Pun begitu, ini tidak bermakna anda berdua tidak boleh melakukannya secara spontan. Untuk pengetahuan anda, itulah yang sewajarnya bagi menjamin perhubungan sejahtera.
Menurut Profesor Barbara Fredrickson yang merupakan Penulis Love 2.0, hal yang mampu menguatkan hubungan pasangan suami isteri bukanlah cinta semata-mata, tetapi waktu bersama yang singkat namun bermakna.
Ini dipersetujui juga oleh W. Bradford Wilcox dan Jeffrey Dew yang merupakan Penulis The Date Night Opportunity.
Menurut mereka, pasangan yang banyak menghabiskan waktu berdua walau sekali seminggu, lebih cenderung untuk bahagia dalam kehidupan.
Jadi, sila duduk bersama dan berbincang dengan pasangan untuk menjayakan bulan madu kedua ini. Jangan jadikan kesibukan kerja sebagai alasan lagi ya?
Manfaat bulan madu kedua yang suami isteri perlu tahu

Jadi, kenapa pasangan suami isteri perlu pergi bulan madu kedua? Jawapannya adalah kerana ia akan mendatangkan banyak manfaat terhadap kehidupan masing-masing, termasuklah:
#1. Mencipta kenangan baharu
Tiada apa yang lebih indah dan syahdu buat pasangan selain daripada kenangan. Persoalannya, kenapa perlu mengimbau kenangan lama jika boleh mencipta kenangan baharu?
Jadi, kenangan honeymoon kali pertama dahulu sebenarnya boleh diulang kembali dengan pergi bulan madu kedua. Tidak perlu tempat atau lokasi yang sama, namun pastikan anda pergi dengan pasangan yang sama okay!
Gunakanlah saat berdua anda ini sebaik mungkin. Sebagai cadangan, anda dan pasangan boleh melakukan aktiviti yang belum pernah dicuba semasa honeymoon kali pertama dahulu. Apa salahnya pergi scuba diving semasa bulan madu bukan?
#2. Lebih banyak masa untuk berkomunikasi
Kesibukan seharian dalam bekerja dan menjaga anak pasti akan membuat anda dan pasangan kurang masa untuk berkomunikasi, yang merupakan perkara terpenting bagi memastikan hubungan suami isteri yang sejahtera.
Oleh itu, pergi bulan madu kedua sudah pasti akan membuat anda berdua mendapat lebih banyak masa untuk berkomunikasi. Ketika ini, duduk dan berkomunikasilah mengenai segala masalah yang dialami dalam kehidupan anda berdua.
#3. Dapat mendalami dan memahami pasangan
Setelah bertahun lamanya mendirikan rumah tangga, sudah pasti kalian berdua akan banyak berubah. Anda dan pasangan mungkin bukan lagi orang yang sama seperti saat bercinta sebelum berkahwin dahulu kala.
Jadi, manfaatkan bulan madu kedua ini untuk mengenali sisi baharu pasangan anda. Ketahuilah bahawa perubahan ini mungkin bukan suatu perkara yang buruk. Dengan ini, dapatlah anda mendalami dan memahami pasangan dengan lebih mendalam lagi.
#4. Merehatkan fikiran
Apa kata anda berdua jadikan bulan madu kedua ini sebagai salah satu daripada rutin sweet and short escape? Inilah peluang untuk kalian merehatkan fikiran dan lari sebentar dari realiti kehidupan yang memang membebankan ini!
Ketika honeymoon nanti, tetapkan peraturan kepada pasangan untuk tidak langsung memegang telefon pintar. Lupakan segala hal-hal dunia. Jadikan hari itu sebagai hari anda berdua sahaja. Kenapa tidak?
Konklusi
Kesimpulannya, tiada sebarang halangan untuk anda berdua berbulan madu untuk kali kedua, ketiga, keempat atau seterusnya. Bahkan juga, ia adalah perlu dilakukan untuk menghangatkan lagi hubungan anda dan pasangan yang sekian lama suram seiring dengan masa!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga: