home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Tip Mengelakkan Depresi Di Kolej Atau Universiti

5 Tip Mengelakkan Depresi Di Kolej Atau Universiti

Depresi atau kemurungan adalah keadaan kesihatan mental yang serius. Dalam kes yang paling teruk, ia boleh menyebabkan seseorang membunuh diri kerana merasakan dirinya sudah tidak berharga.

Masalah ini semakin mendapat tempat dalam kalangan orang muda, khususnya di kolej dan universiti. Jika perkara ini tidak dibendung, jumlah kes akan bertambah.

Mari kita lihat 5 tip di bawah tentang cara mengelakkan depresi di kolej atau universiti.

1. Bersukan

Sukan mampu menghilangkan tekanan. Apabila kita bersukan, badan akan melepaskan sejenis hormon yang digelar endorfin. Hormon ini melahirkan rasa gembira dan membantu melawan depresi. Gunakan waktu yang ada untuk bersukan.

2. Jangan hanya duduk di dalam bilik

Tanpa menafikan kepentingan untuk mendapatkan gred yang tinggi di dalam peperiksaan, duduk di dalam bilik sepanjang masa bukanlah tabiat yang sihat. Anda tidak perlu menghadap buku 24 jam untuk tersenarai dalam senarai dekan.

Apa yang anda perlukan ialah teknik belajar yang efektif. Sebaliknya, duduk bersendirian di dalam bilik hanya akan membuatkan anda stres dan tertekan. Keluarlah dan luangkan masa dengan kawan-kawan. Universiti bukan sekadar peperiksaan semata-mata.

3. Gunakan khidmat kaunseling

Jangan sia-siakan pakar kaunseling yang tersedia di sekeliling anda. Jika anda mengadapi apa-apa masalah, dapatkan bantuan mereka. Anda boleh mulakan dengan kawan-kawan terlebih dahulu jika malu bertemu kaunselor.

4. Bersosial

Antara perkara yang sangat penting dalam mengelakkan kemurungan adalah untuk tidak bersendirian. Anda perlu bersosial. Gunakan semua saluran yang ada. Dengan teknologi yang semakin berkembang, ruang untuk bersosial terbentang luas. Jangan lupa juga untuk sentiasa menghubungi ahli keluarga anda.

5. Tidur yang cukup

Tidur memberikan tenaga kepada badan anda untuk berfungsi dengan baik. Tanpa rehat yang sepatutnya, badan akan gagal berfungsi dengan baik. Kurang tidur juga boleh menjejaskan emosi anda sehingga membuatkan anda hilang fokus dan mudah marah.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Brian Burnsed (19 November 2010). 5 Tips To Avoid Depression In College. Dimuat turun daripada https://www.usnews.com/education/articles/2010/11/19/5-tips-to-avoid-depression-in-college.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 05/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x