Selepas semuanya dipastikan okay, maka anda sudah boleh pergi melancong dan bawa bayi menaiki pesawat!
Boleh atau tidak bawa bayi menaiki kapal terbang?
Jawapannya, boleh. Namun begitu, terdapat beberapa persiapan atau peringatan yang perlu ibu bapa tahu terlebih dahulu sebelum membawa bayi anda melancong. Berikut merupakan perkara-perkara tersebut:
#1. Bawa bayi berjumpa doktor terlebih dahulu
Perkara paling penting, ibu bapa perlu bawa bayi berjumpa doktor untuk mengesahkan bayi anda boleh menaiki kapal terbang dengan selamat atau tidak. Ini perlu dilakukan terlebih dahulu terutamanya jika bayi anda memang mempunyai masalah jantung, paru-paru, pernafasan atau pendengaran. Jika anda ingin melancong ke luar negara pula, dapatkan vaksinasi terlebih dahulu. Sekiranya doktor membenarkan, baru teruskan untuk menempah penerbangan.
#2. Pilih syarikat, tempat duduk dan waktu penerbangan yang betul dan sesuai
Ibu bapa perlu memastikan kapal terbang yang anda ingin naik membenarkan bayi untuk menaikinya. Anda juga diingatkan untuk membeli satu tempat duduk ekstra untuk bayi anda kerana khuatir mereka tidak selesa jika dirangkul atau digendong sahaja oleh anda. Selain itu, pilih juga waktu yang paling sesuai untuk menaikinya contohnya waktu malam agar si kecil anda tidur sahaja dan tidak meragam ketika penerbangan.
#3. Bawa barangan bayi yang mencukupi
Selain itu, anda juga perlu membuat barangan persiapan bayi yang mencukupi sebelum naik kapal terbang. Antara barangan yang perlu ada adalah seperti berikut:

Ketika berada di lapangan terbang
Ketika berada di lapangan terbang, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ikuti. Pertama sekali, anda perlu sampai ke situ dengan awal. Ia dapat membantu anda dan bayi lebih relaks dan tidak terburu-buru mengejar waktu penerbangan.
Apabila anda check in ke dalam boarding, beritahu pihak kapal terbang anda akan menaiki kapal terbang bersama bayi. Gunakan stroller untuk mengusung bayi anda sepanjang berada di lapangan terbang.
Sebelum menaiki kapal terbang, tukarkan lampin bayi terlebih dahulu. Selain itu, susukan mereka di bilik bayi bagi membuat mereka berasa mengantuk agar mereka lebih mudah tertidur semasa penerbangan kelak.
Semasa penerbangan
Semasa penerbangan pula, anda perlu sentiasa tenang dan tidak panik. Jika bayi anda terlalu bising, mengganggu dan menyusahkan penumpang lain, minta maaf kepada mereka. Sudah pasti mereka akan menghulurkan bantuan kepada anda.
Untuk memastikan bayi biasa dengan tekanan dalam kabin kapal terbang, biasakan bayi untuk menelan sesuatu dengan menyusukan mereka atau gunakan sahaja puting palsu. Selain itu, tekanan di dalam kapal terbang juga akan menyebabkan dehidrasi yang lebih mudah berlaku kepada bayi.
Oleh itu, susukan mereka secukupnya. Selain itu, tutupkan telinga bayi dengan kapas atau kain ketika kapal terbang hendak berlepas atau mendarat kerana ketika ini, tekanan adalah sangat kuat dan akan mendatangkan kesakitan dalam telinga bayi.
Jika anda perlu menukar lampin di dalam kapal terbang, ia mungkin agak sukar. Oleh itu, dapatkan bantuan krew kabin jika anda tidak menang tangan melakukannya bersama pasangan anda.
Paling bahaya, kuman, bakteria dan virus adalah lebih mudah tersebar ketika berada di dalam kapal terbang. Oleh itu, cuba elakkan bayi anda daripada terlalu dekat atau terdedah kepada penumpang lain yang kelihatan sakit, bersin atau batuk.
Sampai sahaja ke destinasi pilihan anda, periksa keadaan bayi anda sekiranya terdapat apa-apa perbezaan atau perubahan pada kondisi tubuh badan mereka. Segera dapatkan bantuan doktor jika perlu.
Konklusi
Kesimpulannya, tiada masalah untuk bawa bayi menaiki kapal terbang. Cuma, pastikan keselamatan dan kesihatan si manja anda berada pada tahap yang baik terlebih dahulu, ya? Selain itu, cuba ikuti pesanan yang terdapat dalam artikel bagi memastikan percutian anda sekeluarga menjadi lebih berkualiti!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen