5 Tip Anak Tidak Meragam Semasa Melancong

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Melancong merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan terutamanya bagi pasangan yang baharu sahaja berkahwin. Ini kerana melancong berdua memberi peluang individu dan pasangan merapatkan hubungan mereka dengan lebih dekat dan intim lagi. Waktu berbulan madu atau honeymoon ini perlu digunakan sebaik mungkin kerana waktu berharga ini mungkin tidak akan berulang kembali.

Beberapa tahun selepas itu, anda dan pasangan mungkin sudah memiliki anak. Segala aktiviti yang pernah anda lakukan sebelum itu sudah pasti perlu diatur semula bagi memastikan masa anda dibahagikan secukupnya untuk memenuhi tanggungjawab kehidupan anda sebagai seorang ibu atau bapa. Jika anda seorang yang sangat gemar melancong, adakah ini penamat kepada aktiviti kegemaran anda itu?

Melancong bersama anak kecil anda sebenarnya tidak terlalu teruk dan bosan seperti yang dibayangkan. Sebenarnya anda masih boleh berseronok dan menikmati percutian anda sekiranya anak anda tidak meragam. Demi memastikan anak anda tidak meragam sepanjang tempoh percutian anda, pastikan anda mengamalkan tip-tip yang berikut.

1. Rancang destinasi dan tempat penginapan anda

Sebelum anda memutuskan untuk pergi melancong, anda perlu merancang destinasi dan tempat penginapan anda terlebih dahulu. Pilih tempat yang dipersetujui oleh anda, pasangan serta anak anda untuk menggembirakan semua pihak. Sekiranya anda memilih untuk melancong ke luar negara, pastikan anda tidak lupa untuk menyediakan pasport untuk anak kecil anda juga. Ini untuk mengelakkan anda daripada membuat kerja saat akhir yang hanya akan mendatangkan emosi tidak baik pada anda sekeluarga.

Selain itu, pastikan bakal tempat penginapan anda sesuai untuk individu berkeluarga atau tidak. Cari tempat penginapan yang mesra kanak-kanak dan menyediakan pelbagai kemudahan dan permainan untuk mereka. Destinasi dan tempat penginapan yang menarik akan membuatkan anak anda berasa seronok sekaligus membuat anda tidak perlu bimbang tentang keadaan mereka.

2. Rancang pengangkutan dan jarak perjalanan anda

Bagi memastikan anak anda berasa selesa sepanjang perjalanan, pastikan anda merancang pengangkutan dan jarak perjalanan anda dengan baik. Jika anda memilih untuk memandu kereta, pastikan anda menggunakan tempat duduk khas untuk kanak-kanak bagi anak kecil anda. Ini untuk mengelakkan mereka berasa tidak selesa atau mual sepanjang perjalanan.

Jika anda memilih untuk menggunakan kapal terbang pula, pastikan anda memakaikan pakaian yang sesuai untuk anak anda. Pakaikan mereka pakaian yang sedikit tebal bagi mengelakkan mereka berasa sejuk sepanjang penerbangan. Selain itu, sediakan snek untuk anak anda mengunyah sepanjang penerbangan. Ini bertujuan melegakan sedikit rasa tidak selesa pada telinga anak anda akibat tekanan udara ketika sedang dalam penerbangan.

Pastikan anda sentiasa berada dekat dengan mereka sepanjang perjalanan anda menuju ke destinasi pilihan anda. Keberadaan anda di samping mereka membuatkan mereka berasa lebih tenang dan selamat. Ini sekaligus akan mengelakkan mereka meragam sepanjang perjalanan.

3. Sediakan makanan dan pakaian yang secukupnya

Bagi memastikan anak anda tidak kelaparan sepanjang tempoh anda melancong, pastikan anda menyediakan makanan yang secukupnya untuk anak anda. Beri mereka peluang untuk makan makanan ringan seperti snek, coklat atau gula-gula bagi memastikan mereka berasa gembira dan tidak terlalu terkongkong dalam pemilihan makanan mereka. Ini akan membuatkan mereka berasa lebih bebas dan seronok.

Selain itu juga, pastikan anda menyediakan pakaian ekstra ketika melancong. Ini kerana kanak-kanak tidak tahu mengawal penggunaan pakaian mereka. Oleh itu mereka akan memakai dan mengotorkan pakaian mereka sesuka hati. Bagi mengelak daripada anda perlu membeli pakaian baharu untuk anak, anda boleh membawa pakaian ekstra daripada rumah. Selain dapat memastikan anak anda kekal bersih dan ceria, strategi ini juga mampu menjimatkan wang ringgit anda.

4. Bawa first aid kit ke mana-mana anda pergi

Malang itu tidak berbau. Oleh itu anda perlu menyediakan peti kecemasan dan bawanya ke mana sahaja anda sekeluarga pergi. Ini untuk mengelakkan panik sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini kepada anak anda.

5. Pastikan tahap kesihatan anak anda

Di samping keselamatan anak anda, kesihatan anak juga merupakan perkara paling penting untuk dilihat sebelum anda sekeluarga memutuskan untuk melancong. Pastikan anda, pasangan dan anak anda berada pada tahap kesihatan yang baik sebelum pergi melancong. Pastikan juga destinasi pilihan anda untuk melancong itu bebas daripada sebarang virus atau wabak penyakit berbahaya yang boleh mengancam tahap kesihatan anda sekeluarga.

Rancang setiap perincian percutian anda agar anak anda tidak meragam dan berasa seronok sepanjang anda tempoh melancong. Dengan ini, anda sendiri akan berasa gembira dan tidak tertekan sepanjang percutian.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tompok Hitam Pada Mata Tanda Barah? Ini 7 Tanda Awal Kanser Mata Yang Anda Perlu Tahu

    Seringkali kita mengabaikan tanda kanser mata memandangkan ia bukanlah sejenis kanser yang lazim didiagnosis di seluruh dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Kesihatan Oral Tidak Dipantau, Orang Tua Anda Berisiko Untuk Dapat 5 Penyakit Gigi Ini!

    Warga emas amat mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit gigi. Berikut adalah antara jenis masalah gigi yang sering berlaku kepada warga emas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Di Usia Emas 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita Boleh Tumbuh Janggut! Ya, Ini Antara 3 Penyakit ‘Rare’ Menyerang Perempuan!

    Tahukah anda, ada beberapa jenis penyakit jarang berlaku yang lebih berisiko terjadi kepada wanita? Salah satunya merupakan penyakit wanita berjanggut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pandang Mata Orang Yang Tengah Sakit Mata, Nanti Boleh Berjangkit! Betul Ke?

    Kuarantin diri sendiri di rumah adalah salah satu cara hilangkan sakit mata. Jom klik artikel ini untuk tahu cara lain dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Mata 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan kuman

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 4 minit bacaan
    petua kencing tak lawas

    Kenapa Perlu Terus Sengsara Akibat Kencing Tak Lawas? Ada 7 Cara Mengawalnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan
    sel darah

    Ini Jenis Penyakit Darah Yang Perlu Diketahui, Bukan Hanya Anemia Dan Talasemia Sahaja, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 5 minit bacaan
    radang sendi

    Sendi Bengkak Disebabkan 2 Masalah Radang Sendi Ini, Kenali Perbezaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan