Serangan strok berlaku kerana sel-sel otak tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Keadaan ini berlaku disebabkan pembuluh darah di dalam otak pecah atau tersumbat (lebih kerap). Kesannya, sel-sel tersebut akan kebuluran dan mungkin mati.
Berbeza dengan sel dan tisu lain di dalam badan, sel otak tidak mempunyai potensi untuk berkembang biak dan tumbuh semula. Jika ada luka pada kulit, contohnya, selepas beberapa hari, kulit tersebut akan sembuh dan bercantum semula. Ini tidak berlaku pada otak. Apa sudah mati, ia tidak akan dapat dikembalikan.
Walau bagaimanapun, ia mempunyai sifat yang unik iaitu ia mampu melakukan sesuatu yang disebut sebagai rewiring. Bahagian otak yang telah mati dan kehilangan fungsi boleh diimbangi oleh bahagian otak yang lain. Ia seolah-olah melatih otak anda untuk belajar semula fungsi badan yang telah hilang seperti berjalan, bercakap dan menelan makanan. Proses belajar semula inilah yang disebut sebagai rehabilitasi.
Berapa lama masa yang diambil?
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen