backup og meta

Peranan Ibu Bapa: Bagaimana Anda Menghadapinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/06/2020

    Peranan Ibu Bapa: Bagaimana Anda Menghadapinya

    Adakah peranan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak semudah disebut? Mana-mana ibu bapa yang baik mahu anak-anak mereka keluar daripada masalah, menunjukkan prestasi yang baik di sekolah, dan terus melakukan perkara-perkara yang mengagumkan apabila meningkat dewasa. Penyelidikan psikologi telah menunjukkan sebahagian faktor yang meramalkan kejayaan setiap anak-anak dan tidak mengejutkan, kebanyakannya diperolehi daripada peranan ibu bapa. Kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang cemerlang dan berjaya mempunyai 13 perkara dalam persamaan mereka. Berikut merupakan ciri-ciri yang dimiliki oleh kebanyakan ibu bapa yang berjaya membesarkan anak-anak mereka menjadi seorang yang cemerlang yang berjaya.

    • Ibu bapa yang menyuruh anaknya melakukan tugasan rumah

    Menurut Julie Lythcott-Haims, bekas dekan di Stanford University yang juga pengarang buku ‘How to Raise an Adult’, beliau menyatakan semasa acara TED Talks Live bahawa, jika kanak-kanak tidak mencuci pinggan mereka sendiri selepas makan, itu bermakna individu lain yang akan mencucikannya untuk mereka. Oleh itu, mereka bukan sahaja bebas daripada melakukan sebarang kerja, malah mereka juga tidak mempelajari bahawa setiap kerja mestilah disiapkan dan setiap individu perlu menyumbang kepada kebaikan secara menyeluruh. Beliau juga berpendapat, kanak-kanak yang dibesarkan dengan melakukan tugasan rumah akan membesar menjadi pekerja yang boleh bekerjasama dengan baik dengan rakan-rakan sekerja mereka, lebih bersifat empati kerana mereka tahu secara langsung bagaimana rasanya untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan dapat melakukan tugas secara berdikari. Beliau menyatakan perkara ini berdasarkan Harvard Grant Study, kajian longitudinal terpanjang yang pernah dilakukan.

    • Ibu bapa yang mengajarkan anak mereka kemahiran-kemahiran sosial

    peranan ibu bapa

    Penyelidik dari Pennsylvania State University dan Duke University mengesan lebih daripada 700 kanak-kanak dari seluruh Amerika Syarikat antara tadika dan umur 25 tahun dan mendapati hubungan yang signifikan antara kemahiran sosial mereka ketika berada di tadika dan kejayaan mereka sebagai orang dewasa dalam dua dekad kemudian.

    Kajian selama 20 tahun tersebut telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kompeten secara sosial yang dapat bekerjasama dengan rakan sebaya tanpa mendorong mereka, membantu orang lain, memahami perasaan mereka, dan menyelesaikan masalah mereka sendiri, jauh lebih berkemungkinan mendapat ijazah dan mempunyai pekerjaan sepenuh masa pada umur 25 tahun berbanding daripada mereka yang mempunyai kemahiran sosial yang terhad.

    Mereka yang mempunyai kemahiran sosial yang terhad juga mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk ditahan atas masalah yang dicetuskan, ketagihan minuman keras, dan memohon perumahan awam.

    Menurut Kristin Schubert, pengarah program di Robert Wood Johnson Foundation yang membiayai penyelidikan tersebut berkata, kajian tersebut menunjukkan bahawa membantu kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran sosial dan emosi adalah salah satu perkara yang paling penting yang dapat kita lakukan untuk menyediakan mereka untuk masa depan yang sihat.

    • Ibu bapa yang mempunyai harapan yang tinggi

    Menggunakan data daripada kaji selidik nasional seramai 6,600 kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2001, profesor di University of California at Los Angeles, Neal Halfon dan rakan-rakannya mendapati bahawa harapan ibu bapa untuk anak-anak mereka mempunyai kesan besar terhadap pencapaian kanak-kanak tersebut.

    Menurut beliau, ibu bapa yang mengimpikan universiti dalam masa depan anak mereka seolah-olah menguruskan anak mereka ke arah matlamat tersebut tanpa menghiraukan pendapatan mereka dan aset lain.

    Ini seiring dengan penemuan psikologi yang lain: kesan Pygmalion, yang menyatakan “apa yang seseorang harapkan pada individu lain boleh menjadi sebagai ramalan yang memuaskan diri.’ Dalam kes kanak-kanak, mereka memenuhi harapan ibu bapa mereka.

    • Ibu bapa yang mempunyai hubungan sihat antara satu sama lain

    Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Illinois, kanak-kanak dalam keluarga berkonflik tinggi, sama ada secara bersama atau bercerai, cenderung untuk menjadi lebih teruk berbanding daripada kanak-kanak yang ibu bapanya mempunyai hubungan baik secara bersama.

    Robert Hughes, Jr., profesor dan ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Masyarakat di Kolej ACES di University of Illinois yang juga pengarang kajian tersebut, juga mencatat bahawa beberapa kajian telah menemui kanak-kanak dalam keluarga ibu bapa tunggal yang tidak mempunyai sebarang konflik dalam keluarga, lebih baik berbanding daripada kanak-kanak dalam keluarga yang mempunyai kedua ibu bapa yang sering mempunyai konflik.

    Konflik antara ibu bapa sebelum perceraian juga memberi kesan kepada kanak-kanak secara negatif, sementara konflik pasca perceraian mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pelarasan kanak-kanak.

    Satu kajian mendapati bahawa, selepas perceraian, apabila seorang bapa tanpa hak jagaan mempunyai hubungan yang kerap dengan anak-anaknya dan dengan konflik yang minimum, anak-anak akan menjadi lebih baik. Tetapi apabila terdapat sebarnag konflik, lawatan kerap daripada bapa menjadikan pelarasan kanak-kanak menjadi lebih buruk.

    Namun satu lagi kajian menemui bahawa lebih kurang 20 individu  yang mengalami perceraian ibu bapa mereka semasa mereka masih kecil, masih melaporkan kesakitan dan kedukaan atas perceraian ibu bapa mereka selepas sepuluh tahun kemudian. Orang muda yang melaporkan konflik yang tinggi antara ibu bapa mereka jauh lebih berkemungkinan mempunyai perasaan kehilangan dan penyesalan.

    • Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi

    peranan ibu bapa

    Satu kajian 2014 yang diketuai oleh ahli psikologi University of Michigan, Sandra Tang mendapati bahawa ibu yang menamatkan peringkat sekolah menengah atau kolej lebih cenderung untuk membesarkan anak-anak dengan melakukan perkara yang sama.

    Kajian daripada sekumpulan 14,000 kanak-kanak yang memasuki tadika pada tahun 1998 hingga 2007, kajian tersebut mendapati bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu remaja (berumur 18 tahun ke bawah) kurang berkemampuan untuk menamatkan sekolah menengah atau pergi ke kolej berbanding rakan sebaya mereka.

    Dalam kajian longitudinal yang melibatkan seramai 856 individu di bahagian semi pendalaman New York, ahli psikologi dari Bowling Green State University, Eric Dubow mendapati bahawa “peringkat pendidikan ibu bapa apabila anak berusia 8 tahun akan meramalkan kejayaan pendidikan dan pekerjaan untuk kanak-kanak itu 40 tahun kemudian dengan ketara.’

    • Ibu bapa yang mengajarkan anak mereka matematik lebih awal

    Kajian meta-analisis pada tahun 2007 terhadap seramai 35,000 orang kanak-kanak prasekolah di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, dan England mendapati bahawa kemahiran matematik yang dibangunkan awal dapat menjadi kelebihan yang besar.

    Menurut pengarang bersama dan penyelidik Northwestern University, Greg Duncan, kepentingan utama matematik awal – permulaan sekolah dengan ilmu nombor, susunan nombor, dan konsep matematik asas lain – adalah salah satu teka-teki yang terhasil daripada kajian tersebut. Penguasaan kemahiran matematik awal bukan sahaja meramalkan pencapaian matematik pada masa hadapan, tetapi juga meramalkan pencapaian membaca pada masa hadapan.

    • Perana ibu bapa yang mewujudkan hubungan dengan anak-anak mereka

    Kajian pada tahun 2014 yang terdiri daripada 243 orang yang dilahirkan dalam kemiskinan mendapati bahawa kanak-kanak yang menerima “pengasuhan sensitif’ dalam tiga tahun pertama mereka tidak hanya lebih baik dalam ujian akademik di zaman kanak-kanak, tetapi turut mempunyai hubungan yang lebih sihat dan pencapaian akademik yang lebih tinggi pada usia 30-an.

    Seperti yang dilaporkan di PsyBlog, ibu bapa yang bertindak sebagai pengasuh sensitif “bertindak balas dengan isyarat anak mereka dengan segera dan bersesuaian’ dan “menyediakan pangkalan yang selamat’ untuk kanak-kanak meneroka dunia.

    Menurut Lee Raby yang merupakan pengarang bersama dan ahli psikologi di University of Minnesota, ini menunjukkan bahawa pelaburan dalam hubungan awal ibu bapa dan kanak-kanak boleh menyebabkan pulangan jangka panjang yang mengumpul keseluruhan kehidupan individu.

    • Peranan ibu bapa yang menghargai usaha untuk mengelakkan kegagalan

    Di mana kanak-kanak berfikir mengenai datangnya kejayaan, juga boleh meramalkan pencapaian mereka.

    Selama beberapa dekad, ahli psikologi di Stanford University, Carol Dweck telah mendapati bahawa kanak-kanak (dan orang dewasa) berfikir tentang kejayaan dalam salah satu daripada dua cara.

    “Pemikiran tetap’ mengandaikan bahawa watak, kecerdasan, dan keupayaan kreatif kita bersifat statik yang tidak dapat kita ubah dengan cara yang bermakna, dan kejayaan adalah pengakuan bahawa kecerdasan yang wujud, penilaian bagaimana orang-orang yang bersikap mengukur terhadap standard tetap yang sama; berusaha untuk berjaya dan mengelakkan kegagalan pada semua kos menjadi cara untuk mengekalkan rasa bijak atau mahir.

    “Pemikiran pertumbuhan,’ sebaliknya, berkembang maju dalam cabaran dan melihat kegagalan bukan sebagai bukti kecerdasan tetapi sebagai batu loncatan untuk pertumbuhan dan untuk meluaskan kebolehan sedia ada.

    Dasarnya adalah perbezaan dalam cara anda mengandaikan kebolehan anda akan mempengaruhi keupayaan anda, dan ia mempunyai kesan yang kuat pada anak-anak. Jika kanak-kanak diberitahu bahawa mereka mendapat ujian kerana kecerdasan bawaan mereka akan mencipta “pemikiran tetap’. Jika mereka berjaya kerana usaha, itu akan mencipta “pemikiran pertumbuhan’.

    • Ibu yang berkerjaya

    peranan ibu bapa

    Menurut penyelidikan dari Harvard Business School, terdapat manfaat yang besar untuk anak-anak yang membesar dengan ibu-ibu yang berkerjaya.

    Kajian mendapati anak perempuan bagi ibu yang berkerjaya mendapatkan pendidikan dengan lebih lama, lebih cenderung untuk mempunyai pekerjaan dalam peranan penyeliaan, dan memperoleh lebih banyak pendapatan – 23% lebih berbanding dengan rakan sebaya mereka yang dibesarkan oleh ibu yang tinggal di rumah.

    Anak lelaki bagi seorang ibu yang berkerjaya juga lebih cenderung untuk melakukan tugasan rumah tangga dan penjagaan anak, kajian itu mendapati – mereka menghabiskan tujuh setengah jam lebih seminggu dalam penjagaan anak dan 25 menit lagi untuk kerja rumah.

    • Ibu bapa yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih tinggi

    Menurut penyelidik di Stanford University, Sean Reardon, jurang pencapaian antara keluarga berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah “adalah kira-kira 30% hingga 40% lebih besar dalam kalangan kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2001 berbanding daripada yang dilahirkan 25 tahun yang lalu.’

    Pengarang “Drive’, Dan Pink telah menyatakan, semakin tinggi pendapatan untuk ibu bapa, semakin tinggi skor SAT yang diperolehi anak-anak mereka. Mereka turut menyatakan, campur tangan yang komprehensif dan mahal, status sosioekonomi adalah faktor yang mendorong banyak pencapaian dan prestasi dalam pendidikan.

    • Perana ibu bapa yang berwibawa berbanding ibu bapa yang bersifat autoritarian atau permisif

    Pertama kali diterbitkan pada tahun 1960-an, ahli psikologi pembangunan University of California at Berkeley, Diana Baumride mendapati terdapat tiga jenis gaya keibubapaan:

    Permisif: Ibu bapa cuba untuk tidak menghukum dan menerima kelakuan anak mereka

    Autoritarian: Ibu bapa cuba membentuk dan mengawal kanak-kanak itu berdasarkan standard kelakuan yang ditetapkan

    Berwibawa (authoritative): Ibu bapa cuba mengarahkan anak secara rasional

    Jenis gaya keibubapaan yang ideal adalah berwibawa. Kanak-kanak itu membesar dengan rasa hormat kepada pihak yang berkuasa tetapi tidak merasa terbeban olehnya.

    • Ibu bapa yang mengajarkan ‘grit’

    Pada tahun 2013, ahli psikologi University of Pennsylvania, Angela Duckworth memenangi geran “genius’ MacArthur kerana penemuannya mengenai sifat personaliti yang kuat, yang memandu individu kearah kejayaan yang dipanggil sebagai ‘grit’.

    Ditakrifkan sebagai “kecenderungan untuk mengekalkan minat dan usaha ke arah matlamat jangka panjang,’ penyelidikannya telah mengaitkan kecenderungan dengan pencapaian pendidikan, purata titik gred dalam kalangan pelajar-pelajar di universiti-universiti Ivy League, pengekalan dalam kalangan kadet di Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat West Point, dan kedudukan dalam US National Spelling Bee.

    Ianya adalah berkenaan pengajaran kepada kanak-kanak untuk membayangkan – dan memberi komitmen yang tinggi untuk masa hadapan yang mereka mahu cipta.

    Apakah peranan ibu bapa yang boleh diikuti?

    peranan ibu bapa

    • Peranan ibu bapa untuk membuat keputusan sukar yang tidak popular

    Jika anak anda tidak marah dengan anda sekurang-kurangnya sekali-sekala, anda tidak melakukan tugas anda dengan baik sebagai ibu bapa. Seiring dengan ini, ingatlah bahawa anda tidak perlu memberikan penjelasan yang panjang mengenai keputusan anda. “Ia tidak selamat’ boleh menjadi banyak penjelasan apabila anda anda bertanya mengapa dia tidak dapat melompat dari bumbung dan terjun ke trampolin. “Ia adalah tanggungjawab anda’ adalah justifikasi cukup untuk memberitahu anak anda untuk melakukan tugasan rumah.

    • Peranan ibu bapa untuk mengajarkan anak anda untuk berdikari

    Ia adalah peranan ibu bapa untuk mengajar kemahiran anak anda sesuai dengan usia untuk membolehkan mereka menjadi semakin berdikari. Ada masa ketikamana anak anda perlu belajar bagaimana untuk menenangkan diri sendiri, mengikat tali kasutnya, menulis namanya, dan pekerjaan-pekerjaan mudah yang lain mengikut kesesuaian peringkat umur. Lama kelamaan, dia perlu mengembangkan kemahiran yang lebih maju. Dia perlu tahu cara untuk menaip sesuatu, katakan tidak kepada dadah, memandu kereta, dan mengisi permohonan kerja. Anak anda perlu belajar bahawa tahap tanggungjawabnya akan berkembang sepanjang hayatnya.

    • Peranan ibu bapa dalam menjaga kebertanggungjawaban anak-anak mereka

    Anda bertanggungjawab untuk menjada kebertanggungjawaban anak anda terhadap tingkah laku dan tindakannya. Sekurang-kurangnya, menetapkan batas dengan anak anda apabila dia berkelakuan dengan kelakuan yang tidak sesuai. Sebagai contoh, apabila anak anda tidak melakukan tugasan rumah, anda mungkin boleh menutup televisyen dan mengatakan:

    “Menonton TV tidak akan menyiapkan tugasan anda. Apabila tugasan anda selesai, anda boleh menghidupkan semula TV. “

    Dan sememangnya, ini boleh bermakna memberi kesan yang berkesan untuk sesuatu seperti tugasan rumah yang tidak disiapkan oleh anak anda. Anda boleh membuat sesuatu sperti menunda aktiviti hujung minggu yang telah dirancang sehinggalah tugasannya selesai.

    • Peranan ibu bapa untuk sentiasa bersama dengan anak-anak

    peranan ibu bapa

    Keibubapaan dan peranan ibu bapa adalah satu perjalanan yang mencabar dan anda bertanggungjawab terhadap pembesaran anak anda sama ada anda suka atau tidak. Akan ada masa ketika anak anda menjalani hidupnya dengan baik dan masa ketika anak anda mempunyai masa yang sukar buat dirinya. Ingatkan diri anda bahawa naik dan turun tidak mencerminkan anda – itu adalah lumrah perjalanan kehidupan. Oleh itu, jangan salahkan diri anda apabila sesuatu perkara berlaku. Tumpukan pada mencari cara yang positif untuk mengatasinya dan mencari sesuatu yang baharu untuk cuba membantu anak anda dengan berkesan. Dan jangan takut untuk mendapatkan sokongan, sama ada melalui laman web atau daripada individu lain

    Anak anak adalah ibarat permata dalam keluarga. Ianya adalah nikmat kurniaan tuhan terhadap ibu dan bapa, dan ibu bapa perlu bertanggungjawab dalam membesarkan anak-anak mereka dengan cara didikan yang terbaik dan bersesuaian. Peranan ibu bapa bukanlah terhad sekadar dengan memberikan suapan makanan agar mereka membesar, tetapi ibu bapa juga adalah pendorong kepada anak-anak untuk menentukan kejayaan kehidupan mereka di masa hadapan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan