Dalam erti kata lain, pengambilan alkohol menghilangkan kawalan kita daripada memakan dengan berlebihan, selain menggandakan pengumpulan lemak dalam badan, sekali gus menyumbang kepada terjadinya fenomena buncit arak.
Mengapa buncit arak tertumpu di bahagian abdomen??
Lelaki dan wanita mempunyai taburan dan titik pengumpulan lemak yang berbeza pada badan mereka. Walaupun pada mulanya sama, selepas baligh, perbezaan taburan ini menjadi ketara. Wanita mempunyai lebih banyak lemak di bahagian bawah lapisan kulit berbanding lelaki. Tambahan lagi, mereka juga cenderung untuk mengumpul lemak di bahagian punggung dan pinggul mereka. Lelaki pula tidak mempunyai kandungan lemak yang banyak pada bahagian lapisan bawah kulit mereka. Justeru, mereka lebih cenderung untuk menyimpan tenaga lebihan menjadi lemak di bahagian perut/abdomen mereka. Penting juga untuk diingati bahawa umur turut mempengaruhi kecenderungan untuk pengumpulan lemak yang lebih. Semakin seseorang berusia, kadar metabolisma mereka menurun. Di samping itu, paras hormon kita juga akan menurun dengan peningkatan usia.
Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen