sengaja apabila anda melakukan ujian darah bagi keadaan lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!

Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

Anda alami degupan jantung yang kadangkala laju atau perlahan tidak seperti kebiasaan? Hati-hati, ia mungkin jenis penyakit jantung ini; penyakit aritmia

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

Waktu melakukan UPT adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

Masih hamil walaupun beraksi di ranjang menggunakan kondom? Ia mungkin disebabkan kondom bocor! Klik artikel untuk tahu 7 sebab sebenar ia terjadi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

seks dengan kondom

Bila Isteri Tidak Suka Bersetubuh Guna Kondom, Apa 5 Perkara Encik Suami Perlu Buat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020
ini-5-makanan-punca-barah-rahim

Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/06/2020
pandemik covid-19

Ada Yang Baik Semasa Pandemik COVID-19, Pakar Kata Ramai Orang Lebih GEMBIRA, Ini Sebabnya…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/06/2020
pinggan viral

Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020