#4. Beri bayi makan snek yang sesuai
Sedangkan orang dewasa pun boleh muntah dalam pesawat, apatah lagi bayi? Jadi, pastikan anda beri bayi anda makanan yang sesuai dan tidak memualkan.
Jika masih menyusu, susukan sahaja si kecil anda ketika sedang dalam penerbangan sehingga tertidur. Sudah tentu anda dan pasangan anda akan dapat menikmati permandangan di luar tingkap dengan lebih tenang.
#5. Tutup telinga bayi ketika di dalam kapal terbang
Paling penting, sentiasa tutup telinga bayi sepanjang penerbangan dengan menggunakan kapas atau fon telinga untuk mengelakkan bayi menangis kerana perubahan tekanan udara ketika berada di udara. Sebaiknya, pasangkan lagu yang boleh membuat mereka mengantuk lalu tertidur di dalam pangkuan anda.
Tiba sahaja di destinasi, periksa keadaan bayi anda. Jika dia ada menunjukkan tanda seperti muntah-muntah, cirit-birit atau tidak henti menangis, bawa dia berjumpa dengan doktor berhampiran anda. Jika tiada sebarang perubahan, teruskan nikmati percutian anda seperti dalam perancangan.
Dengan segala tip-tip berikut, anda tidak perlu lagi bertanya kepada pasangan sama ada selamat atau tidak bayi naik pesawat. Walaupun dulu berdua, kini bertiga dan seterusnya berempat atau berlima, tiada lagi masalah untuk anda bawa keluarga melancong ke luar negara dengan menaiki kapal terbang!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen