home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Menangani Perceraian dengan Cara Baik

Bagaimana Menangani Perceraian dengan Cara Baik

Tiada siapa yang berkahwin dengan matlamat ingin bercerai. Perkahwinan bagi kebanyakan pasangan bertujuan untuk mencapai kebahagiaan yang berkekalan. Pun begitu, bagi sesetengah pasangan, perkahwinan yang dibina mungkin menemui jalan buntu dengan konflik yang tidak berkesudahan. Anda dan pasangan mungkin akhirnya mengambil keputusan untuk membubarkan perkahwinan. Tempat tinggal, anak-anak dan harta sepercarian semuanya kini menjadi taruhan dalam pergelutan yang bakal anda hadapi. Sebelum anda bertindak tergesa-gesa untuk memenangi pergaduhan yang bakal merugikan diri, fikir kembali. Perceraian dengan cara baik lebih menguntungkan dan mengurangkan trauma kepada anda dan pasangan. Ketahui 5 tip berikut untuk membantu anda bercerai dengan cara baik.

1. Dapatkan sokongan

Walaupun betapa sunyi anda rasakan, anda tidak berseorangan. Bina sistem sokongan daripada rakan dan keluarga yang dapat membantu anda menangani perasaan yang anda alami dan belajar bagaimana menangani mereka dengan cara yang konstruktif.

Apabila anda dapat mengawal emosi anda, anda akan lebih bersedia untuk berunding tentang perceraian dalam keadaan yang lebih tenang dan lebih membuahkan hasil.

2. Elakkan menyalahkan satu sama lain

Terdapat dua sisi untuk setiap cerita, tetapi amat sukar untuk melihat dengan jelas apabila anda berada di tengah-tengah perceraian yang berantakan dan penuh emosi.

Salah satu langkah yang paling penting untuk menyelesaikan perceraian anda dengan aman adalah dengan melihat kembali setiap perkara yang berlaku dan mengakui kesilapan anda semasa dalam perkahwinan tersebut.

Apabila kedua-dua pasangan mengakui kesilapan mereka sendiri dan bertanggungjawab atas perbuatan mereka, mereka akan kurang menyalahkan satu sama lain dan dapat berkomunikasi dengan lebih terbuka dan jujur.

3. Tetapkan matlamat anda

Sekiranya anda ingin memperjuangkan segala isu dan perincian yang anda inginkan, besar kemungkinan anda akan mengheret perceraian anda selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun,

Tetapi jika anda ingin melalui perceraian secara aman, anda perlu belajar memilih matlamat anda.

Luangkan masa untuk menentukan apa yang paling penting bagi anda – apa yang anda inginkan, keperluan anda dan perkara yang tidak boleh anda rundingkan – sebelum anda membincangkannya dengan pasangan anda. Dengan cara ini, anda akan lebih jelas dalam menangani rundingan dengan cara yang lebih aman dan fokus.

4. Pilih cara perceraian yang lebih baik

Apabila bercakap tentang perceraian, anda mempunyai banyak pilihan. Anda boleh mengemukakan kes sendiri atau melantik peguam untuk tuntutan di mahkamah. Jika anda mempunyai sebab yang kukuh, anda mungkin boleh menuntut khulu’ tanpa campur tangan peguam. Anda juga boleh melibatkan perunding untuk rundingan perceraian.

Luangkan masa untuk mengkaji setiap cara perceraian dan pilih salah satu yang paling baik yang boleh memastikan anda bercerai dengan cara baik.

5. Fikir masa hadapan, bukan masa lalu

Jika anda merasa perlu untuk membalas dendam pada pasangan anda, anda akan dibutakan dengan perasaan benci daripada melaksanakan perceraian yang aman untuk kepentingan masa hadapan.

Keputusan yang anda buat sekarang akan memberi kesan kepada anda dan anak-anak anda untuk tahun-tahun yang akan datang, jadi jangan dikaburi perasaan benci dan ingin menang. Jika anda masih terlalu geram dan kecewa, dapatkan sokongan dan kaunseling supaya anda tidak mengorbankan masa hadapan anak anda demi ego dan kebencian.

Tiada siapa yang menang dalam perceraian, tetapi jika anda memberi tumpuan kepada apa yang paling penting, seperti anak-anak dan masa depan anda, bukan masa lalu yang menyakitkan, anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencapai penyelesaian yang aman.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.huffingtonpost.com/cheryl-and-joe-dillon/5-tips-for-divorcing-peacefully_b_6103306.html

https://www.equitablemediation.com/blog/good-divorce-advice-for-women

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak pada 16/08/2018
x