Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Sakit Dada Sebelah Kanan? Ini 7 Puncanya – No. 5 Mungkin Petanda Serius!
Sakit dada sebelah kanan boleh disebabkan oleh pelbagai punca — ada yang ringan, ada juga yang serius. Tidak seperti sakit dada sebelah kiri yang sering dikaitkan dengan serangan jantung, sakit di bahagian kanan selalunya berpunca daripada masalah otot, paru-paru atau sistem pencernaan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda juga boleh klikdi sini.
7 penyakit mungkin berlaku jika sakit dada sebelah kanan seperti ditusuk
Sakit dada boleh menyebabkan ketidakselesaan berpanjangan.
Sakit dada belah kanan mungkin bukan perkara biasa dan ia boleh membimbangkan ramai orang.
Walaupun sesetengah individu mungkin akan mengaitkannya dengan masalah jantung, namun sebenarnya terdapat banyak faktor lain yang boleh menyebabkan rasa sakit ini.
Ia boleh berlaku daripada masalah yang ringan hingga teruk, dan mungkin menunjukkan masalah yang serius atau tidak serius.
Berikut adalah beberapa keadaan yang mungkin berlaku jika seseorang mengalami sakit dada sebelah kanan.
#1. Radang paru-paru (Pleuritis)
Kenapa sakit dada bila tarik nafas?
Radang paru-paru atau pleuritis ialah keradangan yang terjadi pada membran yang melapisi paru-paru.
Antara simptomnya termasuklah sakit yang bertambah teruk semasa bernafas secara mendalam atau batuk.
Penyebab biasa keradangan ini adalah jangkitan virus atau bakteria.
Rawatannya termasuklah merawat penyakit tersebut, pengambilan ubat antiradang, dan juga berehat.
Justeru, adalah penting untuk mendapatkan diagnosis yang betul bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius.
#2. Batu hempedu
Batu hempedu adalah sejenis kristal keras yang terbentuk di dalam hempedu.
Ia boleh menyebabkan sakit tajam pada bahagian kanan dada dan boleh dirasakan sehingga ke bahu.
Penyebab biasa keadaan ini termasuklah diet yang tinggi lemak dan masalah kegemukan.