backup og meta

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!

Menjadi seorang ibu itu bukanlah satu tugasan yang mudah. Terlalu banyak pengorbanan yang diharungi mereka termasuklah menghadapi masalah bengkak susu ketika menyusukan bayi semasa awal kelahiran. Namun begitu, adakah terdapat cara hilangkan bengkak susu yang berkesan untuk meredakan masalah ini?

Jangan bimbang! Setiap masalah yang dihadapi pasti ada penyelesaiannya. Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui cara hilangkan bengkak susu cara tradisional yang boleh anda cuba!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Mengenali tanda bengkak susu 

Setiap masalah yang dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. Tetapi sebelum itu, adalah lebih baik untuk ibu memahami simptom ketulan bengkak susu berketul terlebih dahulu supaya ianya tidak semakin melarat dan dapat dirawat dengan segera.

Secara umumnya, pembengkakan payudara terjadi apabila tisu payudara ibu dipenuhi dengan susu, darah dan cecair lain. Ia biasanya berlaku dalam beberapa hari selepas bayi dilahirkan.

cara hilangkan bengkak susu
Petua melegakan bengkak susu secara tradisional.

Keadaan ini juga akan menyebabkan payudara ibu akan terasa sakit dan mengeras kerana kehadiran susu yang banyak pada buah dada.

Bengkak susu juga boleh terjadi apabila proses penyusuan ibu yang tidak seimbang berlaku di mana bayi hanya menyusu sedikit sahaja walaupun ibu menghasilkan susu yang berlebihan.

Akibatnya, payudara ibu akan menjadi semakin keras dan membengkak sekali gus menimbulkan sedikit kesukaran untuk bayi menyusu.

Masalah ini kebiasaannya berlaku pada kawasan dada dan ketiak. Dalam sesetengah kes, ibu yang berdepan dengan masalah ini juga akan mengalami demam ringan.

Berikut merupakan beberapa simptom bengkak susu yang boleh dikenal pasti:

  • Keadaan buah dada yang kemerah-merahan, terasa panas dan terdapat ketulan apabila disentuh
  • Payudara bengkak, ngilu dan sakit
  • Bengkak pada bahagian puting, areola mengeras sehingga menyukarkan ibu untuk menyusukan bayi
  • Kelenjar pada bahagian ketiak juga bengkak dan sakit

Bagaimanakah cara hilangkan bengkak susu ibu?

cara hilangkan bengkak susu
Petua meredakan bengkak susu secara tradisional.

Berita baiknya, masalah ini adalah sementara dan biasanya hanya terjadi sekitar lima hari selepas ibu bersalin. Selepas dua minggu tempoh ibu bersalin, masalah ini akan mula mereda.

Bengkak susu ini juga merupakan satu masalah yang tidak memerlukan ibu untuk mendapatkan rawatan di hospital. Malah, terdapat cara hilangkan bengkak susu yang ibu boleh cuba di rumah sahaja untuk meredakan kesakitan payudara mereka.

Berikut merupakan cara hilangkan bengkak susu yang ibu boleh lakukan untuk mengatasi masalah kebengkakan payudara:

  • Tanggalkan bra sebelum mula menyusukan bayi
  • Mandi air suam dan halakan pacuran air ke bahagian breast  – ini merupakan salah satu cara hilangkan bengkak susu yang berkesan kerana ia dapat membantu aliran susu mengalir dengan lebih lancar
  • Perah sedikit susu dengan tangan sebelum menyusukan bayi 
  • Urut perlahan-lahan payudara dalam gerakan ke bawah dari dinding dada ke arah puting semasa bayi anda menyusu
  • Tuam payudara dengan pek sejuk untuk mengurangkan keradangan 
  • Lakukan rutin penyusuan bayi selama dua atau tiga jam sekali. Ibu digalakkan untuk mengepam susu sekiranya susu tetap mengalir keluar ketika bayi sedang tidur
  • Perah susu selepas penyusuan sama ada dengan tangan atau dengan pam susu, jika payudara masih terasa penuh
  • Cuba menyusu bayi dalam posisi mengiring. Kedudukan ini boleh membantu bayi melekap dengan lebih selesa apabila payudara anda membesar
  • Elakkan bra yang ketat kerana ia boleh menyebabkan saluran susu anda tersumbat
anak menyusu
Susu yang diperlukan bayi mengikut umur.

Cara hilangkan bengkak susu dengan urutan reverse pressure softening

Urutan merupakan jalan penyelesaian yang paling baik?

Ya, teknik urutan reverse pressure softening ini sangat berkesan kerana ia dapat melembutkan kawasan areola agar bayi dapat menyusu dengan lebih mudah.

Ini kerana, keadaan areola yang mengeras akan menyebabkan bayi menolak untuk menyusu.

Urutan ini juga dapat membantu bayi untuk melekap dengan betul ketika menyusu. Ibu boleh menggunakan teknik ini selama satu hingga tiga minit sebelum mula menyusukan bayi.

Urutan sebagai cara hilangkan bengkak susu mudah sahaja seperti yang berikut:

  • Tekan kelima-lima jari sebelah tangan di sekeliling puting areola anda. Gunakan tekanan yang lembut dan stabil bagi mengelakkan kesakitan pada payudara anda
  • Ulang proses tersebut hingga areola menjadi lembut. Kemudian, anda boleh menyusukan bayi atau memerah susu
  • Lembutkan areola anda setiap kali penyusuan sehingga bengkak payudara anda reda. Ia mungkin mengambil masa 2 hingga 4 hari untuk meredakan bengkak susu anda

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Breast Engorgement. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/breast-engorgement. Accessed on January 8, 2024.
  2. Breast Engorgement. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/breast-engorgement. Accessed on January 8, 2024.
  3. Breast Engorgement: Care Instructions. https://thrive.kaiserpermanente.org/care-near-you/northern-california/sanjose/wp-content/uploads/sites/7/2016/07/Breast-Engorgement-Care-Instructions.pdf. Accessed on January 8, 2024.
  4. How to Prevent and Treat Engorgement. https://www.lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/motherhood/fourth-trimester/how-to-prevent-and-treat-engorgement. Accessed on January 8, 2024.
  5. Engorged Breasts – avoiding and treating. https://laleche.org.uk/engorged-breasts-avoiding-and-treating/. Accessed on January 8, 2024.

Versi Terbaru

23/07/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Baby Tak Berak Sebab Sembelit? Ini 6 Cara Ibu Bapa Boleh Buat Untuk Atasinya!

Hingus Banyak Buat Baby Susah Bernafas, Ibu Ikut 4 Cara Ini Hilangkan Selesema Bayi


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 23/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan