3. Melukis dan mengambil gambar
Dua perkara ini memerlukan kreativiti yang tinggi. Pelukis dan jurufoto melihat sesuatu imej dari pelbagai sudut berbeza. Kebolehan menghasilkan gambaran terhadap apa yang dilihat boleh mengubah cara seseorang memandang dunia.
4. Membaca buku pelbagai genre
Membaca membuka ruang kepada banyak pengetahuan dan memberikan input baru kepada minda anda. Maklumat dan input ini membantu menjadi bahan asas ke arah menghasilkan sesuatu idea baru. Hanya kerana anda seorang doktor, tidak bermakna anda hanya membaca buku perubatan. Cuba juga genre lain seperti politik, ekonomi, dan cinta.
5. Tidak lakukan apa-apa
Seorang penulis terkenal Alan Cohen pernah menulis, “Terdapat manfaat semasa bekerja dan juga semasa berehat. Lakukan kedua-duanya, jangan abaikan salah satu darinya.”
Otak anda sekali-sekala perlu berehat buat seketika untuk memproses maklumat yang ada. Bekerja dan memasukkan terlalu banyak maklumat ke dalam otak anda boleh menjejaskan produktiviti.
Biarkan diri anda berehat tanpa melakukan apa-apa. Sebenarnya anda sedang melakukan sesuatu iaitu membina kreativiti!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen